Friday, 15 March 2013

EPF dan SOCSO ; Anda sebagai pekerja>pencarum apa yang perlu anda tahu?

Jika satu hari seorang pekerja meninggal dunia, apa manfaat yang mereka perolehi jika semasa bekerja mereka adalah pencarum EPF dan SOSCO?

*Kalau korang nak maklumat tepat, singgah mana - mana cawangan berdekatan dan tanya mereka. HABIS CERITA.

Tapi post ini aku tulis sebagai maklumat asas apa yang kita semua perlu tahu jika kita adalah pekerja makan gaji walaupun anda berjawat jawatan pekerja am ataupun apa jua jawatan tinggi melangit.

Kes 1
Mati akibat pekerjaan. Singgah pejabat, tanya, isi borang dan ikut apa jua arahan.

Kes 2
Mati sebelum umur bersara dan disebabkan oleh penyakit dan bukan pekerjaan.

Ok. Yang ni aku explain lebih sikit.

Jika seorang pekerja mati semasa masih lagi di bawah umur bersara dan disebabkan oleh penyakit kronik dan sebagainya, maka pekerja terbabit layak untuk mendapat PENCEN ILAT.

Selain pencen ILAT, boleh juga dapat sumbangan wang pengurusan jenazah. Apa itu PENCEN ILAT? Pencen ini adalah manfaat yang diterima oleh balu si mati, anak - anak yang berumur 21 tahun ke bawah. (*bermaksud, balu si mati dan anak - anak si mati layak mendapat pencen bulanan sehingga berumur 21 tahun. Balu juga mendapat pencen ini sehingga beliau meninggal dunia. Walaupun balu tersebut berkahwin lagi, wang pencen tersebut tetap diperolehi.)

*Jadi pengurus, uruskan HAK PEKERJA anda.

KWSP.
Jika anda masih bekerja dan belum mati, sebaik mungkin sekarang anda singgah di mana - mana cawangan KSWP dan isi borang PERMOHONAN PENAMAAN iaitu nama waris untuk simpanan KWSP anda.

Jika anda belum lakukan, terus ke sana sekarang.

Jika anda tidak sempat lakukan, dan meninggal dunia, maka prosedur tertentu diperlukan. Perlu dilakukan oleh waris anda. 

Pengalaman aku.

Kenapa aku post tentang perkara ini? Sebab aku tahu ramai di luar kerja makan gaji. Tetapi, bukan hari - hari ada pekerja kita yang mati. Jadi, jarang di kalangan kita ambil peduli tentang prosedur yang ada, manfaat yang patut diterima oleh pekerja dan akhirnya ada HAK yang tidak dapat ditunaikan.






No comments:

Post a Comment