Assalamualaikum wt Tuan yang saya hormati,
1. Saya ucapkan tahniah di atas perlantikan sebagai menteri sawit yang baru.
2. Izinkan saya tukar nama Kementerian Komoditi kepada nama Menteri Sawit sebab dalam banyak - banyak komoditi itu, sawit lah yang paling banyak memberi pulangan cukai kepada negara.
3. Tuan, walaupun hari ini angkat sumpah, saya doakan Tuan amat bersemangat untuk menjalankan tugas esok. Kerana industri sawit perlu diperhatian segera demi nasib 600,000 rakyat Malaysia yang bergantung nasib dan periuk nasi harian mereka.
4. Perkara yang paling utama adalah harga minyak sawit mentah. Mohon supaya Tuan usahakan harga CPO melebihi RM3000/tan.
5. Jika ini Tuan dapat usahakan, insya Allah Tuan akan dinobatkan Menteri Sawit terbaik sejak 15 tahun yang lepas.
6. Untuk makluman Tuan, harga sawit rendah sejak 10 tahun yang lepas. Ini memberi kesan besar kepada cukai kerajaan, pendapatan syarikat sawit negara, pekebun kecil dan banyak pihak yang terlibat dalam industri sawit.
7. Untuk meningkat harga CPO, berikut adalah cadangan saya.
8. Tuan kena ambil tindakan agresif untuk melakukan pemasaran ke negara luar seperti India, China, Eropah, Asia Barat dan Amerika. Negara ini mempunyai populasi manusia paling ramai di dunia, maka kita tidak boleh memandang enteng perkara tersebut. Perhebatkan pemasaran dan jangan cari gaduh dengan negara tersebut. Negara tersebut juga mempunyai minyak sayuran tersendiri, oleh itu kita perlu giat memasarkan minyak sawit supaya stok kita berkurangan dan harga meningkat.
9. Tuan, janganlah Tuan ikut emosi macam menteri lama suruh rakyat Malaysia minum sesudu sehari minyak sawit. Kita cuma ada 32 juta rakyat. Takkan mampu untuk habiskan 28 juta MT minyak yang dihasilkan setiap tahun. Indonesia yang ada rakyat hampir 300 juta pun tak suruh rakyatnya minum, inikan pula kita yang hanya 10% dari jumlah negara mereka.
10. Minyak sawit adalah minyak sayuran paling murah di dunia dengan nilai pengeluaran paling produktif berbanding minyak sayuran lain. Oleh itu, negara - negara pengeluar minyak sayuran lain di dunia sampai bila pun tidak akan dapat melawan kehebatan minyak sawit. Namun, kita dan Indonesia diserang hebat oleh abang - abang besar dari seluruh dunia. Oleh itu, saya berharap Tuan dapat mencari jalan terbaik untuk berkerjasama dengan semua negara - negara yang memusuhi industri sawit. Kita takkan mampu melawan mereka, oleh itu saya syorkan Tuan berkawanlah dengan mereka demi industri sawit.
11. Minyak sawit yang kita hasilkan tidak mampu untuk kita guna semuanya. Inilah pentingnya eksport minyak sawit kepada industri. Tanpa pembeli minyak sawit dari negara luar, industri sawit negara akan lumpuh. Oleh itu, Tuan rajin - rajinlah ke luar negara mencari pembeli minyak sawit kita.
12. Sabah dan Sarawak adalah pengeluar paling besar dalam negara buat masa ini. Sila beri perhatian kepada isu - isu yang dihadapi oleh mereka seperti isu pekerja asing dan duti serta cukai yang tinggi terhadap tenaga kerja. Tanpa pekerja yang mencukupi daripada Indonesia, industri sawit di sana akan menghadapi masalah.
13. B20 kepada B30 Biodiesel. Indonesia lebih agresif dan kita selalu lambat bertindak. Laksanakan segera B30 mengikut jejak langkah Indonesia.
14. RSPO, MSPO serta banyak lagi perkara yang amat meresahkan industri sawit. Tidak dapat dinafikan perkara ini penting, namun jika kos tinggi, harga sawit rendah, apa gunanya kita ada pelbagai sijil yang tidak memberi nilai tambah kepada harga sawit?
15. Kos pengeluaran kilang sawit dan kilang penapis semakin meningkat saban tahun. Namun pelbagai jabatan kerajaan terus menerus meningkatkan nilai cukai serta keperluan baru seperti pemasangan CEMS,ESP, Bag Filter kepada Boiler di Kilang sawit. Kos berjuta ringgit terpaksa ditanggung oleh pelbagai pihak. Mohon Tuan berbincang dengan jabatan terbabit supaya tidak bertindak pilih kasih. Banyak lagi kilang di bandar besar tidak terlibat dengan peraturan, tetapi kilang sawit di hujung hutan belantara menjadi mangsa.
16. Industri downstream minyak sawit. Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, kita wajar giatkan industri downstream dan menghasilkan produk untuk dipasarkan keluar negara.
17. Pakar sawit dalam industri. Negara kita mempunyai ramai pakar dalam industri sawit. Sehubungan dengan itu, saya syorkan Tuan ambil mereka yang pakar dalam bidang masing - masing untuk mengentuai jabatan utama dalam kementerian Tuan. Saya percaya, jika mereka yang pakar dan mempunyai pengalaman berharga dalam industri diambil, sudah pasti industri sawit akan mendapat manfaat besar.
kesimpulan : Naikkan segera harga CPO RM3000 ke atas.
harga naik, semua gembira.
Selamat bertugas.
Zulkefli Muhammad
16 tahun dalam industri sawit negara.
No comments:
Post a Comment