- Kadazandusun, berasal dari Kota Belud, Sabah. Memulakan kerjaya sebagai staf di ladang sebelum menjadi penyelia di kilang pertama IOI, Morisem A sejak awal 1990 - an.
- Dinaikkan pangkat menjadi Production Executive di Leepang, Morisem POM 'B', Pamol dan sekarang menjadi Penolong Pengurus di Sakilan POM.
- Semasa saya menjadi Cadet Engineer, March 2004, di Morisem POM 'B', saya telah tinggal serumah sebelum beliau dipindahkan ke Pamol POM. Walaupun masa bekerja bersama tidak lama, namun saya meletakkan beliau antara orang yang paling banyak memberi pengaruh untuk saya menjadi seorang Jurutera / Pengurus yang baik di industri hari ini.
- Sikap beliau yang sentiasa positif di dalam semua hal ehwal kerja menyebabkan saya cintakan kerja saya hari ini.
- Saya amat berharap jika beliau mengambil peperiksaan Jurutera Stim dan menjadi seorang Pengurus satu hari nanti. Saya yakin, beliau akan menjadi seorang Pengurus yang baik.
- Richard, teruskan sikap murni anda. Industri sawit negara amat bertuah kerana menpunyai seorang eksekutif yang amat komited pada kerja dan sentiasa positif di dalam semua perkara.
- Terima kasih di atas perkongsian pengalaman semasa bekerja bersama. Saya tidak akan berada di tempat saya hari ini jika saya tidak bertemu anda. Semoga anda terus berjaya di dalam kehidupan!
29hb. July 2009, Sakilan Palm Oil Mill, Sandakan, Sabah. IOI Corporation Berhad.
No comments:
Post a Comment