Komunikasi Leadership Ialah Komunikasi Sebuah Perjuangan
Ini ialah Greta Thunberg, beliau seorang remaja yang mengetuai GSF. Apabila dicolek Israhell, beliau antara yang teruk dipukul dan diseksa.
Walaupun beliau ada isu dalam perkara lain. Kali ini kita fokus cara beliau berkomunikasi untuk kita belajar bagaimana cara seorang leader berkomunikasi dan menyampaikan suara perjuangan.
Apabila dibebaskan dan sampai sahaja di negaranya, beliau langsung tidak ada sepatah pun menceritakan pengalaman peribadinya dan pengalaman rakan GSF yang lain hadapi apabila dicolek oleh Israhell.
Beliau fokus kepada apa yang mereka perjuangkan iaitu menghentikan genosid di G. Langsung tiada ucapan meraih simpati dan ucapan tangis air mata mengenangkan kembali apa yang mereka hadapi di Israhell.
Itulah cara Rasulullah Sollallahu 'Alayhi wa Sallam seorang leader berkomunikasi. Apabila kita telusuri jejak sirah secara mendalam.
Kita akan perasan, baginda tidak meraih simpati secara emosi apabila tiba di Madinah. Langsung tidak ada ucapan menceritakan pengalaman dihina, dicerca, dipulau dan hampir dibunuh semasa di Mekah.
Lebih teruk, apa yang Rasulullah hadapi datang daripada makar keluarga sendiri. Namun, apabila sampai di Madinah, sepatah pun tidak ada cerita tentang apa yang baginda hadapi selama 13 tahun di Mekah.
Dari ‘Abdullah bin Salรขm, beliau berkata: “Ketika Rasulullah Sollahu 'Alayhi wa Sallam datang ke Madinah, orang ramai segera pergi menuju kepada baginda Sollahu 'Alayhi wa Sallam (untuk melihat baginda).
Ada yang mengatakan: Rasulullah telah datang, lalu saya menuju kepadanya di tengah orang ramai untuk melihatnya. Ketika saya melihat wajah Rasulullah Sollahu 'Alayhi wa Sallam, saya mengetahui bahawa wajah baginda bukanlah wajah pembohong.
Dan yang pertama kali baginda ucapkan adalah;
'Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan, sambunglah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika orang-orang tidur, tentu saudara semua akan masuk syurga dengan selamat'."- Sunan al-Tirmizi (Hasan Sahih)
Ucapan Nabi berlaku selepas menempuh perjalanan panjang selama seminggu dari Mekah. Berdepan dengan cubaan bunuh dan kehabisan bekalan makanan di tengah jalan.
Membawa hati dan perjuangan dari tanah tumpah darah sendiri dengan hati yang luka yang entah bila akan kembali.
Dihina, dicaci oleh kaum kabilah keluarga sendiri. Meninggalkan segala kenangan dan memori demi sebuah perjuangan.
Tidak logik bagi seorang manusia tidak akan bersedih dan terkesan dengan situasi ini.
Seorang leader itu akan berkomunikasi dengan memberi fokus kepada inti perjuangannya. Bukan tentang dirinya, bukan tentang ahli keluarga atau rakan-rakannya.
Bukan cerita dirinya dihina dan dikhianati, bukan cerita sakit badannya, atau hutang yang ditanggungi.
Seorang leader akan fokus pada visi perjuangan yang didukung bersama oleh para penyokong dan sahabat yang setia.
Apakah inti perjuangan kita? Dan apakah yang kita tulis dan cakap setiap hari?
Saifuddin Yusof
Komunikasi Leadership
Nota: Tangkap layar gambar daripada video TT NBC.
No comments:
Post a Comment