Friday, 30 March 2018

Hari Mendung Cerah Panas

Ada hari hujan
Ada hari panas
Ada hari mendung
Ada hari ribut
Ada hari cerah

Apa pun, life goes on. Selagi nyawa dikandung badan, selagi hidup masa tersisa, selagi masa masih ada.

Lupakah kita, jika si mati ditanya apa yang mereka mahu lakukan jika dihidupkam kembali? 
Mereka menjawab, hidupkan kami semula supaya kami dapat bersedekah!

Ya kawan,
Apa pun harimu, hujan panas ribut serta taufan sekalipun,

BERSEDEQAHLAH!

Salam Jumaat!

Thursday, 29 March 2018

Rasulullah SAW menangis bila ayat 190-191 Ali Imran diwahyukan



Rasulullah SAW kemudiannya bersabda, 

“Celakalah bagi orang yang membaca ayat-ayat ini, lalu ia tidak memikirkan apa yang terkandung di dalamnya.”

Tuesday, 27 March 2018

FITNAH melata membawa ke NERAKA

Dunia teknologi bukan perkara baru. Suara, video, hatta sekalipun gambar dan surat menyurat. Canggih usah kita pertikaikan. 

Teknologi + fitnah = maka ia ibarat perkara benar buat mereka yang hanya menonton, melihat dan berfikir menggunakan kepala lutut, tapi tinggalkan otak serta iman di tempat lain.

Belasan tahun dulu kita dihidangkan dengan pelbagai video itu dan ini. Kini timbul pula suara itu dan ini. 

Adakah semudah kita tekan like, share dan letakkan komen itu dan ini?
Tanpa perlu siasat dan selidik ia benar atau tidak?
Adakah sumber kita itu ada authoriti?
Atau sekadar blogger murahan, cybertrooper picisan atau propoganda pihak itu dan ini?
Adakah kita telah menjadi mangsa kepada umpan - umpan untuk memusnahkan apa yang musuh luar dan dalam selimut kita mahukan?
Adakah kita lupa pesan Nabi kepada umat?
Adakah kita rasa ia semudah tekan share dan like?

Wahai orang - orang yang beriman, 

adakah kita lupa Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. 
(Q.S. al-Baqarah: 217) 




Kita tidak tahu ia benar dan salah, lalu apakah kita mahu juga masukkan diri kita ke dalam dosa dan neraka disebabkan perbuatan jari jemari kita?

SIASAT & FIKIR dengan IMAN,
Sebelum kita SHARE & LIKE!

Tuesday, 20 March 2018

Handphone ; Kemudahan @ Malapetaka?



 18.3.2018 saya menyertai pertandingan ucapan buat kesekian kalinya. Peringkat Area Level dan mendapat tempat ke 2. Pencapaian saya tertinggi setakat ini.

Tajuk : “SMARTPHONE”

Jujur, saya sebenarnya tidak melakukan apa - apa persediaan untuk pertandingan tersebut. Namun Smartphone menjadi topik dalam banyak pilihan kerana ia telah memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan saya sejak akhir - akhir ini.

Terpanggil untuk berkongsi perihal besarnya smartphone mempengaruhi kehidupan kita hari ini. 

Jumlah pengguna smartphone di dunia kini 5 billion daripada 7 billion penduduk dunia. Di Malaysia sahaja jumlah pengguna adalah 20 juta berbanding penduduk negara 32 juta. Ia adalah angka melebihi 60%.

Saya mendapat telefon pertama semasa berumur 22 tahun. Semasa di Tahun 2 pengajian di Universiti. Tahun 2002. 

Namun kini, anak saya berumur kurang 2 tahun telah pandau bermain touch screen smartphone. Bayangkan perbezaan zaman yang kita sedang hadapi dan bakal hadapi.

Dalam meniti saat dan masa kini yang semakin pantas berlalu, adakah kita sebenarnya sudah bersedia dengan limpahan budaya baru ini? 

Adakah kita telah bersedia menghadapi suasana baru ini?
Adakah kita cuma menceduk dan memasukkan terus ke dalam kehidupan kita?
Atau ada perkara yang kita perlu lakukan segera?

Pelbagai senarai berlaku sama ada kepada diri kita, bandar kita, negara kita dan juga dunia akibat daripada penggunaan telefon hari ini.

Kita boleh sebutkan pelbagai kebaikan telefon bimbit. Namun tidak kurang juga keburukan telefon bimbit yang ada.

Suka saya katakan, itulah dunia. Baik dan buruk seiring jalan untuk dijadikan pilihan buat kita semua. 

Semasa menulis artikel ini, saya cuma menggunakan telefon bimbit. Tidak perlu bagi saya untuk membuka PC untuk membuat post di blog. Cukup sekadar membuka telefon bimbit.

Harga telefon bimbit adalah RM500 hingga RM4000 bergantung kepada model. Harga sebuah kereta adalah RM30,000 hingga RM300,000. Namun untuk memandu kereta, kita perlu belajar dan lulus lesen kereta. Kita perlu kepada undang - undang jalanraya. Kita perlu kepada polis trafik dan JPJ. Kerana ia boleh membawa kepada kehilangan nyawa. 

Sedarkah kita semua, telefon bimbit berharga RM500 itu lebih besar kesannya kepada nyawa manusia. Ia bukan sekadar boleh membunuh jiwa manusia, malah ia juga boleh menyebabkan sebuah kerajaan runtuh. Ia boleh memecahbelahkan tali persaudaraan. 

Maka itulah sebabnya, kita perlukan dua perkara untuk memastikan kita mampu menggunakan telefon bimbit dengan sebaiknya.

2E.

Etika dan Educate. 

Kita perlukan etika. Jika tiada, kita perlu buat. Jika sudah ada, kita perlu amalkan dan jadikan ia budaya.
Semasa di rumah, telefon perlu ditutup.
Semasa di meja makan, telefon perlu ditutup.
Semasa di bilik mesyuarat, telefon perlu ditutup.

Kita perlu educate diri kita sendiri. Keluarga kita. Rakan kita dan seluruhnya semua manusia di dunia.

Ingatlah, telefon bimbit itu SALAH SATU daripada cara untuk berkominikasi sesama manusia, NAMUN IA BUKANLAH SATU - SATUNYA cara!

Saturday, 17 March 2018

Keypad 17.3.2018



Target 1 juta page view

Terima kasih!

Blog KEMBARA INSAN adalah hadiah balasan kepada semua atas apa jua jasa baik Tuan Puan kepada saya.

Matlamat utama blog ini adalah untuk kongsi segala apa yang saya rasa bermanfaat kepada semua. 

Selain itu, ia juga bertujuan mempromosi industri sawit yang saya sertai sejak 2004. Mempromosi bidang kejuruteraan terutama jurutera stim. 

Susah senang orang sawit banyak saya kongsikan dalam blog ini. Kepada semua follower saya sejak sekian lama, terima kasih atas sokongan dan juga minat terhadap blog campur aduk saya ini.

Tahun 2018, saya letak target untuk capai view 1,000,000. Kini ia telah capai 820,000 view. Semoga target ini tercapai. Makin banyak view, semoga perkara dan niat baik saya kepada Tuan Puan semua tercapai.

Sekali lagi, terima kasih semua!


Friday, 16 March 2018

Digester Sizing

4500L digester 37 kW 
6000L digester 55 kW

Tuesday, 13 March 2018

Hati perlukan makanan (hikmah Al Quran & Hadis)

“Tidakkah seseorang yang sakit itu jika tidak menjamah makanan & minuman dia akan mati?

Demikianlah juga dengan hati, jikalau tidak diberikan hikmat dan ilmu selama tiga (3) hari, ia juga akan mati.”

Fathul Mausuli dalam Ihya’ Ulumuddin

Ulamak

Ulamak adalah mereka yang takut kepada Allah


وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلْأَنْعَٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰٓؤُا۟ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ


Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). 


Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. 


Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. 


