- Suatu ketika semasa di kampus, aku amat aktif dalam Kelab Rekreasi PALAPES.
- Banyak masa aku luangkan untuk kelab. Bukan kerana siapa, tetapi kerana memang itu sifat aku. Aku suka buat perkara yang aku minat.
- Walaupun ia bukan bersifat akademik, namun aktiviti kelab dan pengalaman semasa berorganisasi banyak mencorak 'interpersonal skills' dan peningkatan dalam 'social skill' sehingga sekarang.
- Belajar di universiti bukan sekadar untuk mendapat akademik cemerlang, tapi yang penting belajar untuk menjadi insan berguna semasa bekerja dan semasa menjadi anggota masyarakat.
- Jika anda menjadi pelajar cemerlang, tetapi anda gagal untuk 'bersosial' semasa alam pekerjaan nanti, anda bukanlah orang yang bijak.
- Ramai orang yang berjaya di dunia bukan berasal daripada mereka yang cemerlang dalam akademik. Tetapi datang dari golongan yang selalu gagal serta belajar daripada kegagalan itu melalui usaha gigih tanpa jemu untuk membuktikan bahawa mereka lebih baik.
- Dari sisi agama, manusia yang paling bijak adalah mereka yang mengingati mati serta bersedia untuk alam akhirat. Mengingati dan bersedia bermaksud, setiap gerak geri kehidupan senantiasa dengan niat untuk akhirat serta bermatlamatkan Redha Allah.
Wednesday 17 March 2010
Kelab Rekreasi PALAPES
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment