- Hari ini PH Agung. Semalam Jumaat, aku membawa keluarga termasuk anak ke-3 berumur tiga bulan lebih ke ladang/kilang.
- Setelah beberapa hari bercuti sempena Gawai di Miri. (budget kurang, tak dapat nak ke Amerika).
- Sepanjang dua minggu berikutnya, kami akan tinggal di ladang yang amat dicintai ini (aku cinta kerana inilah periuk nasi kami sekeluarga).
- Tambahan lagi, penolong pengurus aku mula bercuti. Jadi, sebagai pengurus, aku pula yang standby. (ada ke pengurus standby bila penolongnya cuti?)
- Sejak lapan tahun yang lepas, inilah rutin kami sekeluarga. Setelah menyelesaikan segala urusan di bandar termasuk membeli barang keperluan selama seminggu, kami akan menghabiskan masa seterusnya di ladang. Sehingga peti ais mula kosong dan pekan sekitar dironda untuk membeli barang dapur.
- Isteri aku sudah pasti tidak lena satu atau dua malam melayan karenah anak - anak yang keletihan dan penat badan melalui jalan gravel ke ladang.
- Aku bukanlah suka berada di ladang semasa hujung minggu atau PH. Tetapi atas dasar tanggungjawab dan disiplin yang telah diterapkan semasa menjadi kadet dahulu, terbawa - bawa hingga ke hari ini. Walaupun bergelar pengurus, aku lebih selesa jika berada di ladang pada waktu - waktu tertentu.
- Sejak anak sulung mula bersekolah pra - tadika, tahun ini merupakan paling banyak keluarga aku tidak berada di ladang.
- Ini bukanlah kejutan buat kami sekeluarga, kerana inilah kehidupan baru yang bakal ditempuhi. Berjumpa dengan keluarga di hujung minggu, atau sebulan sekali atau setiap tiga bulan atau setahun sekali.
- Semalam, sampai ke rumah, air tangki berbau busuk. Setelah disiasat rupanya ada cicak mati dalam tangki.
- Semalaman aku mengosongkan tangki dan hari ini bakal membersihkannya.
- Dalam kekalutan itu, hati aku tetap bersyukur kerana sekurang - kurangnya rumah aku masih mempunyai air diwaktu kemarau ini. Di ladang, terpaksa ke hulu ke hilir mencari air. Apa pula nasib orang kampung di hujung hutan sana?
- Kami mempunyai air, elektrik dan rumah banglo serba lengkap perabut serta air cond.
- Bagaimana pula pekerja kami yang kepanasan?
- Apa pun, aku punya banyak pendapat sendiri dalam pelbagai isu di ladang.
- Bukan hari ini aku bekerja, malah sudah masuk tahun ke lapan.
- Biarlah apa pun mereka dan keluarga kata, aku sudah memilih jalan ini dan akan aku cuba buat yang terbaik.
- Cukuplah itu untuk aku.
Saturday, 4 June 2011
Kehidupan Seorang Miller/Planter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment