Tuesday, 12 March 2013

OER ; Antara Teori, Praktikal dan Matlamat Sebuah Syarikat

OER. 

Oil Extraction Rate. Atau dalam bahasa Melayu, Kadar Perahan Minyak.

Kalau dalam industri ruminan, kita bercakap soal kidding rate / growth rate kerana ini penentu kadar kecekapan semua ladang. Di dalam industri sawit pula, OER dan KER menjadi penentu utama.

Jika mengikut teks book, banyak faktor akan menentukan OER ini. Ibarat tulang ikan, maka itulah sebabnya kenapa OER ini boleh tinggi mahupun rendah. Dalam NKRA industri sawit meletakkan matlamat untuk mencapai OER 23% pada tahun 2020. Banyak jalan dan ruang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. (*korang search serta google lah sendiri - apa cara nak capai tu).

Kita pengurus kilang atau pengurus ladang ibarat pemandu kenderaan. Kenderaan itu adalah ladang serta jua kilang. Jika tetiba kita dipindahkan ke ladang/kilang tersebut, tak banyak yang boleh kita buah suai pada kenderaan itu. Kita cuma pemandu. Mungkin dengan memandu secara berhemah, menggunakan kaedah Good Agriculture Practice serta Good Manufacturing Practice, kita akan mampu mengelakan kereta itu terbabit dalam kemalangan. Serta ladang atau kilang ke arah masalah OER dan KER.

Jadi, soalnya kita nak bincang apa klon kita pakai, apa mesin kita pakai, tidak berapa penting apabila kereta atau ladang/kilang itu sudah kita pandu.

NAMUN demikian, apa yang kita lakukan dengan KENDERAAN itu, LADANG itu, KILANG itu, apa sistem yang kita gunakan, terapkan tersangat PENTING dalam menentukan OER yang diperolehi.

Aku cukup kagum dengan seorang pemilik syarikat sawit terkemuka di Malaysia. Walaupun mempunyai keluasan ladang sawit yang menyamai keluasan negara Singapura, namun beliau kerap membuat lawatan ke ladang - ladang setiap tahun. Sekali setahun. Dua kali setahun. Malah kekadang lebih kerap. Beliau melawat bukan mahu mendengat celoteh pengurus - pengurus di dalam bilik mesyuarat, di hotel atau di dewan seminar, tetapi berjalan, turun bukit, naik bukit, MASUK DALAM LADANG SAWIT! Bersama dengan pengurus - pengurusnya di belakang. Bersama denga semua orang regional office di belakang. Bersama staff serta sudah pasti bersama dengan Chief Security yang lengkap dengan senapang patah.

Ya kawan! Dia masuk ladang periksa keadaan ladang. Beliau jalan kaki tengok keadaan jalan dalam ladang. Beliau periksa keadaan pokok sawit. Beliau periksa round cicle ada tak loose fruit yang tidak dikutip. Beliau periksa frond stacking. Beliau periksa frond prunning. Beliau periksa apa yang ada di depan mata saujana ladang yang beribut hektar luasnya.

Dan hasilnya. TERBAIK. Syarikat beliau antara yang paling cekap di Malaysia.

Kaedah yang simple. Jalan, jalan dan terus berjalan. Walaupun beliau ada Sr GM, ada PC, ada Pengurus, ada Auditor, tapi beliau MASIH turun dan memeriksa sendiri dengan kaki, mata dan tangan beliau.

Sistem terbaik yang sudah pasti boleh mengatasi apa jua sistem yang ada di dalam industri sawit sekarang!

Di sebuah ladang pula, ada juga banyak sistem. Sistem yang dibuat ada yang canggih. Ada juga yang hebat. Sistem ini dibuat supaya pihak HQ dapat memantau prestasi setiap ladang - ladang. Pengurus - pengurus terpaksa berhempas pulas dua tiga minggu menyediakan presentation, data dan segala maklumat yang diperlukan.

Apabila tiba harinya, maka sorang sorang akan present apa jua sistem/data yang diperlukan. Sehari suntuk mereka brainstorm, mereka meeting, mencari masalah, analisa masalah, cari penyelasaian dan sebagainya.

Hasilnya, syarikat itu antara yang terbawah di dalam ranking industri sawit.

?? teori dan sistemnya cantik. Tapi praktikalnya gagal. Ada orang praktikalnya cantik. Walupun teorinya entah apa - apa. Tapi fokusnya cukup jitu. Apa yang terbaik, itu yang difokusnya. Balik kepada syarikat yang 'sistemnya nampak cantik' ini, lebih kepada teori. Tapi tidak fokus. Semuanya banyak melalut. Bercerita pasal teori tapi praktikal di ladang gagal.

Ya kawan. Ini cuma cadangan dan pemerhatian aku. Aku bukanlah layak untuk menentukan mana yang terbaik. Tetapi kita lihat secara praktikal dan hasilnya mana yang terbaik. Jika pun kita ego dengan teori serta berkata sistem kita adalah yang terbaik, tetapi keputusan masih juga menunjukkan sebaliknya, maka kita mesti mencontohi yang terbaik!

Kita sibuk dan menghabiskan masa dalam bilik mesyuarat, tetapi kita jarak turun padang dan melihat sendiri apa yang berlaku di bawah sana. Di sana semua jawapan sudah sedia ada.

Tak perlu peningkan dengan apa yang bakal ditunjukkan oleh pengurus - pengurus. Apa yang ada di bawah sana menceritakan segalanya.

Simple, praktikal, fokus.

Jalan mudah ke arah mencapai OER tinggi!


No comments:

Post a Comment