Sejak menyertai industri sawit sebagai cadet engineer Mac 2014, dalam masa 2 tahun 9 bulan saya dilantik menjadi incharge untuk kilang sawit berkapasiti 90 mt/hr dan memproses 350,000 mt ffb pada tahun 2007. Selain bertugas sebagai jurutera stim, saya mula meningkatkan skill pengurusan bermula tahun tersebut sehingga kini. Untuk rekod, saya telah menjadi pengurus sejak 9 tahun lepas dan telah menamatkan MBA pada tahun 2014.
Dalam semua pengalaman praktikal saya dan juga teori yang dipelajari, saya cukup terkesan dengan perkataan FOLLOW UP. Apa pun tugasan kita di sesebuah organisasi, follow up amat penting. Dalam teks, kita diingatkan dengan PDCA
PLAN
DO
CHECK
ACTION
Semua di atas cuma perlu lakukan sekali
PLAN, DO & ACTION
Namun, FOLLOW UP tidak cukup sekali, malah perlu lebih 100 kali atau 1000 kali !
Jika ada menjadi penyelia, mahupun jurutera, pengurus serta ceo sekali pun, FOLLOW UP amat penting. Jika ada cekap dalam FOLLOW UP, maka anda akan menjadi sangat efektif dan berjaya! Dalam apa jua yang anda lakukan.
Namun, jika ada lemah dalam FOLLOW UP, maka anda pegang jawatan apa pun, anda tidak akan berjaya!
Soalnya, apakah kaedah FOLLOW UP terbaik?
Sebenarnya tidak ada kaedah yang terbaik, yang paling penting adalah mencapai maksud atau tujuan sesebuah organsasi atau projek tersebut.
Gunakan segala kaedah yang ada.
Site visit.
Telefon.
Whatsapp.
Msg.
Mesyuarat.
Spot check.
Bertanya sumber lain seperti pekerja atau individu berkaitan.
Surat.
Email.
Yang paling utama adalah, proses tersebut MESTI DIULANG SEBANYAK 100 KALI ATAU 1000 KALI sehingga matlamat tercapai!
Ya kawan - kawan.
Jangan lupa FOLLOW UP!
No comments:
Post a Comment