Tuesday, 12 March 2013

High FFA, Low DOBI ; Pengalaman aku

FFA ; Free Fatty Acid, industry limit <5.00%   Average production 2.00%-4.90%
DOBI ; Limit >2.31      Average production 2.50-3.00

Itu limit dan kebiasaan figure yang kita perolehi apabila memproses buah sawit. Tetapi, bila musim hujan, buah sawit yang sampai ke kilang teruk. Teruk kerana sudah buruk dan melebihi 48 jam selepas dipotong di ladang.

Ok. Aku tak mahu hurai panjang kenapa buah sawit buruk sampai ke kilang. Itu episod lain. Apa yang kita perlu lakukan jika buah sawit lebih 48 jam ini sampai ke kilang? Lebih - lebih lagi jika buah sawit itu sudah buruk, menitis minyak, busuk dan lebih 5 hari selepas dipotong di ladang?

1. Jika anda tuan punya syarikat, buang buah sawit tu. 

Tanam kat ladang buat baja. Kerana, jika tak buang, masalah lain akan timbul. Ya Tuan - Tuan, aku faham, korang nak jimat segalanya. Tapi dengan keadaan sekarang di waktu stok CPO tinggi di Malaysia, tiada siapa pun yang mahu beli CPO high ffa dan rendah DOBI. Yang bagus pun susah mahu terima. Tak pe, boleh juga terima dan proses kalau kita sanggup handle minya selepas itu.

2. Kurangkan backlog FFB di kilang. 

Kalau boleh, proses sampai habis buat sawit tu. Tapi kalau proses habis, masalah pula esok nak start boiler dan start operasi kan?. Jadi, yang terbaik adalah KURANGKAN backlog.

3. Steriliser condensate. 

Ya Tuan-Tuan. Aku tahu, losses di sini mesti tinggi. Jadi, korang setting semula masa masak buah mengikut kadar losses dan USB yang diperolehi. Kalau USB bawah 2.5%, turunkan lagi masa masak FFB sehingga mendapat losses di steriliser condensate yang minima. Sebab, kalau losses di sini tinggi, makanya nanti banyak pula yang nak di recycle ke Oil Room. Recycle condensate di waktu ini AMAT lah tidak digalakkan. Jangan cari pasal. Jadi, kaedah terbaik adalah, dapatkan setting masa masak buah yang terbaik dengan kadar losses dan USB.

4. Penyimpanan minyak High FFA, low DOBI. 

Aku terus ke Storage Tank sebab di bilik minyak, presssing station, tak banyak yang boleh dilakukan. Tetapi di Storage Tank, penyimpanan minyak ini amat penting. Kalau tokey mahu, buat 10 CPO tanks. Lagi banyak, lagi bagus. Setiap tangki boleh isi 2500 mt. (*ni lawak yer). Ye la, kalau tangki banyak, senang kita nak susun atur CPO bagus dan CPO tak bagus. Ok. Kita mesti jangkakan berapa banyak CPO yang tak bagus kita akan hasilkan. (*masalahnya, bila tanya ladang, berapa lama masalah ini akan diselesaikan, selalu jarang ada maklumat yang jelas-susah nak dijadikan data untuk buat keputusan). Sebab, kalau kita dapat jangkakan berapa banyak CPO tak bagus dihasilkan, kita cuba letak di tangki paling kecil, tangki paling rendah isi minyak. Jangan pula diletakkan di tangki yang sudah tinggi kuantiti minyak, lebih - lebih lagi jika CPO itu masih bagus. Dibuatnya 50 mt rosakkan 2000 mt CPO yang masih bagus, tak ke naya.

Analisa untuk FFA mesti dilakukan setiap JAM (Untuk production oil). Supaya senang untuk aturkan di tangki mana setiap CPO tu nak di simpan. Tapi kalau semua tangki dan penuh, tak banyak pilihan, apa boleh buat, sediakan satu tangki untuk dikorbankan buat simpan CPO high FFA.

