Wednesday 8 January 2014

Ia adalah makanan, bukan komputer atau kereta!

Merujuk kepada post terbaru Saudara Alwi

http://alwigoatfarm.blogspot.com/2014/01/kenapa-aku-bela-kambing-sebab-sebenarnya.html?m=1

Aku melihat Alwi mempunyai banyak persamaan dengan aku. Dan kali ini satu lagi persamaan tertaut. Mmm...

Aku memang cukup setuju dengan dia. Malah aku juga berfikiran sama.

Kenapa aku terlibat dan cukup minat dalam bidang pertanian? Sebab nak sumbangkan/bagi makanan kat manusia serta hidupan di dunia.

Ambi contoh perang, memang senang fikir. Kalau berlaku perang, apa yang manusia nak cari?

Cari cd utk tgk movie?
Cari hp utk whatsapp kawan?
Atau update FB?
Atau cari kereta mewah?

Tidak. Manusia akan cari makanan. Malah makanan menjadi sumber kekuatan serta elemen paling penting utk semua pihak musuh dan juga pihak sendiri.

Bukan setakat perang, katakanlah bencana alam, manusia tetap akan cari makanan.

Makanan pula, apa yg mudah? Ia mestilah yang boleh dimakan terus. Seperti haiwan ternak, sayuran dan buahan. Kalaupun minyak sawit, belum tentu lagi kerana nak kena proses baru dapat dijadikan makanan.

Mutakhir ini, cabaran makin banyak dan kritikal.

Bukan setakat perang, malah bencana alam, perubahan cuaca, dan populasi manusia meningkat terus akan memberi kesan kepada 

Sumber makanan dunia.

Lebih banyak bandar di bina, kawasan pertanian semakin berkurangan.

Ironinya...ramai manusia tidak mengambil kisah dan pengajaran dari zaman

Nabi Yusuf as dan hikmah menyimpan makanan dalam jangkamasa 7 tahun + 7 tahun.

No comments:

Post a Comment