Sunday, 9 November 2025

Generasi muda dan Buya Hamka

Buku Buya Hamka

Semalam saya menghadiahkan buku Di Bawah Lindungan Kaabah kepada seorang jurutera yang bakal menamatkan perkhidmatannya di syarikat kami semasa majlis makan malam.

Saya katakan kepadanya, pada awalnya saya menyangka buku ini sekadar mengandungi syarahan agama. Namun rupa-rupanya ia sebuah kisah cinta yang indah tetapi tragis — ibarat Romeo dan Juliet versi Indonesia. Kerana saya telah selesai membacanya, saya ingin buku ini terus memberi makna kepada orang lain pula.

Menariknya, ramai antara staf saya dari generasi Z tidak pernah membaca walau satu pun karya Buya Hamka. Saya sendiri belum membaca semua karya beliau — hanya beberapa buah buku sahaja — namun setiap satunya sarat dengan hikmah dan nilai kehidupan yang mendalam.

Saya katakan kepada mereka: kamu warga Indonesia patut berbangga dan menggali sebanyak mungkin hikmah daripada karya-karya Buya Hamka.

Saya sendiri baru mengenali beliau secara mendalam, dan semakin saya membaca, semakin terasa bahawa karya Buya Hamka wajar dijadikan bacaan wajib oleh generasi muda hari ini.

Buku pertama yang saya beli di sini ialah Buku Hamka from A to Z, hasil suntingan Hetman Adamson — sebuah karya yang memperlihatkan betapa luasnya ilmu dan pemikiran Buya Hamka.

Saya kini berhasrat untuk menjejak langkah ke Padang — tempat yang sering disebut oleh Buya dalam tulisannya.

#buyahamka #hamka #indonesia #dumai #riau #minang 

No comments:

Post a Comment