Thursday, 5 August 2010

Pakage Boiler-Diesel meletup di refinery @ Sandakan




  1. Awal Disember 2009, sekali lagi Industri Sawit dikejutkan dengan kemalangan melibatkan boiler di salah satu rifenery di Sandakan, Sabah.Tidak perlu saya menyebutkan nama kerana makluamat megenainya boleh diperolehi di semua akbar, Facebook etc.
  2. Sejak saya menulis mengenai kejadian yang sama pertengahan tahun ini di Lawas, tidak ada kejadian serius yang saya dengar di Borneo. baca http://zul1979.blogspot.com/2009/05/boiler-failure-downcomer-tube-melting.html
  3. Namun kejadian ini mengejutkan semua orang. 2 maut. Seorang mati di tempat kejadian.Seorang lagi parah dan meninggal semasa sedang dirawat.
  4. Punca sebenar masih di dalam siasatan.
  5. Namun berikut adalah beberapa spekulasi yang dibuat daripada maklumat tidak rasmi yang diperolehi :-
  • Burner bermasalah - 'impigmentation' pada saluran burner menyebabkan pembakaran setempat berlaku-tidak sama rata.Permbakaran ini menyebabkan kesan 'overheat' pada sebahagian shell/tube boiler.Overheat akan menyebabkan shell buldging-lemah setempat.Dengan tekanan tinggi, bahagian ini akan gagal/bocor/meletup lebih cepat daripada sepatutnya. Ini bertepatan dengan maklumat yang diperolehi iaitu- ada boiler sempat keluar daripada bilik boiler apabila melihat kesan panas/overheat.
  • Kegagalan untuk menukar burner yang bermasalah - Boiler tersebut hanya dijadikan 'standby' untuk operasi jika Biomass Plant tidak beroperasi. Kerosakkan burner tidak diganti atau dibaiki untuk menjimatkan kos. Apabila burner tidak berfungsi seperti sepatutnya, lain - lain safety device seperti Interlock System - ID Fan Cut Off dan sebagainya akan turut diganggu. Boiler yang sepatutnya dijalankan secara auto, dijalankan secara manual kerana burner tidak akan berfungsi jika dijalankan secara auto. Burner Rosak - Jalan Manual - Pelbagai risiko boleh berlaku.
  • Fuel cut off gagal berfungsi. Disebabkan boiler dijalankan secara manual.
  • Low water level - Boiler kedua sedang dalam proses menaikan tekanan. Supply air kepada kedua - dua bolier menjadi common, menyebabkan aliran air ke boiler yang sedang beroparasi kering. Sudah tentu akan berlaku low water level jika bahan bakar tidak dapat dikawal. Sepatutnya, jika 1st & second low water level berlaku, boiler secara automatik akan memulakan prosedur Auto Cut Off. Namun prosedur ini tidak berfungsi kerana boiler telah dijalankan secara manual - disebabkan masalah burner.
  • Boiler lama. Boiler ini berusia sama dengan refinery tersebut. Sepatut telah lama ditukar.Namun, seperti sedia maklum, syaikat ini antara syarikat yang paling suka 'save cost', termasuk tidak mengeluarkan kos untuk menukar burner bermasalah. Tanpa mengira pandangan jurutera untuk menukar kepada boiler baru, saya rasa ini boleh menjadi alasan bahawa, duit bukan penentu segala-galanya. 'Safety First' bos!

Namun, kita tidak tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku memberikan kesan besar seperti letupan tersebut. GM syarikat tersebut merupakan seorang yang komited kepada keselamatan dan operasi boiler yang baik. Seperti kata pepatah, malang tidak berbau. Kita setiap saat di tempat kerja perlu berdoa kepada Allah untuk keselamatan diri, pekerja dan harta benda, walaupun perbagai usaha atau langkah keselamatan telah dipatuhi. Usaha kita bukanlah penentu akhir kepada mutlaknya tiada apa yang bakal berlaku.

Allah menentu segalanya, mungkin ada tersirat dan tersurat untuk dijadikan pedoman buat kita semua supaya jangan leka atau sombong dengan kehebatan kita. Kalau kita terlupa, kita diingatkan. Ingatan itu lebih baik melalui pengalaman orang lain, bukan kita sendiri yang terpaksa menanggung beban akibat kealpaan kita.

Artikel ini bukanlah berniat untuk menunjukkan kelemahan syarikat terbabit. Namun, lebih daripada itu, untuk mengambil pengajaran daripada kejadian terbabit.

Seperti yang saya kata sebelum ini, seorang jurutera mempunyai tanggungjawab besar ke atas :-

  • Keselamatan orang di bawah jagaannya.
  • Keselamatan harta benda
  • Memastikan semua prosedur keselamatan dipatuhi.

Nasihat daripada orang - orang tua masih perlu diulang-ulang lagi :-

  • Don't take for granted
  • Go and check on your own, don't let it to you staff or operators

wassalam.

1 comment: