Aku masih ingat semasa zaman kanak kanak berumur 7-10 tahun, aku dan abangku sering dibawa ke kuliah agama. Ayahku memang sanggup membawa kami ke masjid luar kampung apabila ada kuliah dari penceramah tertentu.
Pendek cerita, antara banyak kuliah agama yang dihadiri, satu pun aku tak ingat isi kandungannya.
Yang aku ingat, jika pun aku tak tertidur, aku mungkin melihat ramainya orang di masjid. Isi kandungan kuliah-zero ingatan.
Tapi aku cukup ingat satu perkara. Entah macam mana, masa kuliah ada jer hal seperti mengantuk dan fikiran tak tentu, tetapi selepas habis kuliah dan dalam perjalanan balik, badan dan mata aku kembali segar. Sesegar waktu pagi bila dicurah air sejuk!
Ayah akan berhenti di sebuah kedai makan dan belanja kami makan roti canai. Roti canai yang hingga kini aku masih ingat kedainya. Dulu ayah pelihara itik telur, jadi kami bawa sendiri telur itik dari rumah, beli roti kosong tapi minta buat roti telur.
Walaupun satu isi kuliah agama aku tak ingat, namun aku ingat semua roti canai yang dimakan.
Terima kasih ayah!
No comments:
Post a Comment