Saturday 1 August 2009

Menjadi Seorang Jurutera dan Pengurus yang beriman kepada Allah Yang Esa..

  1. Di Malaysia, terdapat beberapa ratus orang Jurutera/Pengurus kilang sawit. Siapakah mereka dan apakah kayu ukur yang terbaik untuk menentukan mereka adalah seorang Jurutera yang beriman?
  2. Berikut adalah pendapat peribadi saya mengenai perkara di atas. Apabila disebut IMAN, bermakna seorang Jurutera itu mestilah beragama Islam. Sebagai seorang Muslim, beliau mesti beriman kepada RUKUN IMAN, ISLAM dan INSAN. Jadi, untuk menjadi seorang Jurutera yang beriman, kita mesti beragama. Tanpa agama, banyak persoalan seterusnya akan mencerminkan ketidaksempurnaan. Sebagai contoh, jika kita bincangkan soal integriti, agama Islam telah menyediakan prosedur dan panduan yang lengkap untuk menanggani perkara tersebut di dalam kehidupan seorang Jurutera bermula daripada kefahaman sehingga hukuman berat apabila berada di Akhirat.
  3. Bagaimana menjadi seorang Jurutera yang beriman? Untuk menjadi seorang Jurutera yang beriman, beliau mesti mempunyai ilmu di dalam bidang kejuruteraan, pengurusan serta ajaran agama yang difahami serta diamalkan. Tanpa ilmu yang bermanfaat, seorang Jurutera / Pengurus tidak akan menjadi seorang yang beriman. Untuk mendapatkan ilmu yang betul, beliau mesti sentiasa menambahkan pengentahuan secara rasmi atau tidak rasmi. Pergaulan dengan rakan sekerja yang mempunyai matlamat yang sama juga penting kerana rakan akan memberi pengaruh (baik mahupun buruk). Sesuai dengan peredaran zaman, Jurutera mesti melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk menghadapi dunia persaingan yang kian mencabar. Ilmu yang baik tadi akan menjadi panduan kepada Jurutera untuk melayari gelora pahit manis di dalam industri serta di dalam sesebuah syarikat. Namun perlu diingat, ilmu tersebut hanya akan menjadi bermanfaat jika diamalkan. Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Tiada hasil dan tidak berguna. Jika anda tidak berguna, majikan perlu mengkaji samada perlu terus mengaji anda atau sebaliknya!
  4. Habuan dunia dan akhirat menjadi faktor motivasi kepada seorang Jurutera untuk menjadi seorang yang beriman. Namun, habuan akhirat menjadi faktor motivasi yang paling kuat. Habuan dunia melalui bentuk bonus tahunan, kenaikan pangkat, kenaikan gaji tahunan dan pengiktirafan tidak dapat menandingi habuan di akhirat. Beliau akan menyesal di akhirat nanti jika hanya kaya di dunia yang sementara, namun semasa di akhirat beliau adalah golongan miskin tegar yang bakal di letakkan di neraka Allah! Pada waktu yang sama, Jurutera yang beriman akan terus melakukan tugas dengan jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan sebagainya di dalam setiap operasi kilang kerana Jurutera tersebut yakin bahawa beliau sentiasa diperhatikan oleh malaikat mungkar dan nakir yang akan merekod segala aktiviti baik serta jahat beliau di dalam kilang. Semasa di akhirat, semua kelakuannya akan dibalas hatta sebesar biji sawi.
  5. Mengajak ke arah kebaikan dan mencegah ke arah kemungkaran. Perkara yang baik dan perkara yang jahat tidak perlu diperincikan kerana kita telah dididik daripada kecil sehingga menjadi seorang jurutera. Namun yang menjadi persoalan adalah, yang mana satu menjadi pilihan hati, selera dan iman kita? Jika beliau adalah seorang Jurutera yang beriman, beliau tidak akan menipu, mencuri harta syarikat, menerima rasuah semasa bekerja, ponteng waktu kerja, mempunyai kepentingan diri dalam akitiviti syarikat, merugikan syarikat, menjatuhkan imej syarikat, mengajak staff atau orang bawahan untuk melakukan kejahatan dan sebagainya. Tetapi seorang Jurutera yang beriman akan menjadi seorang yang paling dipercayai, takut kepada Allah (bukan kepada audit) untuk melakukan perkara di larang, beliau akan menberikan contoh yang baik kepada orang bawahan, beliau akan mengajak semua orang untuk beriman kepada Allah. Melakukan seruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
  6. Kesimpulannya, untuk menjadi seorang Jurutera yang beriman, beliau mesti mengambil PEMBARIS keluaran agama ISLAM. Unit yang digunakan adalah PAHALA dan DOSA. Ganjaran kepada ukuran yang paling panjang adalah SYURGA ALLAH yang pernah didiami oleh ADAM A.S. Sama - samalah kita semua menjadi SEORANG JURUTERA KILANG SAWIT YANG BERIMAN serta mengajak Jurutera yang lain untuk sama - sama beriman. Jika tidak, mereka itu akan sama - sama menarik kita ke NERAKA !

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

No comments:

Post a Comment