Monday, 30 June 2025

Manusia sesama manusia tanpa politik

 

  1. Sampai di University of Florida, Buya Hamka singgah di rumah rakannya berbangsa Amerika. Ada tiga anak perempuan kecil yang datang menyambutnya dan menyerahkan sebuah berisi keratan gambar majalah untuk diserahkan kepada KOKO panggilan kepada sahabatnya Soedjatmoko.
  2. Berkata Buya Hamka, inilah manusia dengan manusia. Lepas dari pengaruh politik, lepas dari perang dingin Blok Barat dan Blok Timur. Manusia berbudi di Indonesia dan manusia berbudi di Amerika, manusia berbudi di Rusia, manusia berbudi di China dan di mana jua sudut dunia. Di mana pun, akan tetap dapat mengikat tali persahabatan yang kekal jujur.
  3. Hanya politik yang bertempat dan berwaktu, kasih dan cinta manusia tidak!
Buya Hamka dalam bukunya 4 Bulan di Amerika, Jilid 1

Barat perlukan Timur & begitu juga sebaliknya; Buya Hamka

 

  1. Semasa tiba di Sekolah Tinggi Mormon di Salt Lake City, Buya Hamka berucap kepada hadirin yang berjumlah hampir 300 orang.
  2. Beliau berkata, kalau kita ada titik saksama, tidaklah ada tempat pemisah Timur dan Barat. Tetapi pemisah Timur dan Barat telah lama umurnya, yakni sejak timbul perebutan pengaruh dan kekuasaan di antara kerajaan Parsi di Timur dengan kerajaan Yunani dan Macedonia. Kadang - kadang maharaja Timur ke Barat dan kadang - kadang Barat ke Timur. 
  3. Bahagian Timur dan Barat ditakdirkan Tuhan bukanlah buat bermusuh, tetapi yang satu akan lenyap kalau tidak dilengkapkan oleh yang lain.
  4. Di dunia Barat, Tuhan telah takdirkan timbulny ahli falsafah seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Tetapi jiwa Barat akan menjadi miskin kalau kemudiannya ajaran Jesus Kristian tentang cinta yang dibawa Kristian tidak lekas datang dari Timur ke Barat.
  5. Sebaliknya seketika agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan berdirinya peradaban Islam di Baghdad, Sepanyol dan di bahagian - bahagian dunia yang lain. Alat cara fikir tinggalan Yunani telah dipakai pula oleh sarjana - sarjana Islam.
  6. Beberapa abad akhir, timbul kebencian Timur dan Barat kerana Barat datang ke Timur adalah kerana nafsu penjajahan. Kebencian ini merugikan kedua belah pihak. Orang Timur benci Barat kerana penjajahannya sehingga tidak dapat menuntut ilmunya. Orang Barat sombong dengan kemajuan fikiran dan tekniknya sehingga jiwanya kosong.
  7. Orang Timur telah membuka matanya kembali tetapi dia masih miskin tentang teknologi buat mengatasi kesulitan hidup dan orang Barat telah terlalu maju dengan teknologi kebendaannya sehingga hujung tamadunnya tidak lebih dari perang.
  8. Bom atom adalah hasil yang membawa kemanusiaan ke dalam jurang kehancuran dan penjajahan adalah batu (halangan) kepada menuju persaudaraan. Padahal Barat perlukan Timur dan sebaliknya.
  9. Akal meti maju, itulah bantuan Barat kepada dunia.
  10. Budi dan keimanan mesti kuat dan itulah bantuan Timur kepada Barat.
  11. Agama sebenarnya tidaklah bertentangan, yang bertentangan adalah hawa nafsu kepada pemeluk agama itu sendiri.
  12. Jika orang berani menegakkan yang jahat di dunia ini, kita percaya harus berani pula menegakkan yang baik.
  13. Dan saya terangkan pula bagaimana salahnya pandangan kami di Timur terutamanya di Indonesia kepada bangsa Amerika selama ini kerana hanya melihat kehidupan bintang filem dan cerita filem gangster. Setelah dilihat sendiri, ternyata orang yang taat beragama pun bukanlah sedikit di Amerika.
Catitan Buya Hamka (1952) dalam bukunya 4 Bulan di Amerika, Jilid Satu

Reading

Credit to : Abdul Basit Abdul Rahman Dr Abu Anas Madani 

ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

When we spent time for reading, specifically aimed at sharpening the brain, below are some of the advantages to us : 

Cognitive: relating to mental processes like thinking, reasoning, and memory.

