Sunday, 2 November 2025

Travel Log: Perjalanan dari Melaka ke Dumai



Perjalanan dari Melaka ke Dumai boleh dilakukan dengan mudah menggunakan feri, pilihan yang lebih praktikal berbanding kapal terbang. Disebabkan faktor geografi, terdapat beberapa laluan feri utama dari Dumai ke Port Dickson (PD), Melaka, dan Muar. Jarak Melaka ke Kota Dumai cuma 146km.

Jadual feri beroperasi setiap hari, kecuali laluan Dumai–Port Dickson, yang hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Ahad. Harga tiket dua hala lebih menjimatkan, sekitar RM300 (RM150 sehala), manakala tiket sehala boleh mencecah RM200+. Kos tambahan lain seperti caj pelabuhan dan cukai sekitar RM30.

Tempoh perjalanan pula mengambil masa:

  • Melaka – Dumai: kira-kira 2 jam 30 minit
  • Port Dickson – Dumai: sekitar 3 jam

Untuk jadual rasmi dan tempahan, boleh rujuk laman web Indomall Ferry.

Bagi pelancong yang ingin ke Dumai, feri adalah pilihan paling mudah, kerana Dumai tidak mempunyai lapangan terbang. Jika menaiki kapal terbang, anda perlu mendarat di Pekanbaru dan meneruskan perjalanan darat selama 3 jam untuk sampai ke Dumai.

Menariknya, Dumai kini merupakan kota pelabuhan yang pesat membangun, didorong oleh sektor petroleum dan perindustrian sawit. Banyak kilang penapis milik Pertamina serta syarikat-syarikat besar dari Indonesia dan Malaysia beroperasi di sini.

Apa lagi yang menarik di Dumai?
Teruskan membaca catatan travelog saya untuk mengenali lebih dekat keindahan, kehidupan, dan keunikan kota pelabuhan ini.

#dumai #DumaiKotaIdaman

No comments:

Post a Comment