Friday 19 March 2010

Peraturan Pemeriksaan Gauge Glass Boiler

  1. Pastikan tiada orang di hujung paip – steam outlet.
  2. Semua fireman atau orang yang berada di sekitar boiler perlu tahu bahawa anda akan melakukan pemeriksaan.
  3. Pastikan drain outlet boleh dilihat daripada platform tempat anda berdiri – water gauge glass.
  4. Dengan menggunakan sarung tangan, buka sedikit drain cork untuk memanaskan sight glass dan paip outlet.
  5. Kemudian buka drain cork sepenuhnya.
  6. Tutup kedua – dua steam cork dan water cork. Pastikan kedua – dua steam & water cork ini tidak bocor.
  7. Dalam keadaan drain cork terbuka, buka steam cork pelahan – lahan sehingga maksimum dan dengar bunyi stim yang keluar serta perhatikan di hujung paip outlet.
  8. Buka water cork.
  9. Tutup drain cork.
  10. Air akan meningkat dengan cepat dan paras sebenar air di dalam steam drum dapat dilihat.
  11. Jika gauge glass tersumbat, lakukan pemeriksaan untuk gauge glass kedua.
  12. Jika didapati paras air rendah di dalam stim drum, periksa lain – lain komponen yang relevan sebelum tindakan emergency shut down dilakukan.
  13. Jika gauge glass tersumbat, lakukan pembaikan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment