Saturday 19 September 2015

FOKUS : Toastmasters Bangsawan Lahad Datu

Disember 2015 saya bersama rakan - rakan Toastmasters di Lahad Datu telah menubuhkan Toastmasters Bangawan Lahad Datu. Menjadi Mentor dan juga dilantik menjadi Charter Presiden kelab tersebut. Ia merupakan cabaran buat saya dalam beberapa sudut. Pertama, saya biasa memberikan arahan kepada anak buah saya kerana telah lama menjadi pengurus di tempat kerja. Namun, di TBLD, sebuab organisasi sukarela dan tanpa keuntungan, di mana ahli - ahlinya adalah orang awam dan bukannya pekerja bawahan kita. Soalnya, adakah saya mahu adaptasi ciri pengurus atau ciri serving leader?

Kedua, TBLD agak lewat didaftarkan. Kami cuma ada 7 bulan berbanding rakan kelab lain yang mempunyai 12 bulan untuk mendapatkan President Distingushed Club.
Dilema antara pengurus yang autokratik serta fokus kepada 10/10 DCP goals!


Pengalaman 7 bulan ini sangat menarik. Demi mencapai 10/10 goals untuk kelab yang baru lahir, ibarat menatang minyak yang penuh demi menjaga dan memupuk 90% ahli baru supaya kekal bersama kami meneruskan perjuangan kelab.

Untuk itu, selaku Charter Presiden saya benar - benar perlu amalkan perkataan FOKUS. 
Setiap malam saya memeriksa carta goals di laman TI. Kemudian memaklumkan kepada ahli dalam group whatsapp. Semasa mesyuarat, terus menerus mengingatkan apa yang setiap ahli perlu lakukan. Pencapaian setiap ahli dan perkembangan kelab sentiasa dikemaskini. Di FB. Di Blog. Di group Whatsapp.


Satu persatu goal dicapai. Ya. Bukan mudah untuk memujuk ahli. Bukan mudah untuk menyuruh mereka hadir ke mesyuarat. Bukan juga mudah untuk mempromosi kelab yang baru lahir dan berusia beberapa bulan.

Bukan juga mudah kerana saya sendiri juga mempunyai komitmen lain seperti kerjaya, keluarga serta peribadi. Namun, atas sokongan padu setiap ahli dan juga amalkan perkataan FOKUS, kami mencapai PDC dengan 10/10 goals berakhir Jun 2015!



Lebih manis, 3 ahli kami mendapat anugerah TRIPLE CROWN!

Ya kawan. FOKUS!

1. Maklumat berkenaan kelab TBLD di http://pidatold.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment