Wednesday, 31 January 2018

Monday, 29 January 2018

Keluarga Besar Industri Sawit

Antara yang indah dalam industri sawit adalah, kami ibarat sebuah keluarga besar. Berjumpa sesama kami adalah satu kegembiraan.

Semoga industri terus utuh dan kuat. Hanya kita Malaysia & Indonesia yang ada untuk melawan kuasa dunia.

Mereka terus menerus menyerang sawit tanpa henti. (EU, US, India) masing - masing untuk menjaga kepentingan komoditi mereka (soya, minyak bunga matahari).

Ayuh, kita teguh bersama martabatkan industri!





Thursday, 25 January 2018

Al Kisah Cermin Mata


Cermin mata ni antara harga paling murah pernah aku beli. 
Cermin RM40. Bingkai RM150. Jumlah RM190. Kualiti, sama seperti cermin mata lain yang pernah aku guna.

Berbanding cermin mata sebelum ini, harganya RM1450! Sejak tingkatan 3, aku mula pakai cermin mata. Sebab rabun jauh.

Pakai cermin mata bukanlah satu keistimewaan. Ia satu kekangan terutama bila kita nak buat aktiviti ekstrem.

Cermin mata sebenarnyar tidak perlu kepada yang terlalu mahal. Kerana ia tetap perlu ditukar setiap 3-4 tahun. Bergantung kepada hayat cermin mata ataupun degree mata kita.



Sudah lebih 10 pasang cermin mata aku guna. Pelbagai jenis dan bentuk. Namun sejak 5 tahun lepas, aku pilih jenis bingkai ini.

Thursday, 18 January 2018

Kenapa kena kerja?

Kekadang kita malas. Tak de motivasi. Macam juga iman, ia turun dan naik. Soalnya, bila hadir perasaan begitu, macam mana kita nak pulihkan semula?

Self motivated.
Bermaksud, kita mampu pulih sendiri tanpa ada bantuan daripada manusia lain. Sudah tentu kita perlukan pertolongan daripada Allah.

Ini beberapa tip untuk pulihkan!
1. Ingat, kita perlu kerja untuk sara diri anak bini dan keluarga.
2. Ingat, setiap kesusahan yang kita alami ada pahala sedekah. Tok Guru pernah kata, jika kita mencuri dapat dosa, sudah pasti bila kita susah sebab cari rezeki yang halal itu dapat pahala. Bersabarlah kerana Allah!
3. Cari sesi “the moment of truth” bersama rakan yang boleh dipercayai. Cari yang pendengar yang baik.
4. Jumpa mentor.
5. Cari ilmu agama nasihat hadis tafsir 
6. Baca buku.
7. Tonton movie bermanfaat.
8. Imbas balik kejayaan kita yang lepas.
9. Perhatikan orang yang lebih susah dan bernasib malang daripada kita.
10. Pergi ke tempat “stress release point kita”. Bukan pub yer! Kalau di plant, saya akan pergi tengok landskaping yang saya buat. Dulu di estate, saya ke kolam air dan kolam effluent.
11. Beri nasihat kepada orang lain. Sedikit sebanyak kita akan nasihatkan diri sendiri!
12. Call ibu bapa adik beradik rakan taulan yang beriman. Kata - kata orang beriman ibarat hujan untuk bumi yang gersang.
13. Bersedekahlah!

Ok. Banyaklah tip - tip hasil pengalaman hidup sendiri. Ingat, 

Self motivated 
Adalah keperluan utama seorang pemimpin!

Wednesday, 17 January 2018

Google Drive

Saya pengguna Google Drive sejak 8 tahun. Tahun lepas saya subscribe 100 GB. Plan asal percuma 15GB. Plan ditawarkan bermula 100 GB, 1 TB dan 2 TB. Fee bermula RM85/year, RM430/year dan RM1032/year.

Kini saya telah guna 36 GB. Kebanyakkannya file buku2 Dukun Boiler dan juga file peribadi koleksi saya.

Sejak 10 tahun lepas, softcopy files bertukar dari laptop ke desktop ke pendrive ke hardisk akhirnya hilang!

Kini tanpa perlu risau, saya cuma perlu buka hp dan terus capai file yang saya mahu. Jika offline, saya akan set file untuk “available offline”. Ia boleh dicapai walaupun tiada line internet.

Ia juga boleh dikongsi dengan rakan2.

Ia boleh dicapai dengan cuma beberapa saat.

Tiada lagi pendrive, external hardisk, laptop dan desktop.

Semua di hujung jari!

*google patut bayar saya atas iklan ini.

Saturday, 13 January 2018

Steam Engineer - the moment of truth

Tiga tahun berlalu.
Atas dasar menyahut cabaran dan semangat untuk belajar, saya menyertai industri sawit downstream. Bidang baru bagi saya.
Ini adalah syarikat ketiga saya bekerja melebihi 3 tahun.

Kerja seorang jurutera stim bukanlah seindah kerja Fatah Amin. Ia amat mencabar. Ia perlukan jiwa yang kental sekental spring safety valve. Sekental vessel yang boleh menahan tekanan. Suasananya pula tidaklah seindah drama Korea atau movie Bollywood yang nenari di tepi gunung ganang Kashmir.

Suasana sebenar amatlah teruk. Panas. Habuk. Bising. 1001 cabaran.

Untuk generasi touch pad, gen XYX atau generasi punk, ia amatlah tidak digalakkan menyertai bidang ini. Mereka yang lahir di zaman mak ayah dulu tanam padi, toreh getah serta tombak buah sawit, bolehlah join!

Rakan taulan yang saya hormati,

Apa yang saya suka bila jadi steam engineer?
Apa bahagian yang paling saya suka bila kita berada di kilang atau plant?

Saya paling suka satu perkara. Bila ada masalah. Saya akan duduk di tempat tersebut. Selain itu, saya suka melakukan penambahbaikan. Perhatikan setiap operasi, proses flow dan cari jalan untuk penambahbaikan.

Cari jalan untuk kurangkan penggunaan tenaga manusia.
Cari jalan untuk kurangkan risiko kepada manusia dan harta benda.
Cari jalan untuk kurangkan kos.
Cari jalan untuk tambah kecekapan.
Cari jalan untuk kurangkan masalah berulang.

Saya akan perhatikan.
Saya akan observes. Saya akan analisa. Saya akan kaji. Saya akan cari pandangan rakan taulan lain. Saya akan baca. Saya akan google. Saya akan lakukan homework.
Duduk dan fikir.
Sehari.
Dua hari.
Tiga hari.
Sebulan.
Setahun.

Hinggalah masalah itu selesai!

The moment masalah itu selesai, itulah saat yang saya paling gembira!

Kepuasan.
Pencapaian.
Bukan sebab orang lain, tapi untuk kepuasan diri sendiri.

Yes. I done my job as an engineer!

Satu masalah selesai. 
Dua masalah selesai.
Tiga masalah selesai.
Hingga kini saya boleh senaraikan beratus masalah telah saya selesaikan!

Namun, jawatan pengurus yang saya galas cukup cemburu dengan saya.
Apa yang saya minat itu telah dirampas dan diambil sedikit demi sedikit.
Banyak masa dihabiskan kepada perkara lain dari perkara yang saya minat.

Saya jarang lagi mendapat peluang untuk lakukannya.

Steam engineer vs manager.

Saturday, 6 January 2018

Sejarah Talbiah





Asal Usul Lafaz Talbiyah
Dalam kitab tafsir al qurtuby (13/56), awal mula lafaz tabiyah adalah diucapkan oleh Nabi Ibrahim As, berikut penjelasan dari beliau [*]:


