Tuesday, 19 March 2013

Walking floor @ fuel handling system 2

Aku kongsi pengalaman dan bagitau pandangan postif aku tentang mesin baru di kilang sawit.

Tapi, nampak sangat ramai suka komen, ada yang pesimif dan tak kurang juga berpandangan negatif. Namun satu persamaan mereka,

Malas baca habis post aku walaupun ada kalangan mereka bertaraf jurutera.

Jadi, aku buat post ini untuk menjelaskan lagi berkenaan sistem baru ini.

Sistem ini digunakan sebagai back up untuk operasi kilang sawit. Bukannya digunakan untuk operasi kilang sawit seperti masak buah dsb.

Contoh, semasa memulakan operasi boiler, semasa kilang tidak beroperasi seperti breakdown 2-3 jam atau selepas operasi proses buah sawit.

Nampak ia tidaklah memberi kesan yang besar kepada kilang sawit, namum, jika dikira penjimatan 200-300 liter diesel dgn aktiviti saya sebut di atas boleh menjimatkan rm20000 sebulan!

Jika anda agresif seperti menjalankan operasi di luar waktu lain, saya jangka penjimatan lebih besar boleh dibuat.

Ok. Selain dari itu, dengan adanya sistem ini ia akan menambahkan kecekapan kilang. Contoh, sebelum ini, jika kilang tiba-tiba breakdown, tiada bahan bakar akan dibekalkan ke boiler dan kilang terpaksa dihentikan serta merta, malah lebih teruk diesel generator terpaksa digandingkan. Satu pembaziran.

Dengan adanya sistem ini, boiler masih dapat beroperasi secara normal, malah turbine juga dapat dioperasikan kerana bahan bakar mampu bertahan selama 3 jam untuk load kilang maksimun dan diesel generator tidak perlu dihidupkan.

Losses akibat breakdown juga dapat dielak.

Ok. Berkenaan dengan operasi auto dan manual mengikut load boiler...jawapannya adalah, kami masih guna manual. Mungkin masa depan bahagian ini boleh ditingkatkan. Operasi masih secara manual di mana lebih fuel akan dikembalikan semula di sistem.

No comments:

Post a Comment