Tuesday, 12 March 2013

Kilang Sawit vs Ladang Sawit ; OER, FFA dan High Stok High FFA CPO

Kilang sawit. Ladang sawit. Sudah tentu ada watak utama iaitu pengurus kilang sawit dan juga pengurus ladang sawit. Juga tak lupa, orang - orang HQ.

Sejak 2004 aku menjejaki kaki ke Borneo, aku serta semua orang dalam industri sawit boleh ramalkan bila akan hadir musim hujan, bila musim kering dan kemarau, bila musim buah banyak dan bila buah kurang. Walaupun ada yang berkata - kata di restoren mamak di Batu 8, Sandakan, sekarang musim hujan dan kemarau tidak boleh dijangka.

Tapi, mengikut pengalaman aku, bila tiba bulan September hingga February, sudah pasti hujan lebat akan datang. Mungkin kekadang lewat sebulan dua, tapi pasti akan ada hujan lebih dari bulan - bulan sebelumnya.

Seperti biasa, di waktu bulan - bulan tersebut, pengurus kilang duduk tidak senang. FFA akan naik mendadak melepasi paras 5%. OER tak payah cerita. Bawah 20% it biasa. Sudah tentu, kilang akan ditanya oleh HQ kenapa, mengapa dan apa yang terjadi. Penjelasan bahawa sekarang musim hujan lebat tidak mampu untuk memuaskan hati mereka. Kalau boleh, mereka mahu pengurus kilang menjadi penglipur lara yang boleh bercerita bagaimana FFA boleh tinggi. Yang peliknya, orang yang bertanya ini sudah lebih 10-20 tahun menjawat jawatan di HQ. Macam tak pernah kerja di kilang dan ladang sawit. Walhal mereka itu merangkak dan belajar hidup di ladang sawit.

Berbalik kepada ladang pula. Seorang pengurus aka jurutera kilang pada bulan Oktober dan Noevember tahun sebelumnya bertanya kepada pengurus - pengurus ladang yang sudah tentu lebih lama hidup dan bekerja daripada beliau. 

"Tuan-Tuan Pengurus sekalian, adakah Tuan-Tuan semua sudah bersedia dengan musim hujan yang bakal kita hadapi? "

"Bersedia dari segi jalan - jalan di ladang, semua jentera seperti traktor, jentera sokongan seperti backhoe dan sebagainya?"

Serta banyak lagi soalan yang diaju oleh Pengurus Kilang yang seperti sudah menjangkakan akan ada masalah di musim hujan > high FFA cpo.

Jawapannya?

...tiada jawapan, melainkan mereka semua diam.

Dan akhirnya, bulan yang ditunggu - tunggu kunjung tiba. Hujan lebat. Buah sawit buruk. FFA tinggi. Tak dapat despatch dan jual. Stok terus tinggi. Diwaktu yang sama, OER turut menjunam turun. Dan ini bukan kali pertama, malah setiap tahun. Dialog dan situasi yang sama berlaku. Pengurus ladang jua usia ladang itu sendiri sama lamanya denga usia serta pengalaman mereka.

Tapi yang ajaib bin pelik, cycle ini terus berlaku. Setiap tahun dan setiap tahun. Pelik bin ajaib lagi, alasan yang sama akan muncul. Jalan rosak. Traktor rosak. Banjir serta banyak lagi alasan yang sudah bertahun keluar.

Soalannya, kita sudah jangka musim hujan akan tiba, tapi tiada persediaan dibuat. Lebih teruk lagi, pernah satu ketika di sebuah syarikat, seorang GM berbangsa cina berkata "Ini buah buruk, sebab hujan. Hujan sebab Tuhan sudah mau ini macam. Apa boleh kita bikin?"

Dalam melakukan persediaan, kita bukan ingin melawan musim hujan yang bakal tiba, tetapi sekurang - kurangnya kita buat usaha atau strategi untuk mengurangkan impak kepada apa yang berlaku. Contoh. Jika kita tahu jalan akan rosak, sudah semestinya jalan akan diperbaiki pada musim kering. Buat stok batu untuk musim kecemasan. Buat maintenace parit, tali air dan sebagainya. Pastikan semua kenderaan dalam keadaan baik. Atau juga boleh menukar polisi 10 biji loose fruit kepada 5 atau 1 loose fruit bagi mengurangkan loose gugur.

Ini cerita akhir tahun. Cerita yang sama. Episod berbeza. Oleh pengurus yang sama. Ladang yang sama. 

..untuk bulan - bulan seterusnya, pengurus kilang terpaksa berhempas pulas menyelesaikan masalah untuk menghabiskan stok cpo ffa tinggi yang hampir penuh.

Malu kalau mahu diceritakan kepada anak cucu cicik cerita ini. Ia berlaku di zaman penuh maklumat dan penuh dengan kemudahan.

...salam.

No comments:

Post a Comment