Monday 4 March 2024

Keypad 2024 - Mukmin yang kuat

 
  1. Rakyat Palestin di Gaza masih dikepung, dibom, dibunuh hingga kini. Sejak 1940, iaitu lebih 70 tahun dahulu.
  2. Sejak kejatuhan Khalifah Islam, dunia Islam bukan lagi seperti dulu. Dipecahbelahkan dan diperangi di mana - mana jua. Satu abad telah berlalu dan abad seterusnya akan bermulalah sejarah baru dunia Islam. Ayuh, kita sama - sama saksikan.
  3. Mengenangkan nasib anak kecil dan penduduk Gaza yang tidak bersalah, patut menyedarkan kita semua dari tidur lena dibuai mimpi kemewahan.
  4. Anak kita, adik - adik kita, sepupu kita, bangsa kita, banyak yang leka dengan gadjet. Hinggakan lupa tugas sebenar kita di dunia. Kita menjadi bangsa pengguna dan bangsa yang lemah.
  5. Cabaran generasi hari ini lebih kuat berbanding dengan sebelumnya.
  6. Soalnya, apa kita perlu buat?
  7. Baik. Kita mulakan dengan diri kita. keluarga kita. Kenalan kita. Lakukan perubahan.
  8. Tindakan pertama adalah kita kena belajar agama. Belajar Tafsir Al Quran. Cari guru belajar sunnah Nabi. Jika Allah inginkan kebaikan kepada sesiapa, maka akan diberikan kefahaman agama. Ini sangat penting kerana kita akan menyaksikan 1001 kesesatan di dunia luar. Tanpa kefahaman agama yang jelas, kita mungkin tersesat jalan. 72 golongan sesat dan hanya 1 yang benar. Ayuh kita belajar apa itu ciri - ciri golongan yang 1. Lainya 71 golongan pasti kita akan nampak dengan pandangan hati dan iman.
  9. Tindakan kedua adalah, kita mesti kuat fizikal. Tubuh badan kita. Makanan yang kita makan. Perlu dijauhkan daripada penyakit. Kita kena sentiasa berlatih untuk kekalkan kekuatan. Belajar ilmu mempertahankan diri. Belajar memanah dan berkuda. Berenang serta menaiki kenderaan. Kita tidak boleh lemah.
  10. Tindakan ketiga adalah kita mesti kuat kewangan dan kuasai ilmu perniagaan. Fikir dan cari jalan untuk membina ekonomi keluarga. Ekonomi umat. Tanpa kekuatan ekonomi, kita tidak mampu untuk membayar zakat, bersedekah, menunaikan haji dan umrah. Lebih dari itu, kita tidak mampu membina kekuatan tanpa ekonomi yang kukuh.
Jadi anak bangsa, kita ada tugas perlu dilaksanakan. Jadilah mukmin yang kuat.

Untuk belajar ilmu tafsir, boleh ikuti di Telegram
https://t.me/DaurahTafsir2019 


No comments:

Post a Comment