ﺍﻟﺜﺎﻧﻴﺔ : ﻟﻤﺎ ﻓﺮﻍ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ - ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ - ﻣﻦ ﺑﻨﺎﺀ ﺍﻟﺒﻴﺖ ، ﻭﻗﻴﻞ ﻟﻪ : ﺃﺫﻥ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺑﺎﻟﺤﺞ ، ﻗﺎﻝ : ﻳﺎ ﺭﺏ ! ﻭﻣﺎ ﻳﺒﻠﻎ ﺻﻮﺗﻲ ؟ ﻗﺎﻝ : ﺃﺫﻥ ﻭﻋﻠﻲ ﺍﻹﺑﻼﻍ ؛ ﻓﺼﻌﺪ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺧﻠﻴﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﺟﺒﻞ ﺃﺑﻲ ﻗﺒﻴﺲ ﻭﺻﺎﺡ : ﻳﺎ ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ ! ﺇﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻗﺪ ﺃﻣﺮﻛﻢ ﺑﺤﺞ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺒﻴﺖ ﻟﻴﺜﻴﺒﻜﻢ ﺑﻪ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻭﻳﺠﻴﺮﻛﻢ ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ ، ﻓﺤﺠﻮﺍ ؛ ﻓﺄﺟﺎﺑﻪ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻓﻲ ﺃﺻﻼﺏ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﻭﺃﺭﺣﺎﻡ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ : ﻟﺒﻴﻚ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻟﺒﻴﻚ !
ﻓﻤﻦ ﺃﺟﺎﺏ ﻳﻮﻣﺌﺬ ﺣﺞ ﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﺍﻹﺟﺎﺑﺔ ؛ ﺇﻥ ﺃﺟﺎﺏ ﻣﺮﺓ ﻓﻤﺮﺓ ، ﻭﺇﻥ ﺃﺟﺎﺏ ﻣﺮﺗﻴﻦ ﻓﻤﺮﺗﻴﻦ ؛ ﻭﺟﺮﺕ ﺍﻟﺘﻠﺒﻴﺔ ﻋﻠﻰ ﺫﻟﻚ ؛ ﻗﺎﻟﻪ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ، ﻭﺍﺑﻦ ﺟﺒﻴﺮ . ﻭﺭﻭﻱ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﺍﻟﻄﻔﻴﻞ ﻗﺎﻝ : ﻗﺎﻝ ﻟﻲ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ : ﺃﺗﺪﺭﻱ ﻣﺎ ﻛﺎﻥ ﺃﺻﻞ ﺍﻟﺘﻠﺒﻴﺔ ؟ ﻗﻠﺖ ﻻ ! ﻗﺎﻝ : ﻟﻤﺎ ﺃﻣﺮ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ - ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ - ﺃﻥ ﻳﺆﺫﻥ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺑﺎﻟﺤﺞ ﺧﻔﻀﺖ ﺍﻟﺠﺒﺎﻝ ﺭﺀﻭﺳﻬﺎ ﻭﺭﻓﻌﺖ ﻟﻪ ﺍﻟﻘﺮﻯ ؛ ﻓﻨﺎﺩﻯ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺑﺎﻟﺤﺞ ﻓﺄﺟﺎﺑﻪ ﻛﻞ ﺷﻲﺀ : ﻟﺒﻴﻚ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻟﺒﻴﻚ .

ketika Nabi Ibrahim alaihissalam selesai membangun baitullah/ka'bah, dikatakan pada beliau: "serulah manusia untuk melaksanakan haji" beliau berkata : "wahai Tuhanku! suaraku tidak sampai." Allah berfirman : "berserulah! menyampaikan (suaramu) itu bagianku." kemudian Nabi Ibrohim naik ke gunung abi qubais dan berteriak : "hai manusia!
sesungguhnya Allah telah memerintahkan kalian semua untuk melaksanakan haji ke baitullah ini, supaya memberi pahala surga pada kalian dan menyelamatkan kalian dari siksa neraka. maka hajilah kalian!"

maka orang-orang yg berada di sulbi orang lelaki dan rahim perempuan menjawab : "labbaikallahumma labbaik."

Maka setiap orang yang menjawab di hari itu akan haji sesuai kadar jawabannya. jika menjawab sekali maka haji sekali. jika menjawab dua kali maka haji dua kali. dan karena itulah berlaku talbiyyah. ibnu abbas dan ibnu jubair bicara mengenai hal itu.

Dan diriwayatkan dari abi ath-thufail, beliau berkata : ibnu abbas berkata pada saya : "apa kamu tahu apa asal dari talbiyyah?". saya jawab : "tidak."

ibnu Abbas berkata : ketika Nabi Ibrahim - alaihissalam   diperintah menyeru manusia untuk haji, gunung-gunung mrendahkan puncaknya, dan meninggikan desa-desa untuk Nabi Ibrahim. kemudian Nabi Ibrahim memanggil manusia untuk haji, maka setiap sesuatu menjawab: "labbaikallahumma labbaik."

Sumber

Talbiah



Sunat Ihram

1. Mengerat kuku
2. Merapikan janggut, misai dan rambut
3. Menanggalkan bulu ketiak, ari ari dan sebagainya
4. Mandi sunat ihram
5. Mengambil wuduk
6. Memakai wangian pada badan (bukan pada kain ihram)
7. Memakai minyak rambut
8. Memakai kain ihram berwarna putih
9. Solat sunat ihram

Amalan sunat semasa niat ihram
1. Mengadap kiblat
2. Berada dalam keadaan wuduk

Amalan sunat selepas berniat
1. Bertalbiah, berdoa, bacaan Al Quran, zikir
2. Elak daripada berbual kosong (lagha)

Carta Aliran Pekerjaan Haji

1. Niat ihram haji
2. Niat di Miqat
3. Larangan ihram
4. Wuquf
5. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
6. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
7. Bergunting / bercukur
8. Bermalam (Mabit) di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah
9. Melontar ketiga - tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah
10. Tawaf
11. Sa’ie 
12. Tertib pada kebanyakan rukun

6 Rukun Haji

1. Niat ihram
2. Wuquf di Arafah
3. Tawaf Haji
4. Sa’ie Haji
5. Bercukur atau bergunting
6. Tertib pada kebanyakkan rukun haji