Tuesday, 26 March 2013

Time, Money & Value ; Sebuah Coretan

Masa, Duit dan Nilai.

Apa yang anda faham?

Hari ini anda menyimpan duit kertas ringgit malaysia RM100 di sebuah bank, dengan kadar dividen tetap 10% - 5% susut nilai, selepas 10 tahun jumlah duit terkumpul dianggarkan RM155. Ini kita ambil nilai dividen paling tinggi dengan keadaan ekonomi yang cemerlang.

Wah, nilai sudah bertambah selepas 10 tahun!

Inilah yang digunakan oleh banyak skim pelaburan untuk menarik golongan buta pelaburan melabur dalam pelbagai jenis skim pelaburan. Sama ada golongan cerdik pandai, mahupun golongan yang tak berapa cerdik, tidak sedikit yang terjerumus dalam kancah "nak cepat kaya ini".

Kalau pun jumlah itu meningkat sebanyak kali ganda, sebenarnya nilai sudah tidak sama kerana masa sudah berubah. 

Sesungguhnya, semua sedia maklum nilai wang kertas amat rapuh dengan perubahan masa. Tetapi kenapa terlalu banyak skim pelaburan di negara ini yang menggalakkan rakyatnya supaya melabur menggunakan nilai wang kertas semasa?

Kerana, setiap urusan pelaburan tersebut, kerajaan mendapat nilai cukai transaksi dan penjual skim pelaburan juga mendapat tip daripada transaksi tersebut. 

Ok. Habis tu, jangan melabur apa? 

Boleh melabur, tapi dalam perniagaan. Bukan dalam emas. Emas nak buat simpanan ok, tapi bukan untuk pelaburan dan bukan juga untuk perniagaan. Maksudnya, jika ada duit lebih, nak beli emas, lepas 10 tahun ok, nilai akan meningkat. Tapi kalau ada duit, dan nak laburkan dalam bentuk emas, ia bukan tindakan yang bijak.

Melabur dalam skim ASB Maybank? Juga tindakan yang tidak bijak. Jika anda boleh komit untuk membayar bulanan ansuran pinjaman tersebut, lebih baik anda simpan duit, beli rumah dan sewakan. Dalam jangka masa tertentu, anda mendapat sewa untuk membayar ansuran bulanan dan pada waktu yang sama anda mendapat untung kerana nilai rumah tersebut akan meningkat. 

Banyak jenis perniagaan, banyak risiko namun pulangannya juga lumayan. Anda bukan sahaja mendapat lebih daripada 10% keuntungan, malah lebih mengikut jenis perniagaan yang anda usahakan.

Apabila kita sebut melabur, kita mahu duit bertambah nilai. 

Contoh pelaburan yang mudah, beli sepasang kambing berharga RM500x2 = RM1000. Selepas 3 tahun, 2 kali beranak, anda mendapat 4 ekor anak. Nilai duit anda meningkat kepada RM3000 selepas 3 tahun. Tolak modal dan kos operasi RM1000 untuk 3 tahun, anda masih untuk bersih RM2000. 

Emak saya membeli sepasang ayam berharga RM20. Selepas 4 bulan, ayam tersebut telah melahirkan 10 ekor anak ayam dan sudah berumur 2 bulan. Jika sekor dijual dengan harga RM10/ekor, maka selepas 4 bulan dia mendapat untung RM100. Tolak modal dan kos makanan lain-lain, emak saya telah untung bersih RM80 bersama aset sepasang ayam yang masih lagi bertelur dan bakal mempunyai 20 ekor anak.

Ia amat mudah, ringkas dan senang difahami.

Tetapi persoalannya, kenapa ramai di kalangan kita hari ini gagal dalam perniagaan dan isu dalam skim pelaburan tidak pernah berhenti?

Jawapannya cuma satu. Ramai yang tidak suka berusaha tetapi suka mendapat keuntungan yang cepat. Akhirnya ramai yang kecundang.

Salam.

No comments:

Post a Comment