Monday, 10 August 2009

Merdeka & Kebebasan

  1. Ternyata ramai yang salah faham mengenai istilah merdeka.
  2. Negara kita telah merdeka daripada penjajahan kuasa asing secara fizikal. Namun secara sosial, ekonomi dan budaya, kita masih dijajah.
  3. Dalam konteks ajaran agama, kita tidak boleh gunakan perkataan merdeka secara keseluruhannya. Kita adalah hamba Allah dan selamanya kita berada dibawah suruhanNya serta laranganNya. Contoh, kita tidak bebas untuk mendedahkan tubuh badan kita kerana terdapat aurat yang mesti kita jaga. Kita tidak bebas untuk mencuri harta benda milik orang lain melainkan kita mesti berusaha untuk mendapatkan sumber yang halal. Kita tidak bebas untuk tinggal serumah lelaki perempuan yang bukan muhrim tanpa ikatan perkahwinan. Hatta sudah berkahwin, kita tidak bebas untuk melakukan hubungan suami isteri setiap waktu, kerana terdapat tegahan pada sesetengah waktu.
  4. Konsep merdeka dalam ajaran agama melangkaui lebih jauh daripada konsep merdeka yang ditakrifkan merdeka daripada penjajah.
  5. Konsep merdeka bukan sahaja merdeka daripada penjajah tetapi lebih dari itu adalah merdeka daripada hawa nafsu, hasutan iblis yang nyata tapi pada waktu yang sama, kita tetap hamba kepada Allah.
  6. Sempena bulan kemerdekaan, saya syorkan kita semua untuk merenung kembali adakah kita sudah benar-benar merdeka dari sudut agama. Penjajahan minda, budaya, ekonomi, maklumat dan sebagainya akan terus berlaku tanpa kita sedar atau tidak. Namun, adakah kita berada dipihak yang dijajah atau menjajah?
  7. Kita merdeka dan boleh mencorakkan sendiri masa depan kita serta pada waktu yang sama, kita tetap hamba kepada Allah yang tidak bebas daripada hukum hakam yang ditetapkan di dalam Al Quran, Petunjuk Sepanjang Zaman.

No comments:

Post a Comment