- Sesungguhnya dalam Al Quran, terdapat banyak kisah untuk dijadikan pengajaran. Daripada kisah adik beradik (dengki) serta kepada kisah keruntuhan sebuah tamadun yang hebat untuk dijadikan pedoman kepada kaum manusia seterusnya hingga akhir kiamat.
- Kisah keruntuhan banyak tamadun, bermula daripada zaman kegemilangan kepada zaman kehancuran melalui perbagai cara seperti bala bencana (kebakaran hasil tanaman, banjir, ribut taufan, wabak penyakit dan sebagainya) dicatat satu persatu di dalam Al Quran.
- Sebagaimana hebatnya Firaun yang membina empayar serta piramid, akhir jatuh menyembah bumi. Hari ini peninggalan firaun yang engkar masih boleh dilihat oleh kita yang hidup untuk dijadikan pedoman sepanjang hayat.
- Hari ini perkara yang sama berlaku. Tidak cukup dengan Aids, tsunami, banjir, kemarau, SARS dan kini muncul pula selsema babi.
- Namun kita boleh menilai dengan perbagai persepsi menngikut kepercayaan masing - masing. Jika di Amerika yang saban tahun dilanda perbagai bala bencana- taufan, ribut, kebakaran serta banjir, mereka hanya berpandangan itu sekadar lumrah alam. Tidak lebih sekadar membina semula keruntuhan daripada kesan bala tersebut. Kemudian menyambung semula ega serta sombong dengan melakukan maksiat kepada Allah. Contohnya terkenal dengan kebebasan sehinggakan gay serta lesbian halal. Tidakkah kita lupa kaum Nabi Lut dibalikkan bumi oleh Allah kerana hal tersebut.
- Namun, kita selaku muslim yang beriman kepada Allah, selain berusaha untuk mengelak bencana tersebut (bukan sekadar berserah bulat-bulat) kita dianjurkan supaya kembali menilai segala macam kehidupan yang bertentangan dengan Ajaran Islam. Bala bercana tersebut mesti dikaitkan dengan segala macam kegiatan mungkar, dosa serta maksiat kepada Allah.
- Melalui pemahaman dan kenyakinan kepada perkara tersebut serta panduan cerita yang dibawa oleh Al Quran, kita semestinya kembali kepada Allah.
- Manusia, kaum serta golongan manusia yang terbaik adalah mereka yang nengajak kepada kebaikan serta mencegah, melarang kemungkaran, maksiat kepada Allah. Masyarakat berbilang kaum dan ugama bukanlah alasan untuk kita membiarkan segala macam kemungkaran berterusan di depan mata tak kala kita mendabik dada di dunia mengatakan kita adalah negara Islam. Judi, pelacuran, zina, riba, jenayah, minum arak, hiburan melampau, serta banyak lagi semacam sudah menjadi darah daging sebahagian masyarakat kita yang bergelar melayu serta mengaku Islam. Di mana pemimpin yang memegang kuasa?
- Ingatlah, kita semua akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di Mahkamah Akhirat mengenai apa yang kita lakukan di dunia. Bukan setakat melarikan atau menyembunyikan daripada SPRM, Polis atau segalanya di dunia.
- Semoga kita terus berada di bawah lindungan, rahmat serta hidayah daripada Allah, menuju jalan yang lurus, iaitu jalan mentaati Allah serta mengikut Al Quran / Sunnah.
wassalam.
No comments:
Post a Comment