Friday, 15 January 2010

Hold Effective Meeting


  1. As a manager or head of department, you will always hold meetings.
  2. Make them effective.
  3. Decide in advance the objective of the meeting and make sure you meet that objective.
  4. Normallys, these is four purposes of the meetings :- 4.1 To create & fuse a team. 4.2 To impart information. 4.3 To brainstorm idea & make decisions. 4.4 To collect information & make decisions.
  5. Keep moving fast & get them out of the door as soon as you can.
  6. Hold all meetings at the end of the days rather than at the beginning. Everone's anxious to be off home and it keep meetings shorter; in the beginning of the day everyone has agres to disgess and chat.
  7. Start meeting on time. Never wait for anyone. Use 'odd' time such as 0905 am rather than 0900 am.
  8. Schedule the meeting far enough in advance. Confirm the date to ensure everone remembered and can make it.
  9. Decide who keep the minute.
  10. Make sure every point of the agenda ends up with action plan - no action plan means it is just a chat.
  11. Involve a big number - subdivide them into committees.
  12. Conclusion - at the ends of the meeting, you must able to say whether or not objective is achieve.
  13. Lastly - hold all meeting on uncomfortable chairs or standing ! that speed things up considerably.

from the book "The Rules Of Management" by Richard Templar

Thursday, 14 January 2010

Panduan Menggunakan Internet

  1. Suatu ketika di Australia, seorang pekerja telah dibuang kerja kerana didapati sedang melayari laman web Facebook di pejabat. Semasa kejadian tersebut, beliau mendakwa sakit dan mengambil cuti daripada kerja.
  2. Internet bukanlah perkara baru di mana - mana tempat di dunia.
  3. Semasa era 1900 an, banyak pendebatan umum membicarakan mengenai baik dan buruk internet.
  4. Dengan jaringan internet bertebaran di serata pelusuk dunia, kuasanya amat sukar disekat.
  5. Perkara yang sama berlaku semasa TV diperkenalkan.
  6. Kini, kawasan pendalaman di sini mendapat kemudahan internet.
  7. Bukanlah perkara yang bijak jika kita ingin mengawal orang yang akhil baligh bagaimana cara untuk menggunakan internet.
  8. Namun, panduan ini sedikit sebanyak membuka mata semua pihak betapa internet boleh digunakan untuk kebaikan seperti :-

a. Gunakan untuk mendapatkan maklumat berfaedah untuk kerja, hobi, ilmu agama serta teknologi terkini berhubung apa saja yang baik. Cth - dapatkan maklumat mengenai cara mendidik anak yang betul supaya anak tadi besar kelak menjadi orang berguna kepada bangsa.

b. Gunakan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung iklan jabatan kerajaan seperti MPOB, DOE, DOSH, NIOSH dsb. Banyak iklan berguna boleh diperolehi daripada laman web tersebut. Dapatkan planner tahunan untuk peperiksaan atau jadual latihan yang disediakan. Kemudahn online daripada web tersebut juga dapat digunakan untuk memudahkan urusan kerja seharian.

c. Gunakan untuk membaca surat khabar tanpa perlu membeli surat khabar. Kebanyak akhbar di seluruh dunia boleh diakses melalui internet.

d. Gunakan untuk mendapatkan maklumat pelaburan. Labur dalam emas atau pasaran yang dibenarkan kerajaan.

e. Gunakan untuk berkomonikasi rakan sekerja atau rakan di tempat lain. Berhubung mengenai perkembangan terkini dan perkara baik yang boleh dikongsi bersama.

f. Gunakan oleh urusan perbankan seperti Maybank2u. Melalui urusan ini, anda tidak perlu membazir masa ke bandar.

g. Gunakan untuk melawat laman web syarikat anda. Anda akan tahun apa arah tuju syarikat pada masa akan datang.

Tetapi pada masa yang sama, jangan :-

a. Jangan gunakan untuk mencari laman web tidak sopan seperti laman web lucah dsb. Laman web ini juga berisiko untuk membawa virus ke dalam komputer. Tidak kurang juga virus yang akan merosakkan pemikiran anda.

b. Jangan gunakan untuk menyebarkan sesuatu yang bertentangan dengan tatasusila, agama serta undang - undang di mana langit anda dijunjung.

c. Jangan gunakannya semasa waktu anda bekerja sehinggakan anda tidak menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pihak majikan. Sebaliknya menghabiskan masa kerja anda untuk melayari laman web yang tidak memberikan keuntungan pada syarikat.

d. Jangan buatkan majikan ada merasakan kemudahan itu mengganggu operasi kerja sehingga beliau menamatkan perkhidmatan tersebut!

Namun, semuanya terpulang pada diri - anda sendiri. Tepuk dada, tanya iman.

Gunakan kemudahan dengan sebaik mungkin. Jangan jadikannya seperti kera mendapat bunga.

Aku Pengurus Kilang Yang Berpolitik


1. Politik.
2. Setiap orang punya padangan sendiri mengenai politik.
3. Politik itu kotor.
4. Politik itu kaedah menghalalkan cara.
5. Politik itu hanya bercakap, tetapi kerja kosong. Manis di mulut, hasil tiada, janji entah di mana. Tika musim pilihanraya, kaki busuk makcik di kampung sanggup dihidu, namun lepas pilihanraya, rakyat mengemis di muka pintu pejabat, merayu dan meraung kesusahan, tiada siapa peduli.
6. Poltik juga terpisah daripada ajaran agama. Hasil dan kesan lebih 500 tahun dijajah Portugis, Belanda, Inggeris serta Jepun. Pembesar serta pak menteri dirasuah melalui kaedah politik untuk menjatuhkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
7. Jika dahulu Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menguasai segenap segi ruang hidup masyarakat. Termasuk perihal politik dan undang - undang. Apabila bumi Tanah Melayu dijajah, kuasa Sultan telah diasingkan daripada politik. Sultan jadi lambang, jadi ketua agama serta adat istiadat. Lain daripada itu, semua dikawal selia dan ditentukan oleh penjajah yang mengaku dirinya lebih maju serta bertamadun berbanding orang di dalam negara yang dijajah.
8. Sedikit - sedikit orang Islam Melayu mula dijajah pemikiran dan fizikal.
9. Tulisan jawi lambang bumi ini sudah bertamadun hilang.
10. Undang - undang syariah yang telah menjaga keamanan bumi Tanah Melayu dikatakan zalim. Undang - undang sivil lebih baik.
11. Penjajah mengajar bagimana memajukan negara dengan mengaut segala hasil bumi untuk dibawa balik ke Eropah. Katanya demi kemajuan Tanah Melayu. Penjajah juga mengajar, di negara mereka yang lebih bertamadun, poltik adalah lain dari agama. Ketua gereja hanya jaga ibadat. Ketua negara kuasai segala – galanya. Mereka lupa, kuasa politik itu dirampas daripada pemimpin gereja untuk mengelakkan penipuan mengutip cukai serta derma oleh orang gereja. Kuasa agama bermakna, kuasa ekonomi serta kekuatan. Jika dipisahkan, bermakna kuasa itu beralih ke tangan pemimpin negara.
12. Orang Melayu dijadikan hamba. Mereka difahamkan secara poltik biarlah sultan menjadi Ketua Agama. Segala urusan lain, biarlah kami jaga.
13. Orang Cina dan India dibawa masuk, kononnya juga untuk kemajuan negara.
14. Dari segi politik, hampir sebahagian rakyat Tanah Melayu sekarang sudah berjaya diubah pemikirannya oleh penjajah. Walaupun penjajah telah tiada, namun pemikiran ini terus - menerus diwarisi melalui pelbagai kaedah baru.
15. Inilah negara yang kita ada hari ini.
16. Kesan kemusnahan mula muncul satu demi satu.
17. Hari ini orang Melayu Islam paling ramai menghuni pusat serenti gara – gara dadah.
18. Hari ini orang Melayu Islam sudah pandai minum arak mengalahkan orang bukan Islam.
19. Hari ini mereka juga berjudi laksana tidak tahu mana halal atau haram.
20. Hari ini mereka juga membakar rumah ibadat orang lain.
21. Hari ini zina berleluasa di kalangan gadis dan remaja Melayu.
22. Hari ini orang muda menjulang hiburan serta penyanyi peghibur melebihi alim ulamak. Budaya hiburan berleluasa ibarat semua anak muda mudi mahu menjadi penyanyi.
23. Alim ulamak melawan ratu cantik, turut dikecam bangsa Melayu sendiri.

Politik

24. Indahnya politik dalam Islam.
24. Mengajak ke arah kebaikan.
25. Mencegah ke arah kejahatan.
26. Itu adalah politk. Tanpa politik, masakan dapat melakukan perkara tersebut.
27. Solat 5 waktu sehari di masjid. Berjemaah. Itu adalah politik. Berjemaah melakukan kebaikan serta ibadat pada Allah.
28. Menjaga peribadi seorang muslim serta menjadi contoh kepada masyarakat adalah politik. Supaya amalan baik kita ditiru dan diikuti oleh orang lain.
29. Melaungkan azan, tanda syiar Islam adalah politik.
20. Jumaat – solat berjemaah adalah politik.
21. Haji di Mekah adalah politik.
22. Jika mahu memastikan duit rakyat tidak dibelanjakan ke arah perkara – membazir, tiada cara lain melalui politik.
23. Mahu memakai tudung ke sekolah juga menjadi masalah di Eropah kerana tiada kuasa politik.
24. Kesimpulannya, perkara baik dan buruk hanya boleh dilakukan serta dibuat jika hanya ada kuasa politik.

Politik & Kerja
25. Aku juga laksana orang politik di tempat kerja.
26. Aku berpolitik bukan berkempen untuk kemenangan parti di Malaysia.
27. Aku berpolitik sebab mahu anak buahku menjadi lebih baik.
28. Aku berpolitik kerana mahu syarikatku menjana keuntungan lebih.
29. Aku berpoltik kerana mahu staff aku setiap hari majukan diri sendiri.
30. Aku berpolitik sebab mahu supaya setiap arahan dan peraturan kilang dilaksanakan dengan cara paling baik. Aku berpolitik dengan bos, pembekal, transporter, pelanggan serta boleh dikatakan semua orang supaya setiap langkah kerjaku berjalan dengan lancar. Setiap buah kata mulutku adalah poltik, kerana mahu supaya niatku tercapai. Tulisanku sekarang adalah jua sebahagian politik kerana aku mahu kamu wahai pembaca budiman, fikir sejenak. Betulkah apa yang akan tulis ini? Jika betul, sebarkan. Jika salah, beri komen, kelak nanti aku akan fikirkan untuk langkah seterusnya @ buat artikel kedua :P.

31. Biarlah apa pun jua di luar sana memahami perkataan politik mengikut fahaman sempit mereka. Namun, jika dihurai dan difahami mengikut acuan agama, insya Allah, kita akan tahu erti sebenar ‘politik’.

Semuanya bergantung pada niat.

Wassalam.

Wednesday, 13 January 2010

VSAT

  1. Very Small Aperture Terminal
  2. Reliable to send digital data, vedeo and voice transmissions directly via satellite.
  3. Reliable communications link to widely distrubuted sites or isolated areas.
  4. It can be designed to serve as both broadcast and interactive applications via voice, data,multimedia or video, which currently served by terrestrial over a single stream of transmission.
  5. Operations via C-Band satellite frequency, FTDMA Frequency Times Division Multiple Access, FDMA Frequency Division Multiple Access or TDMA Time Division Multiple Access.
  6. Normally used by Oil & gas companies, finance & banking, government, manufacturing, agricultural, mining, news, shipping and travel.
  7. In Malaysia, provider is TM.

QMS ISO 9001:2000 / 2008 & Kilang Sawit


  1. Sistem Pengurusan Berkualiti yang telah diiktiraf oleh SIRIM sejak 2006.
  2. Saya mula mendalami sistem ini apabila mula bekerja di syarikat ini.
  3. Mulanya saya tidak berapa setuju sistem ini diadaptasi ke dalam pengurusan kilang. Alasan utuma saya adalah kerana sistem pengurusan kilang sawit amat ringkas. Terdiri daripada beberapa orang staff dan pengurus serta penolong pengurus. Latarbelakang staff biasanya hanya lulusan SPM. Jika dibandingkan dengan sebuah organisasi pembuatan di bandar yang kompleks, terdapat seorang pengurus ISO yang mengendalikan pelaksanaannya. Kilang sawit? siapa lagi kalu bukan pengurus atau penolong pengurus.
  4. Ini merupakan kerja tambahan kepada pengurusan kilang. Saban tahun terdapat kehendak baru daripada JAS, JKKP atau sebagainya, ditambah pula dengan ISO.
  5. Kerja seorang pengurus kilang yang sepatutnya dilebihkan kepada operasi kilang, kini akan beralih kepada pengurusan sistem kualiti itu sendiri. Lebih paper work berbanding keringat di dalam kilang.
  6. Ditambah lagi, saya dilatih di sebuah syarikat yang lebih mementingkan pelaksanaan daripada laporan kertas yang kadang kala boleh di manupulasi.
  7. Daripada taida pengalaman mengendalikan ISO di sebuah kilang sawit, saya telah mengadaptasikan diri dengan sistem pengurusan ini.
  8. Cabaran utama adalah untuk menjadikan sistem ini sebagai budaya kerja seharian. Bukan setakat wayang kulit di mata auditor.
  9. Setelah dua tahun di kilang ini, saya telah berjaya melepasi 2 survelience audit dan 2 internal quality audit. Bulan hadapan saya bakal berhadapan dengan re-certification audit.
  10. Setelah tahun kedua menjalankan sistem ini, hati saya mula tertarik dengan keberkesanannya.
  11. Setiap tool atau requirements ISO amat penting dalam sesebuah organisasi.
  12. Objektif yang perlu dicapai juga cukup jelas untuk semua pihak menuju ke arah penambahbaikan berterusan.
  13. Sistem audit daripada pihak luar serta dalaman syarikat juga banyak membantu transpirasi serta ketelusan pengurusan. Sistem ini turut membantu pengurus daripada kilang lain untuk sama - sama berkongsi pandangan mengenai masalah seharian.
  14. Sebarang kekurangan turut ditegur dan diberikan tempoh oleh audit untuk penambahbaikan atau jika tidak berhadapan dengan risiko lesen ditarik balik.
  15. Sistem data analisis dengan kekerapan bulanan serta tahunan amat bermakna untuk pihak majikan menentukan halatuju seterusnya.
  16. Pencapaian tahun lepas akan dikaji dan dikenalpasti untuk tujuan penambahbaikan.
  17. Sistem management review juga merangka secara keseluruhan prestasi pelaksanaan ISO dalam pengurusan kilang, mengkaji sebarang penukaran sistem baru serta mengariskan langkah - langkah pembaikan untuk masa akan datang.
  18. Betullah pepatah melayu berkata, jika tidak kenal maka tidak cinta.
  19. Bila sudah kenal, aku jatuh cinta dengan ISO, sebab ia memudahkan kerja aku sebagai seorang pegurus / jurutera di sebuah kilang sawit di kawasan pendalaman pulau Borneo.

Tuesday, 12 January 2010

Aku Sebuah Jet

  1. Aku sebuah jet pejuang.
  2. Dilahirkan di Amerika Syarikat.
  3. Negara pengganas dunia.
  4. Model ku adalah lawan kepada MIG, pesawat Rusia.
  5. Daripada beratus-ratus adik - beradikku, aku telah ditempah oleh sebuah negara di Asia Tenggara, iaitu M.
  6. Aku pun tidak tahu kenapa aku dibeli dan dihantar ke sana. Kawanku semua bertempur di medan perang seperti Afganistan, Irag dan sebagainya. Ada yang jadi abu kena tembak oleh tentera musuh.
  7. Namun, aku bernasib baik kerana dibeli oleh negara M. Aku tidak perlu bekerja keras. Siang malam, aku cuma lepak di Kem Tentera.
  8. Setahun sekali, aku terbang semasa sambutan Hari Kebangsaan. Jauh sikit, aku pergi melayang ke Langk semasa pertunjukkan LIMA.
  9. Sedang diulit lena di kem, aku mendapat berita bakal diganti dengan bangsaku yang lebih canggih.
  10. Dengan serta - merta, aku ditamatkan perkhidmatan. Daripada pesawat yang aktif, aku dimasukkan ke bengkel. Katanya, untuk dijadikan latihan pemandu baru.
  11. Aku bertemu juga dengan beberapa adik beradik ku yang mendapat nasib yang sama.
  12. Tanggal 7.7.07, selepas beberapa bulan dimasukkan ke bengkel, aku mula dikerumi oleh beberapa pegawai tentera. Ada yang datang semasa kerja, ada yang datang selepas kem ditutup.
  13. Ternampak riak mereka yang pada aku, sangat menakutkan.
  14. Rupanya, sangkaanku benar belaka.
  15. Selang beberapa minggu, nyawaku melayang di tangan mereka.
  16. Jantungku - sebuah enjin turbin yang sebesar kereta dicabut dengan rakus.
  17. Adikku menerima nasib yang sama.
  18. Jantungku telah dikeluarkan selang beberapa hari selepas operasi membunuhku dilakukan.
  19. Kini, rohku berterbangan di bumi M.
  20. Tika jantungku entah di mana dikebumikan. Katanya di Argentina.
  21. Inilah nasibku sebuah jet pejuang, dibeli oleh negara M.
  22. Masa dulu aku mendabik dada bangga mempamerkan kehebatanku.
  23. Kini, aku tidak lena di kubur kerana semua organ dalamanku bersepai entah di mana.
  24. Dari menjadi kebanggaan, aku menjadi bahan gelak ketawa seluruh dunia.
  25. Model jenaka, bagaimana jantungku yang besar boleh di bawa keluar dari kem yang dipenuhi pahlawan negara.
  26. Terus di bawa keluar negara M.
  27. Hairan, tapi itulah realiti riwayatku.
  28. Menjadi mangsa kepada musuh yang mengaku menjaga aku.

2010 Target Seterusnya..

  1. Tahun 2010. 1431 Hijrah. 31 Tahun.
  2. Angka yang cantik.
  3. Tahun ini ada beberapa target yang ini kucapai.
  4. Professional Engineer examination. Status of progress - 2% :P.
  5. ICE grade 1 examination. Study bila esok nak exam. Status - 5 %.
  6. Lead Auditor Course SIRIM. Status :30%.
  7. AGT & Standby / Entrant Person Training - NIOSH. Status - 10%.
  8. Umrah - bergantung pada jumlah cuti yang ada, sebab dah terlalu banyak cuti untuk program di atas.
  9. PTPTN Loan settlement. Progress - 80%.
  10. 2nd House for investment.
  11. Family - Nur Aisyah Umairah - kena pandai membaca, menulis dan mengira. Rumi serta jawi. Skrg umur dia 4 tahun. Wah..kejamnya.
  12. Kilang - OER 21.00% & KER 4.80%. Maintenance cost + GC
  13. Gaji - harap - harap bos bagi bagus punya increment, sebab last year tiada increment. Allowance incharge jadi gaji basic, macam tak de increment.
  14. Mak & Ayah - harap dapat gembirakan mereka lebih lagi tahun ini.
  15. Adik beradik - harap dapat satukan hati diaorang. Dah besar semua, jangan buat perangai budak - budak lagi.
  16. Agama - Harap dapat ilmu agama lebih banyak melalui pelbagai cara - CD ceramah, buku dsb. Amal sunnat nak tambah. Wajib tak mau miss lagi.
  17. em... itu saja setakat saat ini.

Insya Allah, jika niatkku baik dan usaha berterusan, akan berjaya semua!

Kilang Sawit, Kawasan Terpencil @ hutan, Internet & Kemajuan


Gambar menunjukkan sebahagian jalan ditenggalami air banjir kilat sedalam 2- 3 kaki. Diredah menggunakan 4WD.

  1. Kilang sawit bertebaran di serata pelusuk negara.
  2. Jika di Semenanjung, kemudahan jalan tar sampai ke hadapan kilang serta rumah.
  3. Namun, jika di Sabah dan Sarawak, bukan semua kilang ada kemudahan tersebut. Felda adalah yang terbaik daripada segi kemudahan. Syarikat swasta, jalan ladang baik, namun jalan utama ke ladang - jalan JKR, adalah jalan gravel dan amat mencabar.
  4. Bukanlah perkara asing kepada Planter & Miller mengenai perkara tersebut. Mereka inilah yang menjadi peneroka hutan dan membangunkan kawasan sekitar.
  5. Meneroka bermaksud, memasuki kawasan yang belum pernah diterokai.
  6. Berkawan dengan penghuni asal seperti gajah, buaya dan biawak. Itulah sebahagian pengorbanan kami untuk memajukan ekonomi negara - untuk diurus oleh pemimpin pembela rakyat.
  7. Hari ini dalam sejarah.
  8. Kilang aku mendapat kemudahan internet VSAT.
  9. Dengan kelajuan 100 Mps.
  10. Kemudahan ini muncul setelah JAS mengenakan syarat baru untuk CEMS. Tak payah lah cerita pasal CEMS.
  11. Yang penting, kilang sekarang dapat kemudahan yang amat jarang diperolehi.
  12. Bayangkan, ketika negara merayakan sambutan lebih 50 tahun merdeka, tempat ini masih tiada jalan.
  13. Tiada elektrik.
  14. Tiada kemudahan air.
  15. Tiada line telefon.
  16. Tidak heran jika kawasan ini tempat jin lepak.
  17. Tetapi kawasan ini adalah pertengahan jalan kepada lebih 3 pekan kecil. Sepanjang jalan, ada berpuluh buah rumah, ada berpuluh buah sekolah dan ada lebih 10 ribu penduduk.
  18. Apa pun, aku amat bersyukur di atas kemudahan ini.
  19. Aku bersyukur kerana ada kesulitan ini.
  20. Kesulitan ini mengajar aku menghargai setiap kemudahan yang disediakan kerajaan.
  21. Jika aku berada di bandar, mungkin persepsi aku berbeza.
  22. Asyik komen benda yang tiada.
  23. Aku sudah dapat internet.
  24. dan aku sudah maju setapak.

