- Berikut adalah pandangan peribadi saya mengenai H1N1 atau selsema yang disebabkan oleh manusia dan babi. Babi tidak bersalah dalam hal ini, tetapi manusia yang patut dipersalahkan kerana melanggar arahan Tuhan Yang Maha Mengentahui. Cakap babi tu haram, tetapi nak juga makan, pelihara etc.
- Saya cadangan kita hubungkan perihal kesan penyakit babi kepada beberapa perkara berikut : -
- AURAT - Tuntutan Islam supaya menutup / memakai hijap bagi seorang perempuan. Selain menjaga kehormatan dan keselamatan diri, hijap hari ini terbukti boleh mencegah perempuan daripada terkena penyakit H1N1. Kenapa perempuan, tidak lelaki, kerana telah dijadikan Allah, lelaki lebih berdaya tahan berbanding seorang perempuan. Selain antibadi yang lemah disebabkan oleh hormon, fizikal wanita ternyata lebih kurang berdaya tahan berbanding kaum Adam.
- MUHRIM & MUHRAM. Islam melarang lelaki bukan abjanabi untuk menyentuh perempuan yang boleh dikahwinkan atau sebaliknya, boleh dihubungkan dengan hikmah untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Kalau di Barat, lelaki sesama perempuan boleh berpeluk cium dengan sesaipa sahaja. Cuba bayangkan berapa banyak virus boleh dipindahkan. Lagilah kalau bertukar - tukar pasangan yang entah dari mana, tentulah penularan penyakit tidak dapat dihalang walaupun memakai respirator! Kita boleh bersentuhan dengan yang tidak boleh dikahwinkan kerana mereka adalah keluarga kita, maka kita telah imun dengan segala virus pasangan tersebut disamping mempunyai hubungan keturuanan yang saman. Jadi, jangan ikut budaya barat!
- BABI & KETURUNANNYA ADALAH HARAM. Telah nyata dan tidak perlu dibuktikan lagi secara saintifik atau segalanya. Banyak buruk daripada baik. Kenapa masih nak pelihara atau makan?
- Kesimpulannya, kita selaku hamba Allah yang amat lemah, perlu akur dan beriman dengan segala suruhanNya tanpa perlu mempertikainya. Akal kita tidak akan dapat merungkai segalanya secara fizikal atau saintifik. Mungkin selepas segala - galanya berlaku, barulah kita menyedari hikmah disebalik larangan Allah. Jangan tunggu kita hendak melihat segala bukti yang nyata dan sudah terlambat, baru kita ingin beriman.
- Penyakit, bala bencana, kemusnahan hasil tanaman, tsusanami dsb merupakan peringatan Allah kepada kita untuk kembali menginagati Allah. Apabila bencana menimpa, semua kita yang beriman atau tidak, akan turut serta dihukum. Kembali kepada prinsip asal, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kejahatan perlu diteruskan kerana Allah.
Sunday 9 August 2009
H1N1, Kesihatan & Ajaran Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment