Sunday 26 January 2014

Akhirat adalah matlamat kita

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

84:6

Kita selalu bekerja keras dalam apa jua matlamat kehidupan kita di dunia. 

Menghimpunkan harta, anak bini, pangkat, ijazah master phd, pengaruh, ladang ternak serta segala nikmat dunia.

Kerja keras penat lelah itu tetap akan membawa kepada kematian di akhir usia.

Soalnya, adakah penat lelah kerja keras itu disumbangkan kpd hari akhirat atau semata untuk dunia sahaja?

Kehidupan dunia tanpa matlamat akhirat adalah pincang, sesat, jahiliah, sekular dan sia sia lah segala usaha kerja keras itu.

No comments:

Post a Comment