Sunday 28 October 2012

Diari seorang penternak muda

Awang merenung jauh. Tembus syiling rumahnya dan menerjah seluruh genap laman web, kandang, serta seribu satu ideal, persoalan.

Setelah hampir 9 tahun berada di bumi Borneo, meninggalkan kampung halaman. Meninggalkan cita - cita serta impiannya untuk menjadi seorang usahawan tani.

Kisahnya bermula begini ... (flash back September 2003).

Setelah bergelar siswazah kejuruteraan mekanik sebuah universiti tempatan, bekerja selama tiga bulan di industri besi, Awang pulang ke kampung. Pulang menyahut seruan ibunya untuk membantu serta kalau boleh bekerja di Kelantan.

Tidak sampai beberapa hari di rumah, kebosanan mula membekukan hatinya. Disamping membantu ibunya membina tapak gerai untuk menjual ayam daging, Awang tidak pernah terlepas satu hari pun untuk membeli suratkhabat The Star, mencari kerja dan menghabiskan hampir satu rim kertas menghantar permohonan. Di kira satu surat cover letter dan satu keping resume, Awang mencongak mungkin lebih beratus permohonan dihantar.

Awang bercita - cita untuk menjadi usahawan tani. Apabila terdengar skim siswazah tani, semangat Awang terus berkobar - kobar. Permohonan segera dihantar. Dia mula memasang angan - angan untuk memulakan projek pertanian. Skim tersebut amat menarik. 3 bulan latihan, kemudian diberikan pinjaman untuk memulakan projek.

Awang mendapat temuduga tersebut. Awang hadir seumpama orang yang terdesak mendapatkan kerja. Apabila di tanya oleh 5 orang panel daripada Bank Pertanian, kebanyakkan soalannya Awang tidak dapat jawab.

Soalan yang juga diberikan oleh jawapan panel tersebut masih segar diingatan Awang.

"Nak jadi usahawan tani tidak cukup dengan minat sahaja. Kena juga ada pengalaman."

Awang menjawab, "Memang saya ada minat, tapi pengalaman tiada. Itulah sebabnya saya memohon skim ini". Sesi temuduga itu bagaikan memperli cita - cita besar Awang. Namun, dalam serangan bertubi - tubi yang ditujukan kepada Awang yang tiada apa - apa itu, Awang teringat pesanan daripada Pengurus Bank tersebut.
"Awak lulusan kejuruteraan mekanik. Kenapa awak tidak bekerja sebagai jurutera, jadi seorang pakar dan satu masa nanti, jika awak masih meminati bidang pertanian, teruskan usaha awak.

Awak ambil contoh ini, seorang doktor pakar bedah di sebuah hospital di Pulau Pinang. Namun kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian, beliau memulakan projek pisang berangan menggunakan kaedah tisu kultur di tapak seluas 100 ekar. "

...cerita itu terus menjadi cabaran dan ingat buat Awang.
Awang pergi ke ladang pisang tersebut di Ara Kuda, Seberang Prai, Pulau Pinang.
Awang makan pisang yang kurang lemaknnya dan manisnya berbanding pisang berangan kampung. Kalahnya pisang kampung cuma pada saiznya.

Segala kajian yang Awang lakukan sebelum itu bagaikan ditiup angin kata - kata pengurus bank tersebut.

......kembali ke hari ini.
Sejak berkenalan dengan Ir Azmer Shamsudin, seorang GM sebuah syarikat terkemuka, juga seorang usahawan tani yang berjaya, pintu serta semangat Awang terus bergelora.

Bergelora kerana minat dan semangat menjadi seorang usahawan tani tidak pernah kurang di jiwa dan raganya. Bergelora kerana semangat itu telah disimpannya selama lebih 9 tahun!

Akhirnya, tanggal 30 Jun 2012, selepas beberapa bulan berpindah tempat kerja, Awang membeli sepasang kambing Boer. Dibawa pulang sejauh 200 km ke rumahnya di ladang.

Walaupun kandangnya belum ada.

Tiga minggu berikutnya kandang disiapkan. Selepas kekalutan menyiapkan assignment MBA. Nasib baik isterinya yang baik hati banyak membantu menyiapkan assignment di Awang terus dengan kegilaannya pada kambing.

Setelah 6 bulan dan 4 kali pembelian, kambing Awang bertambah 12 ekor dengan 2 kali kandangnya diubahsuai.

Itu belum termasuk usaha gigih, ilmu yang dipelajarinya. Senarai kandang - kadang yang dilawatinya semakin bertambah.

Kenalan penternak juga semakin bertambah.

Ya kawan. Awang telah pun memulakan langkah untuk menjadi usahawan tani. Di waktu ini dia sudah bergelar seorang pengurus kilang dan juga jurutera. Dia juga seorang jurutera stim dan enjin pembakaran dalam gred satu. Dia telah meyahut cabaran yang telah diberikan.

Dia memang telah menjitukan jiwa dan raganya ke arah itu. Cuma setiap langkah difikir dan dirancang dengan teliti.

Doakan Awang berjaya kawan!

No comments:

Post a Comment