Tuesday, 12 March 2013

Boiler Fuel Handling System dan penjimatan diesel di kilang sawit

Ini kilang sawit pertama aku ada Boiler Fuel Handling System.

Ada satu bunker untuk simpan fibre dan shell, elevator, conveyor. 

Kebiasaannya, bahan bakar untuk mulakan operasi boiler di simpan di elevator berdekatan. Simpanan ini sebenarnya tidak digalakkan kerana boleh mengundang bahaya lain seperti kotoran habuk, risiko kebakaran dan juga risiko kemalangan kerana menggunakan operator.

Ok. Pendek cerita, kilang ini telah dipasangkan sistem ini sejak tahun 2009. Namun disebabkan beberapa masalah, ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Pada Oktober 2012, kami telah menyelesaikan masalah terbabit dan sistem ini berfungsi dengan sempurna. Bukan setakat sempurna, malah TERBAIK!

Kini, kilang mampu beroperasi tanpa perlu ada bahan bakar daripada kilang secara online selama dua hingga tiga JAM! 

Pada waktu yang sama, semasa memulakan operasi boiler juga tidak memerlukan tempoh yang lama untuk gandingan diesel generator.

Ini diterjemahkan dengan penurunan penggunaan diesel sebanyak 8000 LITER/sebulan atau jika harga diesel industri sebanyak RM2.70/liter bermaksud RM21,600/sebulan atau RM260,000 SETAHUN!

Bukan setakat itu sahaja, kita juga telah menjimatkan / tidak menggunakan shell untuk operasi boiler. Shell ini dijual boleh menghasilkan RM500,000 setahun dijual dengan harga RM120/mt.

Penjimatan sebanyak RM760,000 setahun dengan pemasangan Boiler Fuel Handling System yang dibina dengan kos sebanyak RM500,000.

Kurang setahun, kos tersebut telah dibayar.

Our company money. 

Salam.

1 comment:

  1. Salam, tuan ada satu soalan. Boleh saya dapat kan contact contractor yang buat moving floor dan sistem ini. Terima kasih

    ReplyDelete