Concentration: the ability to focus one's mental effort, essential for effective reading.

Retention: the capacity to remember and recall information after reading.

Neuroplasticity: the brain’s ability to reorganize and form new neural connections through activities like reading.

Analysis: breaking down information or ideas critically, a key skill developed through reading.

Vocabulary: the set of words known and understood, which expands with regular reading.

Divergent Thinking: the ability to think creatively and from multiple perspectives, which is nurtured by reading various genres.

Focus: the ability to direct one’s attention towards a single subject, sharpened by regular reading practice.

Reflection: thinking back on what has been read to deepen understanding and make connections.

Critical Thinking: the skill of analyzing and evaluating information, often honed through reading complex or challenging texts.

Insight: a deep understanding or realization gained from reading.

Discipline: the self-control needed to regularly set aside time for reading.

Absorption: the process of fully taking in and mentally processing the information read.

Semuga bermanfaat,
Dari FB Abu Hakim Jauhari

Sunday, 29 June 2025

Apa guna kau dilahirkan?

 



Immanuel Kant berkata, 

"Selidikilah dengan saksama, apakah tugasmu dalam hidup? Apakah gunanya engkau lahir ke dunia?"


Immanuel Kant (1724-1804), seorang ahli falsafah Jerman terkemuka merupakan seorang tokoh penting dalam pembentukan falsafah moden terutama dalam perbahasan epitemologi (teori ilmu), estetika (keindahan) dan etika. Antara buku terpenting adalah The Critique of Pure Reason.

Kekuatan akal

 Jika dua tahun lalu saya melawat negeri Arab, terutama Tanah Suci Mekah-Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, sudah sepatutnya saya melawat Amerika untuk mencari kekuatan akal.

Tukis munggu naik ke bukit

Tingkat gunung tahta di awan

pandang kecil alam semesta.


Buya Hamka dalam bukunya Empat Bulan di Amerika (1952)

Empat bulan di Amerika karya Buya Hamka

 Apa buku saya baca hari ini?


Hari ini saya singgah di Balai Ilham, sebuah toko buku di tengah Bandar Baru Nilai, 15 minit dari rumah sayah. Pertama kali saya dah sempat berbual panjang dengan pekerja toko buku tersebut.

Sebenarnya saya menghubungi Balai Ilham semalam melalui Facebook. Tanpa disangka, rupanya admin kepada toko buku ini adalah jiran sebelah rumah saya.

Saya singgah bersama keluarga dan membeli beberapa buah buku.

Saturday, 28 June 2025

Aku bertanggungjawab

Accountability akan melahirkan ;
1. Hentikan sikap menyalahkan orang lain.
2. Kunci perubahan bahawa kejaayan bergantung kepada diri sendiri bukan kepada bantuan luar.
3. Berdikari secara fizikal dan mental. Kreatif, kritis dan sistematik.
4. Emosi matang. Tenang dan bahagia tanpa bergantung kepada ubat sintetik.
5. Gerakan fizikal galak tubuh bangkit, aktif dan mandiri 
6. Rohani kuat demi jalan hidup rabbani.

