Tanjong Lobang,Miri, Sarawak. 2 minit dari pusat bandar Miri. Kawasan pantai ini dijaga dengan baik oleh MBM. Mula meriah bermula 4.00 petang sehingga 10.00 malam. Berdekatan dengan pantai tersebut terdapat medan selera yang hanya beroperasi pada sebelah malam (4-10 mlm). Terdapat pelbagai menu yang menyelerakan. Kepada penggemar makanan laut, boleh dapatkan di sini dengan harga yang berpatutan. Ini adalah salah satu tempat yang sentiasa dikunjungi ramai warga Miri terutama akhir bulan, lepas terima gaji.
No comments:
Post a Comment