Wednesday, 27 March 2013

Aku di persimpangan (Lost in space II) ; Coretan si pengembara

Bermula tahun 1994, semasa berumur 16 tahun, aku mula berhijrah keluar dari Kelantan, bumi kelahiran aku.

Ke Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah, Sarawak dan kembali semula ke Sabah sekarang. 1994 - 2013, hampir 19 tahun sebenarnya. Umur aku sekarang 34 tahun. Bermaksud, 15 tahun aku berada di Kelantan dan 19 tahun aku berada di luar dari bumi Kelantan. Lebih dari separuh umur aku!

Semakin jauh aku merantau, semakin lama aku di luar bumi Kelantan, hati dan jiwa aku makin dekat dengan bumi Serambi Mekah ini. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Aku sentiasa memujuk hati dan jiwa aku sejak bertahun yang lepas, berhijrah itu sunnah Nabi. Merantau itu akan memajukan diri dan jiwa orang yang berhijrah. Setiap kali pulang ke kampung, aku terasa perubahan yang amat ketara di mana - mana aku pergi. Pulang kembali ke tempat kerja, masa umpama diundurkan ke belakang beberapa puluh tahun dan 'slow motion' mula berlaku. 

Aku sebenarnya mencari jawapan apa sebenarnya yang aku perolehi setelah 19 tahun menjadi perantau.

Pro and cons?

Apabila jawapan timbul, ia cukup membuatkan persepsi aku bertukar. Memikirkan kembali apa sebenarnya yang aku cari. Apa yang aku lakukan selama ini sebenarnya adalah langkah terbaik atau sebaliknya?

Ia cukup membuatkan jiwa dan raga aku gelisah dan resah. Ibarat 'lost in space'.

Setelah lama merantau, akhirnya aku mula mencari tempat untuk tinggal kawan. Tempat untuk settle down. Dah terlalu penat aku merantau, pindah randah, itu dan ini. Bukan aku sahaja, tapi juga keluarga aku. Pindah satu perkara yang memenatkan. Cuba untuk adapt dengan suasan baru. Mulakan semula itu dan ini. Masa perubahan itu cukup merugikan banyak pihak.

Merantau kerana gaji yang tinggi? Aku rasa tidak juga. Dengan gaji sekarang, tidak banyak kelebihan yang ada. Kos perjalanan, kos sara hidup dan kos jarak jauh itu sendiri sebenarnya cukup besar dalam memberikan impak kepada gaji dan dengan sendirinya tidak ada apa - apa kelebihan sebenarnya.

Apabila aku membuat keputusan baru ini, bermaksud, industri sawit bukan lagi menjadi pilihan untuk kerjaya aku kerana aku perlu menetapkan satu lokasi yang dipilih. Jika berada di syarikat sekarang, bermaksud aku subject kepada perpindahan dan ini akan mengganggu keputusan aku seterusnya.


No comments:

Post a Comment