Sunday, 2 November 2025

Mendam Berahi dan Flor de la Mor

Reflika Kapal Mendam Berahi

Reflika kapal Flor de la Mar ikut saiz sebenar di Sungai Melaka, Bandar Hilir lebih kurang sama panjang iaitu 35m dan 36m dengan feri menuju ke Dumai dengan jarak 146 km.

Baru - baru ini terdapat penemuan besar artifak kapal zaman sebelum Paresmeswara yang dijangka mengubah sejarah Kesultanan Melayu Melaka lebih awal dari naratif buku sejarah. Penggalian masih dilakukan.

Jika kapal bersaiz 35m ini mampu berlayar dari Portugis ke Melaka

🗺️ Laluan utama:

Lisbon 🇵🇹 → Tanjung Harapan (Cape of Good Hope, Afrika Selatan) → Lautan Hindi → Goa (India) → Melaka 🇲🇾

📏 Anggaran jarak:

Lisbon ke Cape of Good Hope: ± 6,000 batu nautika (≈ 11,100 km)

Cape of Good Hope ke Goa: ± 4,500 batu nautika (≈ 8,300 km)

Goa ke Melaka: ± 2,000 batu nautika (≈ 3,700 km)

Jumlah keseluruhan adalah 12,500 batu nautika atau 23,000 km.

Boleh sampai ke Tanah Melayu yang memakan masa 6 hingga 8 bulan. Jika bangsa Portugis ini sanggup meredah lautan samudera berbulan lamanya dalam kapal untuk menjajah negara lain, maka kita dalam dunia moden kenapa tidak mahu ikut sama berlayar ke luar negara? Walau pun bukan untuk menjajah, tetapi untuk melihat dunia luar.

Ia sudah sebati dengan salur galur bangsa kita.

#melaka #kapal #flordelamur #portugis

No comments:

Post a Comment