Sunday 17 July 2016

Lebuhraya Kerjaya dan Sesuap Nasi Part 2

Ada dua pilihan jurutera stim boleh buat :
1. Kekal dalam industri (termasuk pindah randah)
2. Jadi usahawan sama ada bina perniagaan dan bekerja atau terjun ke alam perniagaan sepenuh masa.

2 pilihan itu bergantung kepada soalan ini.
Apa matlamat dan apa yang anda mahu dalam hidup anda? Ia penentu segalanya.

Dalam membina kerja sebagai jurutera stim, ada beberapa fasa.

Fasa 1
Tempoh belajar dan mencari pengalaman. Dapatkan segala sijil dan kelayakan yang perlu. Bina reputasi dan hubungan dengan pelbagai pihak.

Fasa 2
Demanding Period
Kita dah ada pengalaman. Ada sijil. Ada reputasi. Masa untuk demand. Saya syorkan untuk tempoh ini belajar pengurusan dan bidang perniagaan. Ambil MBA atau fokus kepada pengurusan. Waktu ini selalunya digunakan oleh jurutera stim untuk pindah syarikat atau pindah industri. Demi jawatan atau demi gaji.

Fasa 3
Cari cabaran baru
Naluri manusia ia akan sentiasa cari cabaran. Takkan puas dengan satu perkara. Walapun gaji dan pangkat sudah cukup, individu terpilih akan cuba cari kelainan. Cari cabaran baru.

Ada yang akan pilih keusahawanan. Namun cabaran ini sangat besar. Sebab itu tidak semua yang akan pilih. Hanya yang terpilih.

Dalam fasa 1 dan 2, jurutera stim akan bina kerjaya, reputasi dan kelayakan. Ada yang akan mendaki tangga pengurusan. Dengan kelayakan, pengalaman dan pengalaman pengurusan yang ada, jurutera stim perlu tambah satu lagi skil untuk membolehkan mereka berjaya dalam bidang keusahawan. Iaitu minda perniagaan dan keusahawan.

Ada kelayakan - jadi jurutera stim
Ada pengalaman + kelayakan - jadi pengurus
Ada pengalaman + kelayakan + minda usahawan - jadi usahawan berjaya.

No comments:

Post a Comment