Friday 31 January 2014

Sumber haram, qanaah,bantu jiran, kasih saudara dan jangan banyak ketawa

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Siapakah di antaramu yang menerima kalimat kalimat yang berhikmat langsung diamalkannya atau diajarkannya untuk diamalkan?

Kata Abu Hurairah ra, "Aku wahai Rasulullah!"

Lalu diambilnya jariku lalu dihitungnya sampai lima, katanya, 

1. Peliharalah dirimu dari segala yang terhitung haram, engkau akan termasuk manusia paling tekun beribadat, 

2. berasa cukup dengan kurniaan Allah yang dibahagi bahagikan kepada mu nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling kaya, 

3. berbakti dan bantulah tetanggamu di setiap saat diperlukan, engkau akan dianggap manusia mukmin yang terbaik;

4. Cintailah untuk manusia itu apa yang engkau inginkan untuk dirimu sendiri, engkau akan menjadi seorang Muslim yang sejati;

5. Dan jangan perbanyak ketawa terbahak bahak kerana itu akan membeku dan mematikan jiwa."

Hadis riwayat Tirmizi

No comments:

Post a Comment