Sunday 7 March 2010

Kak Pah

Adik beradik ke 3 dan kakak yang pertama. Beliau banyak membantu suaminya menguruskan perniagaan di rumah. Di samping kesibukan menguruskan perniagaan, beliau mempunyai tujuh orang anak.

Beliau pandai memasak. Banyak masakan Kelantan yang menjadi kegemaran keluarga selalu dihidang semasa hari perayaan. Mungkin mewarisi bakat memasak mak.

Sepanjang hayatku, aku rasa tidak pernah ada waktu serta sejarah bergaduh dengannya. Mungkin kerana daripada remaja hingga kini, banyak masa aku di luar negeri, tiada masa dan sempat untuk bergaduh. Balik ke kampung, hanya sempat untuk bersua muka serta bertanya khabar. Lain dariku, semua adik beradik punya masalah dengannya.

Namun, aku lebih suka membicarakan soal positif mengenai peribadi orang. Cari hal yang positif dan puji beliau. Kita boleh contohi sifatnya. Kita boleh hargai beliau. Dan kita boleh menerima beliau seadaanya.

Manusia tidak lari dari kekurangan. Namun, kita mesti belajar ilmu agama, belajar ilmu kehidupan. Kelak, hidup kita bertunjangkan jalan yang lurus.

No comments:

Post a Comment