- Semasa pulang ke kampung beberapa hari yang lepas, aku membuat signboard untuk kedai mak, setelah sekian lama tertangguh.
- Gambar ini diambil secara spontan oleh adik aku. Setelah meneliti beberapa kali, baru ku sedar, aku telah lama meninggalkan minat aku.
- Aku minat seni.
- Aku minat kerja pertukangan tangan.
- Aku minat menghasilkan perabut, lukisan, serta suka melakukan kerja - kerja pertukangan lain.
- Namun, disebabkan oleh kerana suasana kerjaya dan berhijrah di tempat orang, aku jarang mempunyai peluang untuk melakukan kerja tersebut.
- Setiap kali pulang ke kampung, pasti ada sesuatu hasil kerja tangan yang aku hasilkan. Aku lakukan kerana masa untuk aku berada di kampung adalah terhad.
- Semasa aku sedang asyik melakukan kerja di atas, sebenarnya kepala tengah sakit - migrain. Sakit kerana kurang rehat setelah seminggu suntuk dari Miri - PJ - KB - Jeli - KB. Namun, untuk mencapai target tersebut, aku berjaya menyiapkannya dengan gembira.
- Masa dalam penerbangan, aku luangkan sepenuhnya untuk tidur.
- Suatu masa, aku bercita - cita untuk mempunyai sebuah bengkel kecil di belakang rumah, rekabentuk rumah di barat. Bengkel tersebut lengkap dengan peralatan. Aku akan gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan segala jenis perabut serta perkara bermanfaat.
- Apabila kita sudah meletakkan sepenuh jiwa kita kepada perkara yang kita minat, sudah tentu hasilnya amat membanggakan.
- Namun, pastikan perkara itu adalah kebaikan, bukan sebaliknya.
Wednesday 3 March 2010
Minat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment