Tuesday 30 October 2012

Cara Penanaman Napier




Pastura ialah rumput yang tumbuh atau ditanam dan boleh digunakan oleh haiwan ternakan untuk ragutan. Contohnya, signal grass, setaria kuzungula, Para grass dan sebagainya.

Fodder pula ialah jenis rumput pastura yang dipotong dan diangkut atau dibawa kepada haiwan ternakan di kandang. Contohnya, Elephant grass (Napier), guinea grass (rumput kuda) dan setaria splendida.

Sebelum proses penanaman pastura dan fodder, pembersihan tanah perlulah dijalankan terlebih dahulu untuk memudahkan proses penanaman dan tanaman menjadi subur. Terdapat 3 peringkat untuk penanaman kawasan pastura.




  1.  PENYEDIAAN KAWASAN
Penyediaan kawasan bertujuan mendapatkan permukaan dan tekstur tanah yang baik serta sesuai untuk tanaman. Penyediaan tanah ini juga dapat menghapuskan segala jenis rumpai yang tidak diingini.
  • Pembajakan (ploughing) - Permulaan proses untuk memecah dan melonggarkan tanah keras dan mendedahkan tanah kepada matahari supaya rumpai musnah. Peringkat untuk membajak terbahagi kepada dua, iaitu membajak kali pertama dan memajak kali kedua. Jarak antara kedua peringkat adalah antara 2 hingga 4 minggu.
Bajak sikat
  • Penyisiran (harrowing) - Memecahkan kepingan tanah besar kepasa partikal lebih kecil.


  • Pemutaran (rotovating) - Memecahkan lagi partikel tanah kepada saiz lebih kecil dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja menyikat tanah selesai (kecuali tanah gembur)
 2. MENABUR KAPUR
  • Setelah selesai prose membajak, kawasan tanaman akan ditabur biji benih dan dibaja bagi memastikan benih rumput bercambah dengan baik.
  • Kapur penting untuk memastikan pH tanah yang sesuai dan lebih digalakkan untuk tanaman pastura campuran. Biasanya pH yang disarankan antara 5.0-7.0
  • Kadar penggunaan kapur bergantung kepada pH asal tanah. Biasanya, dicadangkan 2000kg sehektar yang dijangkakan dapat menaikkan pH sebanyak 0.5
Kapur berfungsi untuk :-
  1. Menambah elemen dan mikronutrien sekunder untuk pertumbuhan pastura (Cu, Co, Zn, Mo, B dan Cl)
  2. Merendahkan elemen seperti Fe (besi), manganese (Mn) dan aluminium (Al) yang banyak dalam tanah berasid
  3. Membekalkan kalsium (Ca) dan magnesium (Mg) yang selalunya kurang dalam tanah
  4. Meningkatkan aktiviti mikroorganisme yang dapat mempercepatkan pemineralan (pereputan) bahan organik
  5. Mengalakkan pembentukan tanah, iaitu membaiki pengudaraan tanah.

3. PENANAMAN PASTURA

Dijalankan sebelum atau pada permulaan musim hujan. Cara tanaman bergantung kepada spesies pastura atau fodder tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat 3 cara penanaman iaitu pembenihan, penanaman batang dan menggunakan akar.
  1. Penanaman Biji Benih
Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi keluasan sehektar bergantung kepada jenis, kuantiti dan cara menanam. Contoh jenis rumput ialah kuda (guinea), para, ruzi dan signal manakala contoh jenis kekacang pula ialah centro, stylo, calapo dan petai belalang.

     2. Penanaman Batang/Tampang



Batang-batang keratan mestilah cukup tua dan tidak dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari, kerana ia akan menyebabkan batang tersebut rosak dan susah untuk bercambah. Terdapat 3 cara penanaman yang biasa dilakukan iaitu menanam secara cucuk, baring dan tidak mengikut baris.

    3. Penanaman Rumput Akar/Rizon


Sesuai untuk spesis yang tidak mengeluarkan biji benih dan bukan dari jenis menjalar, contohnya rumput kuda (guinea). Serumpun rumput guinea boleh dibelah-belah akarnya dengan kadar 1:10 atau 1 hektar guinea yang subur untuk kawasan seluas 10 hektar.



4. PEMBAJAAN

Kesan yang mungkin terjadi oleh kerana kesan pembajaan ialah keracunan urea terhadap binatang ternakan, oleh itu ternakan hanya digalakkan untuk meragut pastura selepas 14 hari pembajaan dibuat. kadar sebenar pembajaan bergantung kepada keputusan analisa ujian tanah atau jenis tumbuhan yang hidup di atasnya.

Masa pembajaan yang baik ialah di musim hujan atau bila-bila masa sekiranya mempunyai sistem pengairan yang baik. Elakkan pembajaan pada musim panas, kerana gas nitrogen yang terdapat dalam urea akan meresap keudara. Di samping pembaziran, ia juga tidak dapat hasil yang optima kerana urea yang ditaburkan di musim panas tidak mudah larut dan ini akan membahayakan ternakan yang meragut.

Baja yang paling jimat ialah baja organik yang diperbuat daripada najis lembu itu sendiri, seekor lembu yang berat 420kg boleh mengeluarkan 19 kg najis sehari. Baja organik ini kaya dengan nitrogen, fosforus dan kalium, ia tidak merbahaya dan menjimatkan kos serta memelihara alam sekitar. Baja ini boleh digunakan secara terus dari kandang ke padang pastura dengan cara basah atau kering.

No comments:

Post a Comment