(Fatir 35:28)

Hikmah & Kefahaman


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَايَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُوا اْلأَلْبَابِ

 “Allah menganugerahkan al-Hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Qur’an dan as-Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. 

Dan barangsiapa yang dianugerahi al-Hikmah, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. 

Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).”

(Al-Baqarah: 269).

Bersatu padu


 


“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam,) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. 


Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). 


Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya."


(Ali Imran 103)

Sunday, 11 March 2018

Umat Terbaik



Kemuliaan

“Kita merupakan golongan yang dimuliakan Allah SWT dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan yang lain, Allah SWT timpakan kehinaan ke atas  kita.”

(Khalifah Umar Al Khattab)

Saturday, 10 March 2018

Kebaikan

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” 
(Surah Al-Maidah, ayat 2).

Kesatuan, Bersatu atas nama Allah

 “Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 

(Surah Al-Anfaal, ayat 63).

Kembara Insan

Kembara membuatkan kita hilang kata - kata, namun kemudian menjadikan kita seorang pencerita.

(Ibnu Battuta)

Saturday, 3 March 2018

Makkamaseh, Guru Boilerku



Makkamaseh. Bapanya Mohdridzwan Makkamaseh. Adalah guru Boiler saya yang pertama. Semasa saya pertama kali menjejak kaki ke Morisem Palm Oil Mill 'B'. Pertama kali jejak kaki di industri sawit. Pertama kali nampak boiler. Beliau ada lesen boilerman gred 2. Sebelum tahum 2000, JKKP benarkan pemegang pasport untuk mengambil lesen boiler, namun selepas itu ia dihentikan. Saya percaya, jika ia masih dibenarkan, beliau mampu capai lebih jauh daripada sekadar gred 2.

Kisah dia sebagai guru saya sangatlah indah. Setiap kali diaju soalan, sudah pasti dia akan panjang lebar menerangkan kepada saya sehingga saya betul - betul faham. Pada masa itu, FMA belum lagi diterjemah ke bahasa Melayu. Yang ada cuma berbahasa English. Saya terjemahkan kepada beliau, dan beliau akan jelaskan yang selebihnya.

Dalam bab menjaga kerja dan menjaga boiler, dialah yang paling sayang kepada boiler. Dialah orang pertama yang akan jumpa dengan pengurus jika apa sahaja masalah berkaitan boiler timbul. Dialah yang akan melakukan apa sahaja sehingga boiler dibaiki seperti sepatutnya. Komitmen, determination dan usaha yang tidak berbelah bagi kepada kerja.

2004 hingga 2006 bersama beliau, hinggalah saya mula berpindah ke kilang lain. Saban hari dan saban ketika, saya sentiasa berharap akan jumpa seorang boilerman yang sama seperti beliau. Sudah lebih 12 tahun, saya boleh katakan, saya belum lagi jumpa seorang boilerman berdedikasi seperti beliau.

Saya masih tidak mampu untuk membalas jasa beliau kepada saya. Semoga kamu dan keluarga dirahmati dan diberkati Allah selamanya. Doa saya selamanya untuk kamu. Terima kasih guruku.

Kerja = Daya x Jarak

 Kerja (J) terhasil apabila Daya (N) yang dikenakan ke atas  sesuatu jisim dan berlaku pergerakan kepada jisim tersebut dari titik A ke titik B. 
Jika tiada pergerakan berlaku atau jarak adalah sifar, secara automatik Kerja akan bernilai 0 walaupun Daya yang dihasilkan bernilai jutaan Joule.

Tuan Puan,
Begitulah juga dalam kehidupan kita seharian, kita dikatakan melakukan kerja apabila kita telah mengubah sesuatu. Jika pun kita telah melakukan banyak perkara dan usaha, namun jika tiada perubahan berlaku, maka ia adalaha sia - sia (kerja bernilai sifar).

Melakukan kerja sia - sia adalah perbuatan yang membuang masa.

Oleh itu, maka perkara paling utama adalah, kita mesti memastikan setiap usaha kita adalah efektif dan efisien. Yang paling utama, ia mampu mengubah sesuatu ke arah titik lain atau dinamakan sebagai progress.