- Boiler terdiri daripada tiga jenis bahan bakar. Iaitu pepejal, cecair dan gas.
- Untuk boiler jenis bahan bakar pepejal seperti fiber sawit, sisa kayu dan arang batu, boiler akan dilengkapi dengan grating sistem untuk mengeluarkan abu (ash) atau apa sahaja bahan yang tidak terbakar seperti klinker.
- Bahan yang digunakan untuk grating kebiasaannya Cast Steel yang tahan pada sehingga 1200 deg Celcius.
- Terdapat beberapa jenis sistem grating yang digunakan di boiler iaitu Fixed, Vibrating dan Pulsating.
- Kebanyakan boiler lama di kilang sawit masih menggunakan Fixed Type Grating System. Disebabkan itu, boilerman dan fireman mesti mengeluarkan ash atau klinker mengikut masa yang ditetapkan secara manual. Seperti gambar di bawah.
- Operasi ini amat berbahaya dan memerlukan kepakaran. Ia juga amat memenatkan dan memerlukan tenaga. Operasi boiler juga akan terganggu kerana pada masa yang sama operasi turbin akan beroperasi. Kebiasaannya, Diesel Generator akan dijalankan untuk mengelakan berlaku masalah kepada operasi turbin.
- Untuk boiler baru, Vibrating atau Pulsating Grate telah dipasang. Maka operasi Ash Racking ini tidak perlu dilakukan secara manual.
- Jika sistem Vibrating atau Pulsating Grate dipasang, kita mampu jimatkan dua hingga tiga fireman berbanding menggunakan Fixed Grating System.
- Tujuan untuk grating system dalam boiler yang menggunakan bahan bakar pepejal adalah untuk mengeluarkan ash atau klinker.
- Dianggarkan sebanyak tiga hingga lime persen ash/klinker akan terbentuk semasa pembakaran berlaku dalam Furnace.
- Perkara ini juga bergantung kepada kualiti bahan bakar. Kriteria seperti kelembapan, saiz bahan bakar dan jumlah angin turut memberi kesan kepada penghasilan ash/klinker.
- Jika ash atau klinker ini tidak dibuang semasa boiler beroperasi, maka ash/klinker akan mula terkumpul di bahagian bawah Furnace. Lama kelamaan, ia akan menjadi clinker yang besar.
- Saluran angin FD Fan akan mula tertutup. Kecekapan pembakaran akan mula merosot dan akhirnya prestasi boiler akan mula menurun. Lebih banyak klinker akan terbentuk dan lebih banyak bahan bakan akan dibazirkan, tekanan tidak akan stabil.
- Grate juga akan turut rosak disebabkan localize heatin berlaku.
Terima kasih.
Zulkefli Muhammad
Jurutera Stim Gred 1
16 Tahun Pengalaman mengendalikan pelbagai jenis boiler.
3 Mac 2020
Kajang, Selangor, Malaysia.
No comments:
Post a Comment