Bab 4 Sikap dan Pemikiran

Amanat 
1. Jangan berhenti mencuba walaupun gagal. Kejayaan perlukan banyak kali percubaan.
Amalan paling dicintai adalah istiqamah dan berterusan.
2. Jadi takut jadi berbeza. Tanpa perbezaan, kita tidak akan pernah berkembang.
3. Jangan takut untuk berubah kerana perubahan adalah pasti dalam hidup.
4. Kejayaan diukur dengan apa yang kita ada tetapi dengan apa yang kita berikan kepada orang lain.
5. Kita mesti belajar dari kesilapan lalu, bukan untuk mengulangi kesilapab yang sama.
Tidaklah seorang mukmin itu tersengat bisa dari lubang yang sama.
6. Kunci bangsa berdaulat ; capai tahap kecemerlangan yang lebih baik daripada batas kebiasaan.
7. Kita perlu mencipta peluang bukan menunggu peluang datang kepada kita.
8. Baca buku. Jangan berkira beli buku. Banyak baca, otak makin cekap. Apa yang anda baca adalah apa yang anda akan capai dalam masa 3-5 tahun akan datang.
9. Ubah mindset bekerja kepada berniaga.
10. Orang muda ; usah layan keseronokan.
11. Pertahankan tanah air kita walaupun apa jua keadaan.
12. Pemikiran kreatif, inovasi dan keberanian untuk mencabar idea konvensional adalah penting untuk mencapai kejayaan.
13. Kepercayaan dan keyakinan diri penting untuk berjaya.
14. Accountability untuk setiap tindakan. Membangun diri menjadi seorang yang berkaliber.
15. Penjajahan kekal jika minda tertutup.
16. Mindset sosial dan ekonomi. Disebabkan ketinggalan dalam semua bidang, umat Islam bukan sahaja tidak berpengaruh, malah Islam turut dihina.
17. Kawal nafsu dan jaga disiplin diri. Puasa Ramadhan ajar kita boleh kawal nafsu. Maka kita boleh bendung kawal nafsu dalam segala perkara.
18. Konflik antara tahu dan amal. Tahu tapi tidak beramal. 
Sudahkah aku benar - benar berusaha menjadi versi terbaik diriku sendiri?
19. Berani mengecam ketidakadilan walaupun menghadapi risiko.
20. Amalkan kebersihan.

Petikan dari buku 100 Pesan Tun : Membina Keluarga dan Bangsa

Bab kepimpinan

Amanat
1. Idola Tun M adalah Nabi Muhammad SAW. Idola & mentor.
2. Integriti & kejujuran. Tanpanya pemimpin akan korup & tidak boleh dipercayai.
3. Bekerja keras. Ikhlas dan semangat yang tulen.
4. Dahagakan ilmu dan kesedaran memacu perubahan. Rendah hati & murah hati dalam mencari dan berkongsi ilmu.
5. Rendah hati. Tanpanya pemimpin jadi ego & sombong.
6. Kepimpinan melalui teladan.
7. Pemimpin cemerlang mempunyai kemampuan mendengar. Banyak pemimpin boleh bercakap tetapi tidak semua tahu seni mendengar.
8. Politik adalah tentang membawa perubahan untuk kebaikan rakyat, bukan untuk keuntungan diri - sendiri.
9. Jangan terlalu bergantung kepada kerajaan. Bergantung kepada pemberian orang lain boleh melemahkan jiwa.
10. Berani menghadapi cabaran walaupun dilihat mustahil. Jihad yang paling utama adalah berkata benar di hadapan penguasa yang zalim.
11. Berani membuat keputusan yang tidak popular tetapi betul untuk negara.
12. Kepimpinan bukanlah mengenai jawatan atau kedudukan, tetapi tentang semangat, komitmen untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Jangan berhenti belajar, sentiasa berada di hadapan dengan teknologi dan berbangga dengan warisan.
13. Masa depan negara ini bergantung kepada generasi muda. Mereka adalah harapan kita.
14. Keputusan yang bijak datang daripada  pemahaman situasi yang mendalam.
15. Dalam kepimpinan perlu tahu apa yang orang bawahan mahu.
16. Sebagai seorang yang beragama Islam, kita bertuah dikurniakan al Quran sebagai panduan, rujukan dan pembimbing dalam dunia dan akhirat. Jangan sekadar baca tetapi wajib kita fahami isi kandungannya.
17. Mempunyai visi yang jelas dan berusaha keras capainya. Tetap maklamat jangkamasa panjang, sampaikan visi secara berkesan untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Kehancuran datang apabila amanah diserahkan kepada yang bukan ahlinya.
18. Ramai yang boleh miliki jam tangan mahal tetapi tidak ramai boleh menepati masa yang berharga. 
"Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika segala perkara telah diputus, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tidak beriman". Surah Maryam:39.
19. Kepentingan semangat patriotisme. Hayati sejarah perjuangan kemerdekaan.
20. Cara hidup ikut pendapatan. 

Kesimpulan dari Buku 100 Pesan Tun : Membina Keluarga dan Bangsa
Bab 3 Perihal Kepimpinan


Membuat keputusan

Amanat 14 Membuat Keputusan

Buku 100 Pesan Tun : Membina Keliadga Dan Bangsa Jilid Satu karya Syed Abd Aziz, Munira dan Ustaz Angah Sunan menjelaskan siri penting membuat keputusan.

Kata Tun M, keputusan yang bijak datang daripada pemahaman yang mendalam tentang situasi.

Saidina Ali RA pernah berkata, "Jangan pernah membuat keputusan dalam kemarahan dan janvan pernah membuat janji dalam kebahagiaan".

Allah SWT dalam ayat 45 surah Al Anfal,
"Wahai orang - orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pasukan (musuh) yang bensar, maka tegaklah hati dan ingatlah Allah sebanyak - banyaknya, supaya kamu beruntung."

Setelah berfikif pelbagai pilihan, saya akhirnya buat keputusan untuk menyewa sebuah rumah teres setingkat. Ini adalah rumah pertama yang saya lawat bersama Sharifah Maznee Al-attas, rakan sekelas yang kini seorang REN , melihat keadaan taman di hadapan rumah, saya terus buat keputusan.

Isteri kata taknak rumah besar, rumah dua tingkat. Saya kata taknak rumah apartment sebab barang banyak. Alhamdulillah, saya rasa ini keputusan yang baik.

Taman ini kini digunakan sepenuhnya untuk menbedah beberapa buah buku.


Thursday, 26 June 2025

Hadis 40


1. Niat dalam Islam
2. Islam, Iman & Ihsan
3. Rukun Islam
4. Kejadian manusia & amalan berdasarkan yang terakhir
5. Perkara baru dalam agama
6. Halal dan haram itu jelas
7. Pelbagai jenis nasihat
8. Kehormatan seorang muslim
9. Perintah & larangan serta binasanya umat terdahulu
10. Rezeki yang halal & doa
11. Tinggal keraguan
12. Meninggalkan yang tiada mengena dengannya
13. Mengasihi sesama Islam
14. Hak darah seorang muslim
15. Berbudi bahasa, menghormati tetamu & jiran
16. Jangan bersifat bengis
17. Berihsan dalam semuanya
18. Takwa dan akhlak mulia
19. Yakin kepada Allah SWT
20. Keutamaan malu
21. Beriman & istiqamah
22. Jalan menuju ke syurga
23. Amalan yang mulia
24. Kezaliman adalah haram
25. Kasih sayang & rahmat Allah yang luas
26. Peluang melakukan kebaikan
27. Beza antara pahala dan dosa
28. Berpegang teguh dengan sunnah Nabi
29. Pintu - pintu kebaikan
30. Batasan yang ditetapkan Allah
31. Keutamaan zuhud
32. Menghilangkan kemudaratan
33. Asas pendakwaan dalam Islam
34. Mencegah kemungkaran
35. Marilah berukhwah Islamiyah
36. Galakan berbuat kebaikan
37. Allah Maha Pemurah
38. Mendekatkan diri kepada Allah
39. Kesalahan yang dimaafkan
40. Jangan bertangguh
41. Kewajipan mengikut sunnah
42. Luasnya keampunan Allah SWT
43. Pewarisan pusaka kepada ahlinya
44. Susuan dan hukum hakam
45. Perkara haram dalam jual beli
46. Semua yang memabukkan adalah haram
47. Adab makan
48. Sifat orang munafik
49. Tawakkal yang hakiki
50. Zikir kepada Allah

