Friday, 18 July 2025

Jika aku ada masa

Jika aku ada masa,

Akan ku isi dengan ilmu,
Belajar tentang hidup,
Mengasah segala skill yang perlu.

Aku ingin mengembara,
Menjejak dunia luas terbentang,
Melihat wajah-wajah manusia,
Menyelami budaya dan budi yang mendalam.

Aku akan menulis,
Buku tentang kehidupan dan harapan,
Kisah benar dan bayangan,
Menjadi suara buat mereka yang diam.

Aku akan membantu,
Setiap insan yang memerlukan,
Dengan tanganku, dengan kata-kata,
Dengan kasih dan rasa kemanusiaan.

Kerana hidup ini terlalu berharga,
Tidak akan ku sia-siakan walau sesaat,
Setiap detik adalah peluang,
Untuk menjadi lebih baik… dan memberi erti.

No comments:

Post a Comment