Friday 19 October 2012

Ubat untuk Kambing

Ubat-ubatan asas yang sangat perlu dan wajib ada dalam penternakan kambing adalah seperti berikut:

1. Ubat luka - Iodin (untuk luka-luka biasa), Prosanex (untuk luka-luka berulat)
2. Antibiotik
3. Ubat cacing 3-serangkai (cacing, kutu, kurap) samaada suntikan atau sapuan pada kulit
4. Ubat cacing oral (dalm bentuk 'emulsion' berwarna putih)
5. Ubat ceret beret - Scourban Plus
6. Ubat anticoccidiosis yang merupakan cecair campuran sulphur dan lain-lain, umpamanya "sulphaquinoxaline" serta lain-lain (untuk membunuh protozoa coccidiosis)
7. Ubat puru
8. Vaksin 'anti-pasteurellosis' (untuk elakkan risiko dijangkiti pneumonia)

Harus diingat bahawa cacing biasa merayap pada rumput dan akan berpindah ke dalam perut kambing yang memakannya. Dari itu rumput yang sudah dipotong sebaik-baiknya dibiarkan untuk beberapa ketika di bawah cahaya matahari untuk menghalau cacing keluar dari timbunan rumput.

No comments:

Post a Comment