Semasa artikel ini ditulis, semua tempat di Malaysia sedang mengalami kesan El Nino/El Nina yang amat teruk. Kemarau yang berpanjangan sejak Mei 2009 sehingga sekarang telah memberi kesan kepada industry sawit serta negara. Keluaran buah sawit dan minyak mula menunjukkan penurunan sejak awal tahun 2010. Banyak tempat di seluruh negara mengalami kemarau yang melampau. Berikut adalah beberapa buah fikiran untuk menanggani masalah ini serta bersedia jika suasana kemarau tidak berubah :-
- Kilang Sawit
- Operasi memproses buah sawit ; Nisbah yang digunakan adalah 0.39 m3 /FFB (proses), 0.60 m3/FFB (boiler) & 0.30 m3/FFB (domestic-housing). Penjimatan boleh dilakukan di bahagian proses dan boiler dengan mengurangkan penggunaan air di press, bilik minyak dan boiler.
- Gunakan sludge untuk dilution dan elakkan atau kurangkan penggunaan air untuk operasi separator serta bilik minyak.
- Recycle turbine water coolant untuk kegunaan di bilik minyak.
- Melakukan pemeriksaan dan pembaikan terhadap sistem stim seperti pembaikan steam trap secara berkala (bulanan) untuk semua unit di dalam kilang. Baiki segera semua sistem stim yang bocor (paip,valve, tangki & steam trap).
- Operasi boiler ; kurangkan blowdown jika paras TDS di bawah parameter yang dibenarkan. Kurang pembaziran stim melalui blow off safety valve, kebocoran paip air dan stim serta kurang backwash softerner jika nilai hardeness <1 ppm.
- Baiki segera paip yang bocor di kilang mahupun di perumahan.
- Amalkan dry cleaning di kilang. Gunakan fiber untuk mencuci kesan minyak. Fiber adalah medium terbaik untuk mengeringkan minyak. Elakkan penggunaan air berlebihan untuk operasi mencuci kilang. Sapu atau hilangkan kesan minyak sebelum air digunakan.
- Atap kilang, disebabkan kilang mempunyai sumber air tetap, tidak ada kilang yang menggunakan sepenuhnya air hujan. Atap kilang yang besar sepatutnya digunakan sepenuhnya. Pasang gutter untuk menuai air hujan. Air tersebut boleh digunakan untuk kerja – kerja mencuci dan menyiram pokok bunga di halaman kilang.
- Recycle air effluent. Air effluent mempunyai banyak nutrient yang berguna untuk tumbuhan. Ambil air effluent yang telah dirawat untuk digunakan untuk kerja – kerja mencuci serta menyiram taman, jalan di dalam kilang.
- Jika terdapat sumber air berdekatan, preserve sumber air tersebut. Pasangkan pam jika perlu untuk mengambil air dan dipam ke kolam utama.
- Bekalkan tangki untuk semua perumahan kilang untuk tujuan penyimpanan air hujan.
- Pastikan air yang digunakan kembali semula ke tanah.
- Operasi memproses buah sawit ; Nisbah yang digunakan adalah 0.39 m3 /FFB (proses), 0.60 m3/FFB (boiler) & 0.30 m3/FFB (domestic-housing). Penjimatan boleh dilakukan di bahagian proses dan boiler dengan mengurangkan penggunaan air di press, bilik minyak dan boiler.
- Ladang Sawit
- Sejak sekian lama, ladang sawit telah menggunakan air hujan untuk kegunaan domestik. Usaha untuk menambahkan kapasiti penyimpanan boleh dilakukan dengan menambah gutter dan tangki sedia ada. Bina tangki yang besar atau tambah jumlah tangki.
- Bina tasik buatan atau kolam takungan yang dapat menampung air untuk setahun mengikut jumlah penduduk di ladang tersebut.
- Gali telaga. Banyak ladang berada di kawasan rendah serta berpaya. Mustahil jika air tidak ada jika telaga digali. Jika air tersebut tidak sesuai untuk diminum, cara jalan untuk menapis atau merawat. Jika masih tidak dapat diguna untuk minuman, gunakan air tersebut untuk kerja – kerja mencuci, campuran racun dan menyiram benih pokok sawit.
- Sejak sekian lama, ladang sawit telah menggunakan air hujan untuk kegunaan domestik. Usaha untuk menambahkan kapasiti penyimpanan boleh dilakukan dengan menambah gutter dan tangki sedia ada. Bina tangki yang besar atau tambah jumlah tangki.
No comments:
Post a Comment