Sunday, 22 April 2012


Assalamualaikum wt.. Kawan!

Baru - baru ini Awang menerima email dari seorang sahabat beliau.

Sahabat itu seorang :
1. Yang bekerja di sebuah Kementerian Tenaga..
2. Yang kemudian cuti sambung PHD di Australia..
3. Membuat kajian berkenaan biomass di sawit..

sekarang nak siap kertas kerja.

Diceritakan, sahabat itu mengutarakan beberapa soalan kepada Awang.

Soalan dan jawapan Awang berbunyi.....

Sustainability of Biomass Supply
 1.         Do you think the government should collaborate with large plantation operators to ensure buy-in from the industry?YES.
 2.         Would you agree to sign a long-term supply contract with the proposed fuel collection centre? YES.
 3.         Do you think Malaysia should explore the use of other palm oil by-products such as palm trunk, dry frond etc as fuel for generating electricity? YES.
 4.         Do you believe that improving the storage management system would help to ensure a stable supply of feedstock in the market? YES
Sustainability of Conversion Technology
 5.         What are the factors that should be considered before the idea of centralising technological applications could be implemented?
1. TRANSPORTATION
2. DISTANCE FROM PALM OIL MILL TO COLLECTION CENTER
3. COST OF TRANSPORT
4. ROAD CONDITION - SOME AREA POOR IN ROAD CONDITION SUCH IN SABAH AND SARAWAK REFLECT FAILURE OF FEDERAL GOVERNMENT AFTER MORE THAN 50 YEARS RULES.
5. MARKET PRICE FOR THE BIOMAS FUEL - RETURN FOR THE COMPANY
6. CAPACITY OF THE PALM OIL MILL - AMOUT OF FUEL GENERATE TO ENSURE SUSTAINABLE SUPPLY OF THE FUEL
6.         Would you think the idea of running a large-scale biomass energy plant (with the latest conversion technology) should be offered to large plantation operators who have sufficient capital?
YES
Sustainability of Network Connection
 7.         What is your comment towards a public-private cost-sharing model to finance the cost of connection to the grid? 
AGREED. 
WE MUST MOVE FORWARD BEYOND POLITICAL MOTIVE. TAKE THAILAND AS EXAMPLE IN IMPLEMENTING BIOMASS TO GENERATE ELECTRICITY. 

EVERY YEAR OUR PALM OIL PLANTATION SOLD THOUSAND TONNES OF PALM KERNEL SHELL TO THAILAND, KOREA AND JAPAN FOR THIS PURPOSE.WHY OUR COUNTRY DONE NOTHING? BECAUSE OUR LEADERS IS "STUPID".
8.         To avoid high costs for infrastructure investment, do you think the government should promote decentralized generation/small grid and rural electrification? YES
9.         Do you have any suggestions on how to improve the present interconnection scheme? 
1. ENSURE WE CHOOSE THE RIGHT LEADER TO RULES OUR COUNTRY.
2. LEADERS WHICH HAVE QUALITY SUCH AS SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATANAH WILL RULES OUR COUNRTRY WITH THE RIGHT PATH.
3. CHOOSE THE RIGHT PERSON TO DO THE RIGHT THINGS. DO NOT CHOOSE POLITICIAN TO GENERATE BIOMASS ELECTIRICTY.
 ... SALAM

Monday, 9 April 2012

Golden crop produces golden oil and fats





" Malaysian Palm Oil Plantations - oil palm land bank of nearly 4 million hectares producing about 14 million tonnes of palm oil "

Source - Palm Oil Engineering Bulletin / MPOB

Monday, 2 April 2012

Kisah Pokok Pisang dan RSPO

Masuk hari kedua Awang bertugas di kilang sawit batu 19, Sandakan, terdengar cerita pokok pisang di perumahan pekerja dan staff kilang serta ladang.

Ya, kawan. Pekerja bersama staff kilang tinggal dalam kawasan perumahan yang sama. Disebabkan bakal menjalani audit RSPO, semua pokok - pokok pisang yang di tanam di kawasan perumahan ditebang oleh pihak ladang.

Alasan cuma satu, RSPO!

Mendengar penjelasan daripada pembantu rumah pengurus yang sudah bekerja di bawah tiga pengurus sebelum Awang, menambahkan perasaan gelak ketawa hatinya. Tidak kurang juga perasaan ragu - ragu di atas penjelasan pekerjanya itu.

Ya, kawan. Ini kali pertama Awang mendengar alasan pokok pisang ditebang disebabkan kilang bakal menjalani audit RSPO!

Tambah pelik lagi, kenapa pokok pisang yang menjadi mangsa? 

Kenapa tidak pokok mangga yang besar banyak juga tidak ditebang.
Kenapa tidak pokok kelapa yang ada berjumlah lebih berpuluh - puluh tidak juga diusik.
Kenapa pula pokok hutan yang meninggi dalam ladang disebabkan tidak dibersihkan oleh pihak ladang tidak pula ditebang.
Kenapa pula pokok kayu jati di belakang rumah pengurus ladang tersebut tidak juga ditebang?!!

Awang mengajukan lagi kehairanannya kepada staff - staff yang lain, almaklumlah, dia sebagai orang baru perlu menyiasat dengan terperinci segala maklumat baru serta pelik yang diterimanya,

Cerita berkenaan menjadi lebih menarik bila mana staff lain turut menambah, ada yang menangis melihat pokok - pokok pisang mereka yang sudah ditanam sejak berpuluh tahun ditebang kerana RSPO!

Sunday, 1 April 2012

Loose fruit dan OER

" Every 1% loose fruit not collected contributes 0.3% OER depression "



Source - Engineering Bulletin / MPOB


Salam kawan!

Awang tersenyum membaca post seorang rakan sekerjanya seperti tertera di atas. Clik di sini.

Awang terus tersenyum kerana memikirkan OER kilangnya yang sekarang menjadi tumpuan semua bos di atas kerana OER kilangnya adalah terendah antara semua kilang di syarikat di kawasan Borneo.

Ya, kawan. Awang baru sahaja seminggu di kilang baru ini. Tugas dia yang paling utama dalam waktu terdekat ini adalah untuk menaikkan OER yang paling rendah kepada yang relevan dengan keadaan pokok sawit, kilang dan sebagainya.

Awang terus tersenyum memikirkan ayat di atas kerana sekurang - kurangnya dia ada modal untuk berjumpa dengan pengurus ladang - ladang yang menghantar buah sawit ke kilangnya.