Sunday 17 July 2016

Lebuhraya Kerjaya dan Sesuap Nasi Part 1

Saya berumur 37 tahun. Seperti manusia lain di muka bumi, saya berjuang untuk sesuap nasi. Untuk diri dan anak bini. Mencari rezeki yang halal dan menjadi khalifah di muka bumi serta hamba Allah sebaik mungkin.

Tidak ada sesiapa pernah bagi panduan kepada saya apa yang bakal saya tempuh semasa remaja, dewasa dan kini. Kebanyakkan pilihan yang dibuat berdasarkan penilaian saya waktu itu.

Pemikiran kita bergantung kepada umur, pengalaman dan persekitaran yang kita hadapi saat itu. Ia bakal mengubah pendirian dan keputusan yang kita telah, sedang dan bakal pilih.

Umur 0 hingga 24 tahun - tempoh belajar
Umur 25 - 34 tahun - membina kerjaya dan reputasi
Umur 35 tahun - 44 tahun -
Umur 45 tahun - 54 tahun -
Umur 55 tahun - 64 tahun -
Umur 65 tahun - 74 tahun -

Saya masih tidak isi umur seterusnya kerana saya belum melepasi umur terbabit. Walaupun saya mempunyai rancangan untuk tempoh berkenaan.

Secara ringkasnya, zaman berubah dan kita kena ikut perubahan zaman tersebut. Apa yang saya buat tidak semestinya releven untuk zaman akan datang dan juga orang lain.

Tahun 60 an hingga 80 an - pasca merdeka, kerjaya banyak berkisar kepada kerja kerajaan.
Tahun 80 an hingga 90 an lebih kepada kerja di syarikat swasta.
Tahun 90 an hingga 2000 lebih kepada keusahawanan
Tahun 2000 hingga kini - keusahawan tetapi melebar ke luar negara.

Bergantung kepada ekonomi negara, ia banyak menentukan kerjaya yang bakal kita pilih.

******
Perjalanan kerjaya jurutera stim dan jenis industri

Jurutera stim terlibat di industri sawit, janakuasa, petroleum. Soalnya, manakah yang terbaik?

Tinggal di satu bidang hingga bersara atau pindah randah?

Ia sebenarnya tidak ada jawapan yang tetap. Terpulang pada individu masing - masing. Soalan yang patut ditanya adalah, apa matlamat anda? Apa yang anda mahu?
Kenapa anda buat pilihan itu?
Adakah pilihan itu menjurus kepada matlamat anda atau sekadar ikut - ikutan orang lain?

No comments:

Post a Comment