Sunday 21 October 2012

EM (Effective Microorganisms)


Apa itu EM-1 ?
EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.

Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario. Di Malaysia - EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan Alam Sekitar. 

Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM-1 berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.

EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.

EM adalah 'versatile produk' yang menggunakan mikroorganisma yang terdapat dalam ekosistem. Ia tidak bermaksud untuk memperkenalkan mikrob daripada Jepun atau negara lain. Ia sentiasa menggunakan mikrob setempat. Ia tidak mengandungi spesis daripada kejuruteraan genetik.

Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar. 

Jadi, penggunaan EM akan memastikan perusahaan pertanian menjadi produktif, alam sekitar menjadi bersih dan hasil yang lebih kepada petani. EM juga digunakan dalam; 
Dalam Rumah

Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
Membantu menghalau serangga
Membasuh lantai

Pertanian
Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
Sebagai baja untuk tanaman
Memulih tanah yang· bermasalah
Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos

Lonkang/Sungai/Kolam
Membersihkan air / sungai supaya tidak berbau busuk/ternakan dalam aktif dan bebas penyakit

CARA-CARA PENGGUNAAN PROBIOTIK EM.1

1. EM Extended Solution (EMAS)

Digunakan bagi merawat rumput segar, dicampurkan dalam makanan ternakan air minuman ternakan, membuat silaj, bokashi makanan, bokashi baja, ternakan dalam kolam dan sebagai semburan persekitaraan kandang .

Cara Membuat EM Extended Solution
a. 150 ml EM . 1
b. 150 ml Molases
c. 15 liter Air Tanpa Klorin
( Campuran 10 % - 10 ml EM . 1 + 10 ml Molases + 10 liter air )
Di campurkan kesemuanya dan boleh terus digunakan

2. EMAS – EFFECTIVE MICROBIAL ACTIVATED SOLUTION
Digunakan bagi membuat bokashi makanan, bokasi baja, silaj, merawat rumput segar, semburan pencegah serangga,ternakan dalam kolam dan sekitar kandang .

Cara Membuat EMAS
a. 1 bahagian EM . 1
b. 1 bahagian Molases atau gula merah atau air beras
c. 20 bahagian Air 

Di campurkan kesemuanya dan simpan dalam bekas palstik yang kedap udara. Campuran ini boleh digunakan setelah menjalani penapaian selama 5 – 10 hari. Bebaskan gas yang terkumpul dengan membuka penutup bekas simpanan setiap hari. Baik digunakan dalam tempoh 21 hari.

No comments:

Post a Comment