Ok. Lagi satu yang penting adalah, jika penyimpanan dalam jangka masa yang lama seperti satu hingga 3 bulan. Mana lah tahu, ada kilang di penjuru dunia, jauh, terpisah dari tamadun manusia, jalan putus, banjir, ombak besar, tanker tak boleh masuk dan sebagainya, maka kita mesti ambil PERHATIAN yang serius dalam menjaga semua CPO yang ada itu.

Mengikut pengalaman aku, JANGAN kerap sangat panaskan CPO high FFA serta LOW DOBI ini. Bila buah sawit yang diterima TAHAP BELACAN campur TEMPOYAK, maka DOBI akan berada pada range 2.3-2.5 dan FFA di paras >5% ke atas. Ada kilang baru - baru ni dapat 9% untuk production CPO. 

Mengikut Palm Oil Review, kajian yang telah dijalankan menunjukkan paras DOBI dan FFA akan meningkat dengan lebih cepat jika sudah sedia bermasalah. PANTANG LARANG utama yang selalu aku amalkan di mana kilang aku jaga, JANGAN terlalu kerap panaskan CPO yang sudah bermasalah (FFA tinggi dan DOBI rendah). Melainkan jika CPO tangki terbabit hendak dijual jual pada keesokkan harinya. Namun, jangan pula biarkan CPO tersebut sejuk hingga menjadi mentega. Panaskan untuk kekalkan suhu yang sesuai seperti 40 -45 degre C.

Apabila pemanasan berulang atau tanpa kawalan, kualiti DOBI adalah yang pertama akan jatuh secara mendadak. Aku pernah ada pengalaman, CPO sebanyak 200 mt dipanaskan dengan kadar maksimun selama sehari DOBI dari 2.4 jatuh kepada 1.6 keesokkannya. Kuantiti CPO yang ada dalam tangki juga penting semasa anda ingin membuat pemanasan. JANGAN sesekali membiarkan operator atau lab assistant anda buak stim sesuka hati mak bapak dia. Bila DOBI sudah jatuh ke paras bawah 2.0, perlukan beribu tan CPO untuk campur sebelum dapat di jual.

*Ini antara punca utama kenapa banyak kilang bermasalah dengan stok CPO FFA tinggi dan selepas sebulan DOBI juga turut jatuh.

KEGAGALAN pihak pengurusan dalam menyelia dan mengurus CPO yang bermasalah akan menambahkan lagi masalah yang sudah bermasalah.

5. Keluarkan / jual stok CPO anda.

Kilang berapa dalam situasi check mate bila mana CPO production FFA melepasi paras 5%. Stok yang ada juga semua lebih 5% dan DOBI <2.31. Tak boleh buat apa melainkan tokey serta bos dengan baik hati memberikan lampu hijau kepada anda untuk menjual CPO tadi dengan penalti, discount rate serta harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Jadi, Tuan-2 Pengurus ladang, jangan buat check mate dengan pengurus kilang. Bagi kerjasama dengan kilang sawit. Sekurang - kurangnya, pastikan ada CPO yang dikeluarkan daripada stok anda setiap hari. Pastikan dalam bulan tersebut, jumlah CPO yang dijual melebihi daripada stok pengeluarana bulanan.

*Ingat, kilang sawit hanya ada dua - tiga - empat tangki CPO sahaja. Jika semua tangki telah digunakan, maka kemungkinan besar semua CPO akan dimasukkan dengan CPO yang bermasalah. Jadi, pastikan operasi despatch anda berjalan dengan lancar sama lancar dengan kemasukkan CPO production anda.

Pada tahun 2013, setelah stok CPO selama setahun lebih telah meningkat, menteri pula sibuk dengan kempen pilihanraya, banyak kilang terpaksa meningkatkan simpanan stok. Penghantaran CPO ke kilang penapis diberi limit dan ini berlaku semasa musim buah sawit tengan berada di peringkat peak.

6. Komunikasi dengan pihak ladang.

Sumber CPO FFA tinggi berpunca daripada buah sawit dan incoming material yang dihantar ke kilang. Maka, adalah penting semua pengurus ladang dimaklumkan dengan kadar kualiti CPO semasa. Tindakan tegas perlu diambil termasuk reject keseluruhan consignment yang bermasalah.

...mcm SOP pulak?!

No comments:

Post a Comment