Monday, 11 January 2010

Umat Islam



  1. Manusia di dunia punya beratus bangsa, suku dan kaum. Di bumi Malaysia sahaja sudah ada beratus bangsa dan suku.
  2. Daripada semua itu, asal keturunan dari satu iaitu Nabi Adam a.s dan Hawa. Nabi Adam asalnya dari unsur tanah yang dikurniakan roh oleh Allah SWT.
  3. Turun ke bumi dari Syurga untuk diuji dan kembalikan semula ke Syurga selepas mati jika beriman kepadaNya. Jika sebaliknya - Neraka yang nyata menjadi janji Allah.
  4. Semasa di dunia, manusia pelbagai kaum dan suku akan menganut kepercayaan agama wahyu atau agama lain selainnya.
  5. Agama wahyu terdiri daripada agama Islam, Kristian, Yahudi. Agama wahyu yang benar, akan membawa pemahaman penganutnya kepada Allah Yang Esa, Yang Satu. Jika lain daripadanya, ia bukan agama yang benar, malah sesat dari ajaran sebenar.
  6. Dilahirkan di Malaysia sebagai bangsa Melayu. Namun diikat persaudaraan dengan umat manusia ada ikatan yang lebih besar iaitu Islam.
  7. Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu. Islam adalah apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW, gerak gerinya adalah agama, hidupnya adalah agama.
  8. Bukan semua perkara Melayu selari dengan Islam dan bukan semua ajaran Islam menjadi budaya orang Melayu. Melayu cantik kerana ada Islam. Jika Islam sudah tiada di dalam orang Melayu, orang Melayu akan menjadi lebih hina dari pada semua bangsa di Malaysia.
  9. Di dalam kamus Islam terdapat perkataan Mukmin, Kafir dan Munafik. Jika orang Islam, belum tentu Mukmin.
  10. Untuk menjadi Mukmin, perlukan ilmu. Ilmu yang benar perlu dirujuk kepada yang ahli agama - alim ulamak.
  11. Apabila mendapat ilmu dan hidayah daripada Allah, kita akan beriman.
  12. Ada juga orang Islam, tetapi munafik. Lahirnya nampak Islam, tapi hatinya menjadi musuh kepada Islam. Perbuatannya boleh jadi sebahagian Islam, sebahagian bukan Islam.
  13. Contoh, dia mengaku Islam, tetapi tidak solat dan meminum arak. Dia Islam, tetapi zalim pada keluarga, zalim pada rakyat, zalim pada umat Islam.
  14. Kafir adalah orang bukan Islam. Kafir terbahagi kepada dua iaitu kafir yang memerangi Islam dan kafir yang tidak memusuhi Islam, tetapi setuju dan tinggal di bawah payung pemerintahan Islam. Ini boleh nampak dari segi fizikal.
  15. Walaupun orang bukan Islam adalah kafir, namun semua umat Islam yang beriman punya tanggungjawab untuk berdakwah dan menyebarkan kebenaran kepada orang bukan Islam. Sebarkan Islam dan bawa mereka sama - sama beriman kepada yang Esa.
  16. Namun, orang Munafik lebih berbahaya daripada orang Kafir.
  17. Kerana, munafik ini seperti gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.
  18. Orang Islam yang mukmin dan beriman, hanya akan bersatu jika Al Quran & Sunnah menjadi ikutan.
  19. Jika 2 perkara penting itu dibuang, umat Islam akan tiada bezanya daripada bangsa lain di dunia. Kerana, selepas itu segala macam tindakan akan lebih kepada mengikut hawa nafsu.
  20. Ikut hawa nafsu, akan membawa kepada kebinasaan.

moga kita menjadi hamba Allah yang mukmin dan beriman kepadaNya. Kerana, dunia ini adalah persinggahan sementara, dunia yang sebenar dan hakiki adalah Alam Akhirat.

Blog



  1. Last year, during chatting with one of secondary schoolmate, he introduced me with facebook.
  2. From the facebook, i found blog.
  3. This 2 items have change my daily routine quite few months.
  4. I develop my own blog. At initial stage, i put my interest as palm oil miller as my blog image. Then i realised, i also add family matters, my future planning, my interest in others aspects.
  5. The latest i changed to 'Kembara Insan' - shown my perspective about daily life as 'Khalifah' in Allah world.
  6. I have put lots of knowledge, article and what ever i like. I also linked my blog to my friends, those success people and knowledgeable person.
  7. Facebook - last few days, my friends number achieved above 1000 psn. The number already higher than the person who introduces me to FB. My next target number is above 10,000 psn in one year.
  8. From all 1000 pcn, it come from every background.
  9. From politic to schoolmate to people arround the worlds.
  10. I see friends in my facebook as a connection to world.
  11. Those who are really extreme, i will reject and send complaint to administrator.
  12. I know, this gadget - facebook and blog are new fenomena for all people in the world.
  13. To use it, it depends on solely to your 'niat' - wish.
  14. Like Malay poem,

hari ini tanam pokok yang baik, esok tuai buah yang manis.

hari ini tanam racun, kelak diri sendiri akan rasa bahannya.

Wassalam.