Saturday, 6 August 2011

My Story 6 ; Kisah 'nenek' di Morisem



cerita ini berkaitan dengan page ini
http://zul1979.blogspot.com/2009/05/pernah-anda-terserempak-gajah.html

'Nenek' atau gajah adalah panggilan yang diberikan oleh penduduk tempatan dan kebanyakkan pekerja di sini.

Mereka lebih gemar mengelarkan gajah sebagai 'nenek' dan tidak berani untuk menyebut gajah takut mengundang kehadiran mereka ke kampung.

Ketahui lebih lanjut berkenaan gajah pygmy "klik sini"

Keseluruhan Group Morisem bersempadan dengan Sungai Kinabatangan. Terutama Ladang Morisem 3. Krisis perperangan antara pihak ladang dan gajah bukan perkara asing.

Sejak ladang ditubuh lebih 20 tahun lalu, kejadian serangan kumpulan gajah Pigmi kerap berlaku. Terutama sewaktu musim hujan. Banyak kawasan yang baru dibuka diserang oleh gajah ini.

Masakan tidak, ladang ini berada dalam laluan gajah pigmi sejap berkurun lamanya sehinggalah ladang sawit dibuka.

Dalam perjalanan ke Jeti Morisem, kami akan melepasi pondok terakhir Ladang Morisem 3. Beberapa meter dari tanda nama mereka yang pernah membuka ladang ini, dibina parit besar sempadan ladang dan kawasan buffle zone Sungai Kinabatangan.

Parit ini dibina untuk mengelak gajah daripada melepasi kawasan ladang. Ini adalah tambahan kepada pagar elektrik yang dipasang untuk mencegah serangan gajah.

Aku pernah terdengar, pada tahun 2003, semasa awal pembinaan Kilang Morisem Palm Oil Mill B, pernah anak gajah sesat memasuki kawasan kilang.

Dipanggillah bomoh atau mereka yang pandai menjinak si 'nenek' ini.

Boleh dikatakan sekurang - kurangnya dua kali seminggu, kami akan melalui kawasan buffle zone untuk menyelia pengangkutan CPO dari kilang ke barge untuk dihantar ke Sandakan.

Telah banyak kali aku diingatkan tentang kumpulan gajah yang biasa melalui kawasan ini, tetapi tidak pernah terserempak.

Kesan tepi jalan seperti semak dan hutan yang dirosakan oleh gajah ini biasa dilihat. Najisnya merata.

Suatu hari, semasa melakukan tugas seperti biasa, aku bermotosikal dari Jeti Sukau balik ke kilang. Tiba - tiba di tengah jalan, aku terserempak seekor anak gajah pigmi. Sangat jinak bermain - main di tepi jalan.

Apa lagi, aku pun mengambil peluang untuk merakam video menggunakan kamera di dalam saku. Tidak sampai beberapa saat, baru aku perasan, rupanya bukan seekor, tetapi lebih dari 10 ekor termasuk emak, bapak serta datuk gajah ini berada di dalam semak berhampiran.

Tanpa membuang masa, aku terus memecut hingga ke jarak selamat. Aku berhenti semula kerana tidak mahu melepaskan peluang sekali seumur hidup melihat gajah yang telah lama aku dengar melalui pekerja - pekerja di sini.

Beberapa kali mengambil gambar dan video, aku menghitung tidak kurang 20 ekor kumpulan gajah terbabit. Gelagat aku diperhatikan oleh seekor gajah besar yang bergading. Aku kira, inilah ketua kumpulan ini.

Mungkin melihat aku sebagai ancaman, gajah ini mula berjalan ke arah aku. Tanpa membuang masa, aku terus menaiki motosikal balik ke kilang.

Balik dengan bangga kerana aku punya bukti yang aku pernah terserempak dengan 'nenek'. Ini sudah tentu akan menjadi berita hangat untuk diceritakan dengan semua orang di kilang.

Tak percaya, lihat video yang aku amik ini!

No comments:

Post a Comment