Wednesday 3 October 2012

Khasiat Kangkung

Nama saintifiknya ialah Ipomoea Aquatica (nak sebut pun susah). Bahasa Inggerisnya ialahWater Spinach, tumbuh liar di negara-negara Asia Tenggara – Wikipedia.

KHASIAT KANKUNG : 

  • kaya dengan vitamin c 
  • hidangan 100gram mencukupi untuk badan. jumlah ini juga melebihi jumlah vitamin c dlm buah oren
  • 3 1/2 KALI GANDA  lebih banyak kalsium drpda bunga kubis


Di kalangan orang tua-tua, kangkung masyhur sebagai tumbuhan penawar racun. Kangkung juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:

khasiat perubatan orang tua-tua :

1.Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Caranya, masukkan sayur kangkung kedalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu, insya-Allah afiat.
2. Penawar batuk.
Rebus airnya kemudian diminum.
3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala .
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.
4. Rawatan diabetes.
Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.
5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.
6. Rawatan buasir.
Rebus akarnya dan amalkan selalu, insya-Allah afiat

No comments:

Post a Comment