Wednesday, 25 June 2025

Ahli politik


Thomas Paine
Membina falsafah yang membentuk negara Amerika. Namun beliau bencikan George Washington. Beliau pernah nenghentam George Washington dengan mengatakannya murtad dan munafik, belakangkan prinsip atau tidak pernah ada prinsip.

Menakjubkan. Amerika agungkan George Washington bagaikan separa - dewa. Namun Thomas Paine anggapnya sebagai anak haram yang hipokrit. Namun Paine tersilap.

Washington bukan hipokrit.
Washington bukan murtad.
Washington bukan tiada prinsip.
BELIAU CUMA SEORANG AHLI POLITIK.

Tulisan Ahmad Faezal dalam bukunya Amerika : Penguasa Dunia Baharu

*Realiti yang sedang berlaku di depan mata kita?

Monday, 23 June 2025

Fokus

Fokus
Saya bagitau anak, setiap kita ada kelebihan dan kelemahan. Dalam belajar pun begitu. Ada yang dikurniakan Allah dengan daya ingatan yang kuat. Daya fokusnya hebat.

Sekali dengar, semua terus melekat di kepala. Tetapi, kata Tun Mahathir, beliau pelajar biasa. Disebabkan itu, beliau kena usaha lebih dari pelajar bijak. Kalau buku, dia kena baca banyak kali berbanding pelajar bijak yang hanya baca sekali.

Maksudnya, pelajar biasa boleh lawan pelajar bijak jika dia rajin. Bijak sahaja tak cukup. Kita perlu juga perserverance. Lakukan sesuatu dengan istiqamah tanpa henti. Bukan semasa di sekolah sahaja, malah semasa keluar dari universiti, semasa berkerja dan sampai akhir hayat. Lakukannya tanpa henti.

Imam Shafie RA, dengan hanya menggunakan jerami dan air liur beliau tulis atas tapak tangan. Satu kuliah Imam Malik RA dia boleh hafal 25 hadis melekat di kepala. Kenapa beliau guna jerami, sebab beliau miskin dan tiada kertas serta alat tulis.

Sekali pun dikurniakan daya ingatan kuat oleh Allah, Imam Shafie RA tetap juga menulis. Meluahkan ilmu yang baru dipelajari. Itu adalah satu proses mengingat.

Pelbagai cara kita boleh lakukan dengan teknik untuk menghafal. Satunya dengan menulis. Duanya dengan melakukan perbincangan. Tiganya dengan menyampaikan dan melatih orang lain. Semakin banyak kita ulang, ilmu itu semakin kekal dalam dada kita.

Ada pun fokus boleh jimatkan banyak masa dan tenaga kita. Jika kita fokus dalam kelas, kita akan terus ingat apa guru ajar dan kara. Kita boleh ulang sepatah demi sepatah. Namun, kita kita susah fokus? Susah fokus barangkali disebabkan oleh banyak perkara dosa dan lalai seperti game, bahan lucah atau benda - benda yang tiada kaitan dengan pelajaran.

Itulah sebabnya, para tahfiz mereka banyak pantang larang. Supaya jiwa dan rohani mereka boleh berikan fokus yang tinggi. 



Jika kita minat, fokus kita akan lebih lagi. Semoga Allah mudahkan kita semua dalam menimba ilmu. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami semua ilmu yang bermanfaat.
Ya Allah, jauhkanlah kepada kami ilmu yang tidak memberikan manfaat kepada dunia kami mahu pun akhirat kami.