Cth.
Minggu depan Maulidul Nabi 12 rabiuawal jatuh pada 14hb jan 2014.
Maka tarikh 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19 rabiuawal 1435h, bumi Malaysia akan mendapat hujan yang lebih berbanding minggu pertama dan minggu ke 4 bulan Rabiuawal.
Kenapa ini berlaku?
Mudah. Graviti bulan yang lebih kuat dari hari hari yang lain akan menarik air laut dab menyebabkan air pasang. Pembentukan awam lebih mudah berlaku dan hujan lebih kerap-lebat.
.......
Di ladang sawit dan kilang sawit, hujan memainkan peranan yang sangat besar. Hujan lebat, operasi harvesting akan bermasalah. Sapa nak tombak buah dalam hujan hujan bos!
Itu ok lagi. Yang tak tahan, jalan rosak, banjir. Darurat ladang. Memang mencabar betul waktu hujan lebat.
Aku di kilang sawit pulak, sama sama kena tempias masalah ladang. Kualiti buah sawit akan merosok, buah buruk, ffa tinggi. Kalau jalan rosak, cpo tak leh hantar keluar. Stok tinggi, kualiti pula hancur!
.......
Ringkas cerita, di sebuah kilang di Miri Sarawak, mengajar aku untuk memerhati ciptaan Allah, iaitu hujan.
Kenapa?
Sebab hujan lebat, air pasang, beberapa point jalan utama keluar dari ladang akan banjir. Jalan terputus!
Namun ia berlaku dalam bentuk patern. Maka aku pun perhatikan taburan hujan (kilang sawit rekod taburan hujan setial hari), bila berlaku banjir? Dan sebagainya.
Hasil dari penemuab di atas, aku bagitau transporter-yang hantar cpo keluar, untuk elak waktu waktu terbabit. Antara minggu kedua da ketiga hujan akan lebih lebat dan banjir-so watch out!
Akhirnya aku buat kesimpulan di atas. Jadi Tuan tuan sekalian, cubalah perhatikan perkara di atas.
Ini juga boleh digunakan jika nak rancang operasi ladang, kilang atau
Nak plan aktiviti luar!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment