Tuesday, 30 October 2012

Rusa


Cara Penanaman Napier




Pastura ialah rumput yang tumbuh atau ditanam dan boleh digunakan oleh haiwan ternakan untuk ragutan. Contohnya, signal grass, setaria kuzungula, Para grass dan sebagainya.

Fodder pula ialah jenis rumput pastura yang dipotong dan diangkut atau dibawa kepada haiwan ternakan di kandang. Contohnya, Elephant grass (Napier), guinea grass (rumput kuda) dan setaria splendida.

Sebelum proses penanaman pastura dan fodder, pembersihan tanah perlulah dijalankan terlebih dahulu untuk memudahkan proses penanaman dan tanaman menjadi subur. Terdapat 3 peringkat untuk penanaman kawasan pastura.




  1.  PENYEDIAAN KAWASAN
Penyediaan kawasan bertujuan mendapatkan permukaan dan tekstur tanah yang baik serta sesuai untuk tanaman. Penyediaan tanah ini juga dapat menghapuskan segala jenis rumpai yang tidak diingini.
  • Pembajakan (ploughing) - Permulaan proses untuk memecah dan melonggarkan tanah keras dan mendedahkan tanah kepada matahari supaya rumpai musnah. Peringkat untuk membajak terbahagi kepada dua, iaitu membajak kali pertama dan memajak kali kedua. Jarak antara kedua peringkat adalah antara 2 hingga 4 minggu.
Bajak sikat
  • Penyisiran (harrowing) - Memecahkan kepingan tanah besar kepasa partikal lebih kecil.


  • Pemutaran (rotovating) - Memecahkan lagi partikel tanah kepada saiz lebih kecil dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja menyikat tanah selesai (kecuali tanah gembur)
 2. MENABUR KAPUR
  • Setelah selesai prose membajak, kawasan tanaman akan ditabur biji benih dan dibaja bagi memastikan benih rumput bercambah dengan baik.
  • Kapur penting untuk memastikan pH tanah yang sesuai dan lebih digalakkan untuk tanaman pastura campuran. Biasanya pH yang disarankan antara 5.0-7.0
  • Kadar penggunaan kapur bergantung kepada pH asal tanah. Biasanya, dicadangkan 2000kg sehektar yang dijangkakan dapat menaikkan pH sebanyak 0.5
Kapur berfungsi untuk :-
  1. Menambah elemen dan mikronutrien sekunder untuk pertumbuhan pastura (Cu, Co, Zn, Mo, B dan Cl)
  2. Merendahkan elemen seperti Fe (besi), manganese (Mn) dan aluminium (Al) yang banyak dalam tanah berasid
  3. Membekalkan kalsium (Ca) dan magnesium (Mg) yang selalunya kurang dalam tanah
  4. Meningkatkan aktiviti mikroorganisme yang dapat mempercepatkan pemineralan (pereputan) bahan organik
  5. Mengalakkan pembentukan tanah, iaitu membaiki pengudaraan tanah.

3. PENANAMAN PASTURA

Dijalankan sebelum atau pada permulaan musim hujan. Cara tanaman bergantung kepada spesies pastura atau fodder tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat 3 cara penanaman iaitu pembenihan, penanaman batang dan menggunakan akar.
  1. Penanaman Biji Benih
Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi keluasan sehektar bergantung kepada jenis, kuantiti dan cara menanam. Contoh jenis rumput ialah kuda (guinea), para, ruzi dan signal manakala contoh jenis kekacang pula ialah centro, stylo, calapo dan petai belalang.

     2. Penanaman Batang/Tampang



Batang-batang keratan mestilah cukup tua dan tidak dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari, kerana ia akan menyebabkan batang tersebut rosak dan susah untuk bercambah. Terdapat 3 cara penanaman yang biasa dilakukan iaitu menanam secara cucuk, baring dan tidak mengikut baris.

    3. Penanaman Rumput Akar/Rizon


Sesuai untuk spesis yang tidak mengeluarkan biji benih dan bukan dari jenis menjalar, contohnya rumput kuda (guinea). Serumpun rumput guinea boleh dibelah-belah akarnya dengan kadar 1:10 atau 1 hektar guinea yang subur untuk kawasan seluas 10 hektar.



4. PEMBAJAAN

Kesan yang mungkin terjadi oleh kerana kesan pembajaan ialah keracunan urea terhadap binatang ternakan, oleh itu ternakan hanya digalakkan untuk meragut pastura selepas 14 hari pembajaan dibuat. kadar sebenar pembajaan bergantung kepada keputusan analisa ujian tanah atau jenis tumbuhan yang hidup di atasnya.

Masa pembajaan yang baik ialah di musim hujan atau bila-bila masa sekiranya mempunyai sistem pengairan yang baik. Elakkan pembajaan pada musim panas, kerana gas nitrogen yang terdapat dalam urea akan meresap keudara. Di samping pembaziran, ia juga tidak dapat hasil yang optima kerana urea yang ditaburkan di musim panas tidak mudah larut dan ini akan membahayakan ternakan yang meragut.

Baja yang paling jimat ialah baja organik yang diperbuat daripada najis lembu itu sendiri, seekor lembu yang berat 420kg boleh mengeluarkan 19 kg najis sehari. Baja organik ini kaya dengan nitrogen, fosforus dan kalium, ia tidak merbahaya dan menjimatkan kos serta memelihara alam sekitar. Baja ini boleh digunakan secara terus dari kandang ke padang pastura dengan cara basah atau kering.

Lilitan Dada dan Berat Kambing


Lilitan Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing
Kadang-kadang kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika hendak memberi ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahui kambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.
Salah satu cara bagi mengetahui berat badan kambing ialah dengan mengukur lilitan dada dengan menggunakan tali tape. Jadual di bawah boleh digunakan bagi mendapatkan berat kambing tersebut:
Lilitan Dada (sm)Berat (kg)Lilitan Dada (sm)Berat (kg)Lilitan Dada (sm)Berat (kg)
27.32.354.01680.644
20.62.555.21781.946
29.82.756.51883.248
31.13.457.81984.550
32.43.259.12185.752
33.73.660.32287.055
34.94.161.62388.357
36.24.562.92589.559
37.55.064.12690.861
38.75.565.42792.164
40.05.966.72993.366
41.36.867.93094.668
42.57.769.23195.970
43.88.670.53397.273
45.19.571.83498.475
46.410.573.03599.777
47.611.074.337101.080
48.912.075.638102.082
50.213.076.840104.084
51.414.079.442106.089
ref
http://jutawanagro-adamagrofarm.blogspot.com/2010/03/panduan-menternak-kambing.html

Rumput Kuda
















Rumput kuda (Panicum maximum )Rumput kuda atau rumput guinea ialah sejenis rumput menegak, berakar dalam, mempunyai daun dan batang bunga yang panjang. Tingginya di antara 1.5 - 2 m . Terdapat beberapa jenis rumput kuda, iaitu kuda biasa, green panic, hamil, coloniao dan makuene. Di Malaysia, jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun.Rumput ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/ha setahun dengan 11.9% protein kasar dan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur. Ia tahan pada naungan seperti kawasan di bawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung. Kebiasaanya rumput pastura dari jenis ini boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi untuk diberikan kepada ternakan seperi kambing. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging atau susu.

Monday, 29 October 2012

Cara memproses silaj kambing



Sebanyak 1 tan keratan batang jagung akan digunakan dan diperap dalam tong-tong silo kami, dan mengharapkan penggunaannya selepas 3 minggu. Berikut adalah cara-cara yang cukup mudah untuk membuat silaj jagung :

1. Kerat batang jagung pada kadar 1/2 inci (biasanya dimesin chopper)
2. Masukkan keratan jagung ke dalam tong silo (sebuah tong silo biasanya boleh memuatkan 50-60kg keratan jagung).
3. Campurkan 1kg Molas dan 1kg garam ke atas keratan jagung dalam tong silo tersebut.
4. Tutup tong silo ketat dan biar selama 3 minggu sebelum digunakan.

Ref
http://kambingku.blogspot.com

10 Ciri - Ciri Usahawan Berjaya



Mungkin ada yang berkata bila sudah tamat belajar di universiti dan mendapat pekerjaan yang baik, sudah dianggapnya sebagai kejayaan. Ada juga yang sudah mempunyai segalanyanya tetapi masih menganggap belum mencapai kejayaan. Kenapa pula? Kerana kejayaan bergantung kepada matlamat seseorang.

Kejayaan adalah pencapaian didalam sesuatu matlamat atau objektif seseorang.
Untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan memperolehi kejayaan , anda memerlukan daya minda seorang jutawan. Mnda jutawan adalah minda usahawan berjaya. Disini saya kongsikan 10 ciri yang boleh anda diterapkan untuk menjadi usahawan berjaya;

1. Suka bertanya soalan yang membina – Dalam mengatur langkah menuju kejayaan, kita perlu selalu bertanya kepada mentor atau guru anda sekiranya ada perkara yang tidak faham atau tidak pasti. Dengan bertanya, sifat menganggap sentiasa betul akan lupus. Anda akan dapat yang terbaik!
2. Fokus kepada apa yang mereka inginkan – Untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu fokus kepada perkara-perkara yang pelanggan anda inginkan. Fokus kepada permintaan bukan pengeluaran.
3. Tindakan yang berkesan/mantap (massive action) – Bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu perniagaan dengan tindakan yang mantap bukan sambil lewa atau melakukan dengan bersahaja.
4. Keinginan yang memuncak – Sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh semangat dan harapan yang kental tanpa mudah mengalah dengan perasaan jemu.
5. Enjoy dalam segala aktiviti anda – Lakukan aktiviti anda dengan tanpa tekanan dan gangguan emosi. Pastikan anda minat dan enjoy dengan apa yang lakukan tanpa paksaan.
6. Imej profesional – Jadi seorang yang pakar didalam bidang anda dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.
7. Bertanggungjawab – Anda harus mempunyai sikap tanggungjawab yang tinngi didalam segala urusan perniagaan anda. Terutama kepada para pelanggan anda.
8. Sentiasa ingin belajar - Walau siapa anda sekali pun anda harus terus belajar samaada mendalami bidang yang sedang diceburi atau bidang yang lain. Anda harus memiliki sikap ini.. ini sikap jutawan!
9. Bertutur dari hati – Lagi satu sikap yang anda perlu untuk berjaya. Setiap pertuturan anda harus lah ikhlas dan jujur. Cakap dengan hati bukan cakap dalam hati ok.
10. Tunjukkan standard anda – Untuk pencapaian yang berterusan dan sentiasa maju kehadapan, anda harus kawal imej dan tatatertib anda dengan kesemua pelanggan anda.


Ref: 
http://kambinghalal.blogspot.com/

Panduan Ternakan Biri - Biri


Baka Bebiri

Baka bebiri di negara ini adalah terhad. Kebanyakannya adalah jenis tempatan. Jenis eksotik telah diimport untuk tujuan pembiakan dengan jenis tempatan ini. Pada keseluruhanya, baka bebiri dibahagikan kepada dua:
1. Baka Asli Tempatan(Malin)
2.Baka Eksotik
a.Dorset Horn
b.Polled Dorset
c. Wiltshire
d. Baka Kacukan

Baka Asli Ternpatan (Malin)

JantanBetina
Berat Lahir 1.8 kg.1.8 kg.
25 – 30 kg.15 – 25 kg.
  • bertubuh kecil dan pendek, berbulu putih, kehitaman dan kadangkala perang dan hitam di bahagian kepala dan kaki.
  • bulunya sederhana panjang dan agak lurus serta berkeupayaan untuk menggugurkan bulunya sendiri. Baka jantan mempunyai tanduk.
  • Telinganya sederhana besarnya dan kadang kala genit (vestigial).
  • Ciri-ciri yang baik untuk baka ini ialah ia tahan kepada cuaca dan penyakit.
DORSET HORN

/image/image_gallery?uuid=42fdc25e-17a8-4614-a82f-6511b661a66b&groupId=10131&t=1237036601093
JantanBetina
60 – 110 kg.40 – 70 kg.
  • baka adalah dari jenis yang berbulu pendek Badannya besar dan gempal.
  • bulu berwarna putih dan kulit berwarna merah jambu. Jenis ini bertanduk, jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
  • baka ini didapati boleh menyesuai diri pada iklim panas. Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3.
  • baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.
POLLED DORSET
Berat Dewasa
Jantan 25 – 30 kg
Betina 15 – 25 kg
  • jenis yang berbulu sederhana panjang.
  • Badannya besar dan gempal.
  • Bulu berwarna putih serta pendek dan kulit berwarna merah jambu.
  • bertanduk, lebih-lebih lagi yang jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
  • boleh menyesuai diri pada iklim panas.
  • Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3.
  • baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.
WILTSHIRE

JantanBetina
40 – 100 kg.40 – 80 kg.
  • Baka jenis ini mempunyai bulu yang sedikit dan ia seakan-akan menyerupai kambing.
  • la mempunyai tanduk dan kadar pembesaran dan saiz adalah sederhana.
  • Pemeliharaannya adalah untuk daging
  • Walaupun bilangannya di Malaysia sedikit, baka ini telah menunjukkan prestasi yang baik.
KACUKAN
JantanBetina
20 – 50 kg.20 – 40 kg
  • Dari segi pembiakan, baka-baka kacukan telah dapat membiak sepanjang tahun dan prestasi pertumbuhannya puia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan yang tempatan.
  • Kebanyakan dari jenis ini adalah hasil dari kacukan baka ternpatan dengan baka Dorset dan Wiltshire. Saiz badan adalah lebih besar dari bebiri tempatan.
  • Rupanya mirip jenis exotic.
  • Bulunya adalah lebih panjang dan gebu dari jenis baka ternpatan tetapi pendek dari baka exotic.
PEMILIHAN BAKA
Baka atau keturunanBentuk badan dan pengamatan
Berat anak semasa dilahirkan hendaklah tinggi.Badan besar dan padat terutama pada bahagian rusuk dan punggung.
Kadar kenaikan berat badan yang cepat.Badan lurus dan tidak melentuk ke bawah, kaki tegap, lurus dan selari.
Berat badan pada umur 1 tahun lebih dari 20 kg.Bulu teratur dan kemas, tiada tanda-tanda najis dibahagian ekor.
Keluaran susu yang banyak.Ambing susu terletak dengan baik dan mempunyai cantuman yang padat dengan badan.
Jarak antara kelahiran yang singkat – kurang dari 8 bulan.Untuk menentukan bebiri mempunyai daging yang padat cara perabaan hendaklah dibuat,- Bahagian tulang belakang mempunyai daging yang banyak.
- Tulang dada teratur, tegak dan lebar.
- Tulang peha mempunyai daging yang banyak hingga ke bahagian lutut.
- Ekor dipenuhi dengan daging.
 umur tidak melebihi 1 1/2 tahun Umur bebiri boleh diketahui dari tuan punya atau secara anggaran mengikut pertumbuhan gigi.
 Tentukan juga bebiri tidak mempunyai kudis atau parasit kulit dan bulu. Ini dapat dipastikan dengan membuka bulu yang tebal sehingga menampakkan kulit bebiri.
PENGURUSAN TERNAKAN
  1. Lahir hingga 3 bulan
    • Anak bebiri yang baru lahir dikurung bersama ibunya selama 2 minggu.
    • Ibu bebiri beserta anak-anaknya tidak akan dilepas meragut selama 4 – 6 minggu
  2. Selepas cerai susu hingga dewasa
    • Selepas cerai susu (umur 3-4 bulan), anak bebiri dipisahkan dari ibu.
  3. Penjagaan bebirl dewasa
    • Setiap ekor diperiksa gigi, kaki dan ambingnya.
    • Pemberian ubat cacing dan penyemburan ubat kutu dibuat mengikut jadual.
  4. Penjagaan dalam Penggemukan
    • Faktor yang penting ialah makanan yang bermutu.
    • Anak bebiri boleh digemukan bila telah meningkat 3 – 4 bulan.
    • Penggemukan ini memerlukap empat hingga lapan bulan dimana berat badan mencapai antara 20 – 35 kg.
PENGURUSAN AM
  1. Pemberian Tanda (Tagging) Pengenalan
  2. Perawatan Kuku
  3. Pencukuran Bulu Bebiri
SISTEM BERKURUNG
  • Sistem ini pada amnya tidak digalakkan
  • Sistem ini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragutan
  • Sistem ini boleh dibuat untuk projek penggemukan, menggunakan rumput potong atau makanan lain
  • Untuk pengurusan ternakan yang sakit dan yang baru lahir sehingga 2 minggu ke 2 bulan
RAGUT LEPAS
  • Ternakan bergerak bebas untuk meragut pada bila-bila masa.
  • Bebiri boleh merayau dan merosakkan tanaman orang
  • Risiko kehilangan adalah tinggi
SEMI INTENSIF
  • Dilakukan dengan melepaskan bebiri pada siang hari dan mengurungnya di dalam kandang pada waktu malam
  • Sistem pemeliharaan ini adalah baik kerana pengawasan terhadap kesihatan ternakan dapat dibuat setiap hari sebelum melepas atau ketika mengurung ternakan itu kembali
PEMAKANAN
Keperluan dan Manfaat Makanan
Pada umumnya makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, pengeluaran susu dan kesihatan. Makanan bermutu tinggi dapat mempercepatkan pertumbuhan anak bebiri dan juga kualiti daging bebiri yang disembelih akan lebih baik. Makanan juga mempengaruhi sistern reproduksi ternakan.
Klasifikasi Makanan
Zat PemakananKeterangan
Protinpembinaan otot-otot dan proses pemulihan tisu-tisu badan. la juga adalah mustahak untuk pertumbuhan dan pengeluaran susu.
Karbohidrat (Kanji) dan Lemakmemberi tenaga, pertumbuhan dan pengeluaran susu. Kekurangannya akan menyebabkan kadar pertumbuhan bebiri terencat, berat badan menurun, pembiakan terganggu dan juga boleh menyebabkan kematian. serta ketahanan melawan parasit dan penyakit juga menurun.
Garam Galiandiperolehi dalam 2 bentuk iaitu campuran atau batu garam. Campuran yang diberi biasanya mengandungi 1% TCP (Tricalcium phosphate) 1% garam biasa, 0.5% “trace minerals” dan 0.5% batu kapur. Garam galian akan mengambil tempat jagung 3 – 5% dari peratus makanan tambahanuntuk pertumbuhan tulang, gigi, pembentukan cecair badan dan juga bagi menjamin kesihatan ternakan. contoh- kalsium, fosforan, natrium, magnesium, chlorine, sulphur, kuprum, kobalt dan selenium. Keperluan/ekor = 7 ke 14 gm. garam setiap hari.
Vitaminbiasanya dicampurkan dalam makanan tambahan atau pun dalam garam galiandiperlukan dalam kuantiti yang kecil, vitamin penting dalam mengaturkan proses-proses badan bagi menjamin pertumbuhan, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan ternakan. Vitamin B dan C dapat dibina sendiri dalarn badan ternakan, hanya vitamin-vitamin A, D dan E patut diberi penekanan.
Serabut kasarla memenuhi ruang dalam perut dan akan menggalakkan dan mencepatkan aktiviti bakteria untuk menghadarn makanan tersebut dan selanjutnya akan meningkatkan daya kecekapan penghadaman
Airmengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan, ibu bebiri yang mengeluarkan susu. Jumlah air yang diminum bergantung kepada suhu udara, kelembapan udara, jenis bahan makanan dan juga peringkat umur dan kumpulan ternakan. Purata keperluan- sebanyak 3 – 4 bahagian berat bahan kering yang dimakan. Contohnya jika seekor ternakan mernerlukan 4 kilo berat kering makanan sehari biasa ia memerlukan 12 – 16 liter air sehari. Cara yang baik dan praktikal untuk memenuhi keperluan air bagi semua ternakan di ladang adalah dengan memastikan air bersih sentiasa ada
Pada umumnya jika zat-zat ini tidak mencukupi pertumbuhan bebiri akan terjejas, pengeluaran susu akan berkurangan dan ternakan akan mudah dijangkiti penyakit.
JENIS BAHAN MAKANAN
Bahan makanan yang diberikan pada ternakan bebiri dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Makanan Hijauan
/image/image_gallery?uuid=b8bc7917-29b7-4d96-bf73-b05c7147934f&groupId=10131&t=1237097345399Rumput, kekacang dan tumbuhan lain adalah bahan hijauan yang biasa dan penting di dalam pemakanan bebiri. Tumbuhan ini pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyaj nilai pemakanan dan zat yang tinggi tetapi mengandungi bahan serabut mentah yang penting bagi pengeluaran susu yang lemak. Kandungan bahan serabut dan isipadu yang besar dapat merangsang perut besar agar menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.
Kawasan-kawasan yang mudah dan baik untuk mendapatkan makanan hijauan ini adalah di estet-estet dan kebun-kebun getah, kelapa sawit, kelapa dan pokok jati. Jika kerja merumput tidak dijalankan, pertumbuhan rumput rumpai yang tebal di antara pokok-pokok ini akan dapat dijadikan makanan untuk ternakan bebiri.
/image/image_gallery?uuid=f07ab0d5-bfa9-4c32-a775-dce908e773e2&groupId=10131&t=1237097345413Tumbuhan ini terdiri dari rumput rumpai asli dan kekacang yang diperkenalkan sebagai penutup bumi. Kira-kira 60 – 70% daripada tumbuhan di dalam kebun-kebun ini boleh dimakan oleh ternakan dan nilai zat makanannya adalah setanding dengan rumput pastura yang ditanam. Jenis rumpai asli yang lebih digemari oleh bebiri ialah rumput melala, rumput Israel (Asystasia) selaput tunggul, pengorak, rumput kerbau dan rumput pait. Kebanyakan daripada kekacang penutup bumi juga digemari, melainkan jenis Calopogoniurn caeruleum yang biasanya diragut akhir sekali.
/image/image_gallery?uuid=553d96c2-9384-43e1-ae59-667bab15ee04&groupId=10131&t=1237097345421Dalam menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini sebagai makanan ternakan bebiri, kadar muatan bebiri di dalam sesuatu kawasan perlulah diambil perhatian supaya dapat mengelakkan daripada ragutan berlebihan. Oleh kerana pengeluaran bahan hijauan dan bahan kering daripada tumbuhan ini dijangka rendah, kemampuan menampung bilangan ternakan juga adalah terhad.
Bagi bahan hijauan basah seperti rumput atau kekacang, seekor bebiri dewasa memerlukan di antara 8 – 10% dari berat badan, setiap hari atau bagi bahan kering diantara 2.5 – 3% dari berat badannya. Sebagai garis panduan kadar penampungan yang disyorkan adalah diantara 3 – 7 ekor bebiri dewasa sehektar bergantung kepada kesuburan tumbuhan rumput rumpai di bawah tanaman-tanaman tersebut.
Makanan Tambahan
Dalam pemeliharaan bebiri makanan tambahan hendaklah dihadkan kepada 6 – 10% dari jumlah berat makanan ternakan tersebut. la hanya diperlukan untuk bebiri seperti berikut sahaja.
  • Bebiri betina yang sedang bunting
  • Bebiri betina yang sedang menyusu
  • Anak bebiri betina untuk digemukkan
  • Pejantan baka yang sering digunakan
  • Anak bebiri yang baru dicerai susu
Makanan tambahan biasanya berbentuk campuran tepung atau until. Until-until konsentret ini boleh diperolehi daripada kilang-kilang atau peniaga-peniaga makanan ternakan manakala tepung konsentret boleh dibuat sendiri. Sebagai panduan, makanan tambahan boleh dibuat dengan campuran jagung dan bahan-bahan sampingan pertanian yang lain seperti berikut
Contoh I
  • 50% atau 2 bahagian jagung
  • 25% atau 1 bahagian sekam/dedak padi
  • 25% atau 1 bahagian sekam/dedak gandurn.
Contoh II
  • 80% atau 4 bahagian jagung
  • 20% atau 1 bahagian dedak kacang soya
Contoh III
  • 60% atau 6 bahagian jagung
  • 20% atau 2 bahagian dedak kacang soya
  • 20% atau 2 bahagian sekam dedak gandum atau padi
Di dalam membuat makanan tambahan, kos bahan-bahan mentah hendaklah diambil perhatian dan tidaklah perlu mengikut contoh bahan-bahan yang tersebut di atas. Bahan-bahan sampingan pertanian tempatan seperti hampas ubi kayu, hampas sagu, sagu kering, kulit koko, palpa kopi, hampas membuat arak, baja tinja ayam, kulit nenas, tahi gula dan hampas tauhu boleh digunakan bagi maksud ini. Sebagai contoh bahan-bahan yang diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang rendah hendaklah diberi keutamaan. Secara keseluruhannya yang penting dalam pemakanan ialah jumlah makanan yang akan dimakan oleh ternakan hendaklah dapat memenuhi keperluan pemakanan mengikut peringkat-peringkat umur dan pertumbuhan ternakan tersebut.
Seperkara yang perlu juga ditegaskan ialah bahan-bahan yang mempunyai kandungan kuprum hendaklah dielakkan dalam pembuatan makanan tambahan ini. Sebagai contoh hampas isirong palma dan dedak kopra yang mana kedua-duanya mempunyai kandungan kuprum lebih daripada 20 p.p.m. (bahagian dalam sejuta) adalah tidak sesuai dimakan oleh ternakan bebiri untuk jangka panjang.
KAWALAN KESIHATAN
Penjagaan kesihatan bebiri adalah satu perkara yang amat penting dan perlu difahami oleh setiap penternak. Bebiri yang tidak sihat akan merugikan para penternak dari segi berikut:
  • ternakan senang mendapat penyakit
  • ternakan yang sakit pada amnya tidak akan membiak
  • ternakan kurang selera makan dan produktiviti menurun
  • kematian akan meningkat
  • kos perubatan akan meningkat
  • prestasi akan menurun dan merugikan oenternak
Oleh kerana itu para penternak perlu mengetahui tanda-tanda penyakit dan cara-cara pencegahan dan pengawalannya. Mencegah lebih baik dari mengubati. Apabila ternakan telah sakit peluang untuk sembuh adalah tipis dan produktiviti akan menurun. Bagi para penternak yang baru, mengenal penyakit tertentu mungkin sukar tetapi apa yang patut diketahui adalah perbezaan antara ternakan sakit dan sihat. Pada amnya tanda-tanda Keadaan tersebut bolehlah dibezakan seperti berikut.
Bebiri SihatBebiri Sakit
Kelihatan segak, cergas dan aktifMonyok dan kelihatan tidak bermaya
Bulu kernas, teratur dan lebih bersih.Bulu kusut, kering dan mudah gugur
Berselera makan.Tidak mahu makan
Sentiasa berada dalam kumpulan dan berdamping dengan ternakan lain.Mengasingkan diri dan selalu ketinggalan dari kumpulan
Mata, hidung dan mulut bersih.Mata, hidung dan mulut berair atau berhingus
Tahi keras, bulat dan kurang berbau.Tahi tidak bulat / terlalu cair
Gempal dan tegapBadan kurus kering
Penyakit yang sering dihidapi oleh bebiri.
  1. Penyakit Cacing
  2. Coccidiosis
  3. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
  4. Penyakit Kembung
  5. Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk
  6. Cirit-birit
  7. Kurang Darah
  8. Kancing Gigi (Tetanus)
  9. Luka
  10. Penyakit Kuning (Jaundice) akibat Keracunan
  11. Penyakit Kutu/Kurap
  12. Sakit Mata (Conjuctivitis)
  13. Penyakit Buruk Kuku (Foot Rot)
Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan segera untuk tindakan
  1. Penyakit Kuku dan Mulut
  2. Penyakit Caseous Lymphadenitis
  3. Penyakit Melioidosis
  4. Penyakit Brucellosis
  5. Penyakit Clostridlum
  6. Penyakit Pasteurellosis
  7. Penyakit Lidah Biru
PEMBIAKAN
Umur Dewasa Bebiri
Bebiri akan mula membiak apabila mencapai umur 6 – 9 bulan Kematangan bebiri itu bergantung kepada faktor-faktor berikut:
FaktorKeterangan
Baka bebiriBaka yang kecil seperti baka bebiri tempatan lebih cepat matang dari jenis besar
Keadaan makananBebiri yang mendapat makanan yang cukup dan berkualiti baik akan mencapai kedewasaan lebih cepat.
Keadaan sekeillingBebiri yang berasal dari negara tropika lebih cepat dewasa jika dibandingkan dengan bebiri di negara-negara dingin.
Kedewasaan bebiri dari segi tubuh badan akan dicapai pada 1- 2 tahun. Umur yang baik bagi membiakkan bebiri betina pada peringkat 15 bulan dan yang jantan 18 bulan.
Sifat Reproduksi
  • Kitaran berahi/jarak berahi: 15 – 20 hari secara purata 17 hari
  • Lama berahi : 20 – 42 jam atau purata 30 jam
Tanda-tanda berahi
  • Gelisah dan mengembek
  • Nafsu makan berkurang
  • Suka memanjat bebiri lain
  • Kerap berdamping dengan bebiri jantan
  • Kemaluan membengkak dan kemerah-merahan
  • Keluar cairan/lendir dari kemaluan
  • Suka mengoyang-goyangkan ekor
  • Rela dirinya dipanjat dan dikahwini
Jangka masa bunting
144 – 152 hari atau purata 148 hari(lebih kurang 5 bulan)
Jarak kelahiran
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada bebiri tempatan di Malaysia adalah 6-8 bulan. Dengan kadar kelahiran kernbar sebanyak 10 – 20% adalah dijangka purata bilangan anak yang boleh dliperolehi dalam setahun ialah 1.4 – 1.5 ekor anak untuk seekor ibu (ataupun 3 ekor anak dalam masa 2 tahun).

Ref
http://www.ridzalmersing.com/

Sunday, 28 October 2012

Diari seorang penternak muda

Awang merenung jauh. Tembus syiling rumahnya dan menerjah seluruh genap laman web, kandang, serta seribu satu ideal, persoalan.

Setelah hampir 9 tahun berada di bumi Borneo, meninggalkan kampung halaman. Meninggalkan cita - cita serta impiannya untuk menjadi seorang usahawan tani.

Kisahnya bermula begini ... (flash back September 2003).

Setelah bergelar siswazah kejuruteraan mekanik sebuah universiti tempatan, bekerja selama tiga bulan di industri besi, Awang pulang ke kampung. Pulang menyahut seruan ibunya untuk membantu serta kalau boleh bekerja di Kelantan.

Tidak sampai beberapa hari di rumah, kebosanan mula membekukan hatinya. Disamping membantu ibunya membina tapak gerai untuk menjual ayam daging, Awang tidak pernah terlepas satu hari pun untuk membeli suratkhabat The Star, mencari kerja dan menghabiskan hampir satu rim kertas menghantar permohonan. Di kira satu surat cover letter dan satu keping resume, Awang mencongak mungkin lebih beratus permohonan dihantar.

Awang bercita - cita untuk menjadi usahawan tani. Apabila terdengar skim siswazah tani, semangat Awang terus berkobar - kobar. Permohonan segera dihantar. Dia mula memasang angan - angan untuk memulakan projek pertanian. Skim tersebut amat menarik. 3 bulan latihan, kemudian diberikan pinjaman untuk memulakan projek.

Awang mendapat temuduga tersebut. Awang hadir seumpama orang yang terdesak mendapatkan kerja. Apabila di tanya oleh 5 orang panel daripada Bank Pertanian, kebanyakkan soalannya Awang tidak dapat jawab.

Soalan yang juga diberikan oleh jawapan panel tersebut masih segar diingatan Awang.

"Nak jadi usahawan tani tidak cukup dengan minat sahaja. Kena juga ada pengalaman."

Awang menjawab, "Memang saya ada minat, tapi pengalaman tiada. Itulah sebabnya saya memohon skim ini". Sesi temuduga itu bagaikan memperli cita - cita besar Awang. Namun, dalam serangan bertubi - tubi yang ditujukan kepada Awang yang tiada apa - apa itu, Awang teringat pesanan daripada Pengurus Bank tersebut.
"Awak lulusan kejuruteraan mekanik. Kenapa awak tidak bekerja sebagai jurutera, jadi seorang pakar dan satu masa nanti, jika awak masih meminati bidang pertanian, teruskan usaha awak.

Awak ambil contoh ini, seorang doktor pakar bedah di sebuah hospital di Pulau Pinang. Namun kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian, beliau memulakan projek pisang berangan menggunakan kaedah tisu kultur di tapak seluas 100 ekar. "

...cerita itu terus menjadi cabaran dan ingat buat Awang.
Awang pergi ke ladang pisang tersebut di Ara Kuda, Seberang Prai, Pulau Pinang.
Awang makan pisang yang kurang lemaknnya dan manisnya berbanding pisang berangan kampung. Kalahnya pisang kampung cuma pada saiznya.

Segala kajian yang Awang lakukan sebelum itu bagaikan ditiup angin kata - kata pengurus bank tersebut.

......kembali ke hari ini.
Sejak berkenalan dengan Ir Azmer Shamsudin, seorang GM sebuah syarikat terkemuka, juga seorang usahawan tani yang berjaya, pintu serta semangat Awang terus bergelora.

Bergelora kerana minat dan semangat menjadi seorang usahawan tani tidak pernah kurang di jiwa dan raganya. Bergelora kerana semangat itu telah disimpannya selama lebih 9 tahun!

Akhirnya, tanggal 30 Jun 2012, selepas beberapa bulan berpindah tempat kerja, Awang membeli sepasang kambing Boer. Dibawa pulang sejauh 200 km ke rumahnya di ladang.

Walaupun kandangnya belum ada.

Tiga minggu berikutnya kandang disiapkan. Selepas kekalutan menyiapkan assignment MBA. Nasib baik isterinya yang baik hati banyak membantu menyiapkan assignment di Awang terus dengan kegilaannya pada kambing.

Setelah 6 bulan dan 4 kali pembelian, kambing Awang bertambah 12 ekor dengan 2 kali kandangnya diubahsuai.

Itu belum termasuk usaha gigih, ilmu yang dipelajarinya. Senarai kandang - kadang yang dilawatinya semakin bertambah.

Kenalan penternak juga semakin bertambah.

Ya kawan. Awang telah pun memulakan langkah untuk menjadi usahawan tani. Di waktu ini dia sudah bergelar seorang pengurus kilang dan juga jurutera. Dia juga seorang jurutera stim dan enjin pembakaran dalam gred satu. Dia telah meyahut cabaran yang telah diberikan.

Dia memang telah menjitukan jiwa dan raganya ke arah itu. Cuma setiap langkah difikir dan dirancang dengan teliti.

Doakan Awang berjaya kawan!